Coretan Bersama Etnik Rohingya di Indonesia - PART 3

PART 1  |  PART 2

Semakin masa berlalu, semakin membuak-buak pulak rindu Husein kepada Indonesia. Lepas ni nak discover Indonesia puas-puas. Oleh kerana hari tu diberi tanggungjawab untuk jadi sukarelawan di Indonesia, maka takde masa sangat nak jalan-jalan di destinasi pelancongan yang popular kat sana. Hanya satu dua tempat je. Harap lepas ni kalau ada peluang dan kesempatan, nak sangat pergi tempat-tempat menarik kat sana.

Berbalik pada tajuk entri kali ni – Part 3 kali ni adalah coretan terakhir Husein sebagai seorang sukarelawan dalam misi bantuan Rohingya di Indonesia. Untuk coretan kali ni, Husein ditugaskan untuk melawat beberapa kem lagi, antaranya di Lhoksukon dan Birem, Bayeun. Team Husein buat keputusan untuk pergi ke kem yang paling dekat dulu iaitu di Bayeun. Walaupun dekat tapi perjalanan kesana mengambil masa 2jam lebih untuk sampai. Husein kata yang paling dekat sebab untuk ke kem yang satu lagi, iaitu di Lhoksukon mengambil masa yang lebih lama.. sekitar 3-4 jam gitu.
Keadaan kem di Birem Bayeun, Indonesia.

Alhamdulillah, kami sampai ke Birem Bayeun dengan cuaca yang baik. Isu keadaan Gunung berapi Sinabung yang beberapa kali meletus kecil menyebabkan keadaan cuaca di Indonesia beberapa hari yang lalu tidak menentu. Dan sekarang gunung berapi tersebut dah pun meletus dengan kuat.

 Antara aktiviti kami di sini adalah meninjau tapak kem selain berbincang dengan pengurus kem disini dan mengagihkan sumbangan dalam bentuk barangan. Kat sini jugaklah Husein berpeluang untuk belajar sikit bahasa Rohingya dengan dibantu oleh seorang pakcik Rohingya yang pandai berbahasa arab. Bila belajar bahasa asing ni terasa seronok dan dapat bermesra dengan mereka dengan mudah. Lagipun kebanyakkan orang Rohingya kat sini baik-baik belaka… so rugi la kalau tak ambil kesempatan untuk bermesra dan ambil pengalaman diorang naik atas kapal lama-lama.

Disini kami berkesempatan untuk mengagihkan barangan dalam bentuk soft toys kepada kanak-kanak kecil disini. Rata-rata kanak-kanak disini cukup gembira. Sambil mengagihkan soft toys, kami mengambil kesempatan untuk bermesra dengan mereka. Malah ada seorang dua yang pandai bertutur dalam bahasa kita. Entah dari mana la diorang belajar bahasa melayu ni. Maka tak hairan la kami boleh berkenalan dengan diorang dengan lebih rapat lagi.
Beramah mesra dengan kanak-kanak Rohingya.


Selesai sahaja kerja kami disini, kami terus ke kem penempatan di Lhoksukon. Apa yang lainnya kem disini dengan kem-kem yang lain adalah disini akan dijadikan kem utama bagi mengumpulkan kesemua orang Rohingya di Indonesia kerana di kem ini akan didirikan bangunan-bangunan dan rumah-rumah untuk orang Rohingya menetap disini. Cuma buat masa sekarang ni kesemua bangunan dan rumah tersebut tidak siap dengan sepenuhnya lagi. InsyaAllah projek pembinaan ini akan siap sebelum menjelang lebaran yang akan tiba nanti. Lepas siap je kesemua bangunan dan rumah tersebut, semua etnik Rohingya di Indonesia akan dikumpulkan dan diletakkan di satu kawasan ini sahaja. Mungkin ada dikalangan mereka yang akan terjumpa saudara-mara mereka nanti atau lebih manis lagi terjumpa ahli keluarga yang sekian lama berpisah. Boleh la mereka meraikan hari raya bersama-sama nanti.
Kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan.

Kanak-kanak Rohingya diberikan beg plastik oleh NGO Malaysia, OurTouch.

Sememangnya pengalaman menjadi sukarelawan membantu mereka-mereka yang betul-betul susah merupakan satu pengalaman yang sangat berharga bagi Husein. Walaupun setiap hari keberadaban Husein disana merupakan hari-hari yang sangat letih, namun semangat di dalam jiwa untuk membantu mereka tak pernah pudar. Permusafiran Husein bersama dengan etnik Rohingya ni mengajar diri Husein menghargai erti institusi kekeluargaan. Ada dikalangan etnik Rohingya disini yang hilang seluruh keluarganya samada dibunuh atau terpaksa melarikan diri ke merata tempat untuk meneruskan kehidupan. Yang lebih menyayat hati apabila ada dikalangan bayi-bayi disini yang tidak mempunyai ibu. Samada ibu itu dibunuh atau hilang sehingga terpaksa menumpang susu dengan ibu lain.

Harapan Husein setelah selesai menjalankan misi bantuan kemanusiaan ni adalah moga etnik Rohingya dapat kembali ke tanah air mereka dengan selamat dan sejahtera serta diberikan pengiktirafan kepada mereka untuk menetap disana selamanya. Diharap jikalau ada lagi misi-misi kemanusiaan yang lain, Husein dapat pergi ke sana dengan selamat dan lancar.

Terima kasih kerana membaca.

4 ulasan:

  1. alhamdulillah. Tahniah kepada semua sukarelawan yang membantu etnik rohingya. Kesian sangat dengan diorang kan.

    BalasPadam
  2. bestnya..kalau ada rezeki nak backpack ke sana.. semoga jasa baik anda dalam charity dibalas olehNYA =)

    BalasPadam
  3. terima kasih suhaiza dan adk dayah... moga masa depan mereka lebih cerah lagi di masa akan datang.

    BalasPadam
  4. Kini etnik rohingya di tindas lagi dan semakin parah. :(

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.