6 Rasa Lazat di Indonesia

ASSALAMUALAIKUM...

Pengalaman travel ke Negara Indonesia sebelum masuknya bulan puasa yang lalu membuatkan Husein merasai banyak makanan kat sana. Memang betul orang kata yang rasa makanan kat sana lebih kurang sama je dengan Malaysia. Tapi ada satu dua makanan yang sangat sedap dan rasanya sangat berlainan dengan yang ada kat Malaysia. Tak ketinggalan, air kat sana jugak sangat sedap. Macam-macam air dah Husein try. Tapi oleh kerana dah macam-macam makanan dan minuman dah Husein tarok dalam perut ni membuatkan Husein sakit perut sampai tak boleh tido dah. Al maklum lah, nafsu nak cuba makan dan minum hidangan diorang memang tinggi. Tapi tak gemuk-gemuk jugak…. Hahaha… Rugi la kan kalau tak rasa makanan dan minuman diorang kalau dah ada kat sana. Nanti bila dah balik Malaysia pulak mesti rasa rugi sangat tak try rasa makanan dan minuman diorang. Mengidam je kerjanya. Lepas tu sakit perut balik. Wakaka…

So izinkan Husein berkongsi dengan anda semua pelbagai menu makanan dan minuman yang sempat Husein rasa ketika berada di Indonesia dulu. Tapi hati-hati ya, mungkin perkongsian ini membuatkan anda nak berbuka puasa dengan cepat, air liur tiba-tiba menitis dari mulut dan perut bermain muzik dengan kuat. Hahaha… padam muka
      
1) Nasi Padang
One of the famous food in Indonesia. Kalau datang kat Indonesia, wajibul ghunnah rasa masakan ni. Kalau tak, ibaratnya macam korang tak menjejak ke bumi dia la. Pada mulanya Husein ingat nasi padang ni adalah nama satu makanan, tapi yang sebenarnya ia adalah simbolik kepada cara diorang hidangkan makanan di atas meja. Makin besar meja yang korang makan, makin banyak la menu makanan yang diorang akan letakkan. Sebab tu la diorang namakan nasi padang. Kalau meja korang besar padang bola, besar padang bola la diorang akan hidangkan. Korang tak payah nak tempah apa-apa.. juz tunggu kat meja makan dan diorang akan hidangkan makanan. Bila time bayar, diorang akan kira lauk-pauk yang kita sentuh je.

2) Murtabak Mesir/Telur
Salah satu makanan yang paling Husein idamkan untuk rasa lagi. Husein sendiri konfius tentang nama makanan ni. Setengah kata murtabak mesir, setengah lagi kata murtabak telur. Ahhhh…pedulikan nama murtabak tu… yang penting rasa murtabak ni sangat berlainan dengan murtabak yang ada kat Malaysia. Isi murtabak mungkin sama… ada daging, ada ayam.. tapi murtabak ni dibungkus dengan daun pisang dan kuah dia pun memang THORBAIKK bak hang. Lain daripada yang lain. Tak pernah lagi Husein rasa murtabak sesedap ni. Tapi harga dia boleh tahan mahal jugak la.

3) Jus Buah Avocado
Buah ni jarang nak jumpa kat Malaysia, apatah lagi air buah dia yang pure. Tapi kat Indonesia, korang boleh jumpa jus buah ni kat tepi-tepi jalan je. BEST sangat.. korang try la. Rasa dia memang macam buah avocado la, takkan rasa benda lain pulak. Kebanyakkan kedai akan tambah cecair coklat siket untuk lebih rasa berkrim dan menambahkan lagi rasa sedap.
Jus Buah Avocado. Cecair yang berwarna coklat tu adalah perisa koko.
4) Jus Timun
Jus ni mungkin dah ada di sesetengah kedai di Malaysia. Kat Indonesia pun sama. Cuma Husein bernasib baik dapat jumpa kedai yang menyediakan air jus ni. Mungkin korang akan rasa pelik macam mana timun boleh buat air kan?? Biasanya timun tu kita buat ulam je makan sekali dengan nasi. Macam mana pulak boleh jadi air jus? Persoalan macam tu la yang membuatkan Husein nak sangat cuba rasa air ni. Lepas tu bila dah rasa, jus dia memang sedap. Habis satu gelas Husein minum.

5) Kuih Timpan
Ini merupakan kuih tradisional Indonesia. Diluar mungkin sekali nampak macam pulut bakar tapi sebenarnya tak. Rasa dia macam dodol siket-siket tapi ada isi kat dalam. Husein pun tak ingat dah isi apa kat dalam tu tapi rasa dia pun memang sedap.

6) Lontong
Merupakan salah satu makanan tradisional Indonesia yang sangat popular. Kebiasaannya kita akan makan nasi lemak time waktu pagi kan.. tapi kat sini lontong menjadi pilihan diorang. Dalam lontong ni ada kuah yang rasa dia macam kari, mee, telur, dan sayur. Tapi awas, mungkin ada lontong yang pedas giler. Kalau makan benda pedas time waktu pagi memang sakit perut la jawabnya. Bagi Husein, lontong ni macam mee kari la. But at least Husein dah rasa.


Setakat itu sahaja perkongsian Husein kali ni. Diharap dengan perkongsian ni dapat menjadi guideline korang kalau korang travel kat Indonesia. Nanti tak payah korang tanya masakan/minuman apa yang dihidangkan. Hanya tengok sekali imbas dan korang dah tahu apa nama masakan/minuman tu. SELAMAT BERPUASA & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN.

9 ulasan:

  1. murtabak telur tu macam sedap la.. jus avokado tu mmg sedap! terbaik!

    BalasPadam
  2. ini makanan indonesia , saya dari indonesia :D ituu MARTABAK bukan MURTABAK :3

    http://hexho-zord.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. nasi padang tu yang nampak best. serius blom lg penah try makan nasi padang walaupun kt JB ni katanya ada restoran yang serve nasi padang tu.

    BalasPadam
  4. Razfira: Kalo boleh nak bungkus byk2 bawak balik mlysia murtabak tu. hehehe..
    Vaster Shoot: Yup, saya udah tahu. tapi di Mlaysia dipanggil Murtabak bukan Martabak.

    BalasPadam
  5. Zaleha: Serius best sngat.. kena try tu. Banyak lauk pauk bole pilih.

    BalasPadam
  6. Jus timun tu kami adik beradik mmg auka minum... buat sendiri jek... blm pernah smpi indonesia... maybe 1 day... hehehe murtabak tu nmpk sedap...!

    BalasPadam
  7. bestnye food indonesia..ena suka masakkan indon.tapi tak pernah makan kat indonesia..beli kat mesia je

    BalasPadam
  8. nampak menarik makanan di sana.. InshaAllah 1 ari nnt akan jejak ke sana.

    BalasPadam
  9. Bestnya husein..jeles aku..aku pun rasa nk g indon jgk..haha..btw, aku ingtkn lontong tu masakan johor, rupanya indon eh? Bagus entri2 mg ni..keep it up!

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.