Keseronokan Mendaki Gunung Stong Sampai Nak Jerit Kuat-Kuat
Menawan salah satu gunung yang disukai para hikers
adalah salah satu daripada impian Husein sejak dulu lagi. Sejak dulu selalu
fikirkan…. Best ke daki gunung? Diorang ni tak letih ke naik gunung? Bila
tengok citer Everest dan The Himalayas, fuhhh… agak mencabar jugak naik gunung
ni. Well, you know me. Husein adalah jenis yang suka pada cabaran.
Selepas berakhirnya final exam baru-baru ni, Husein
teringin sangat nak ke Gunung Stong. Dah beberapa kali menyatakan hasrat
kat member-member satu sem tapi masing-masing senyap je. Then, Husein dijemput
untuk join group sem lain ke sana. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Husein
pun tanpa segan silu join group diorang walaupun tak berapa kenal sangat
diorang tu. Tapi dengan diorang ni la susah senang, jerit-perit, penat-lelah, suka
duka, perangai gila-gila dikongsi bersama.
Team kitorang: Dari kiri: Ameer, Hamzi, Shibli, Husein, Ley, Ajim, Baihaqi, Mirul, Alif, Afiqi, Ain dan Kero
Akhirnya pada tanggal 19-21 April lepas,
kitorang beramai-ramai bertolak ke Gunung Stong. Pada hari pertama
kitorang berkesempatan melawat tiga gua disana, Gua Keris, Gua Gelap dan Gua
Pagar.Nanti Husein ceritakan pengalaman merentas tiga gua tersebut di entri
akan datang. Pada hari kedua, barulah kitorang memulakan pendakian pada waktu
pagi setelah sarapan.
Team kitorang seramai 12 orang dan seorang guide.
Tempoh pendakian tak sampai sehari pun tapi kitorang mengambil keputusan untuk
tinggal di tapak perkhemahan di Kem Baha selama 3 hari 2 malam. Macam-macam
aktiviti kitorang buat termasuklah memancing, melihat matahari terbit kat air
terjun paling tinggi di Asia Tenggara(air terjun Jelawang), buat unggun api
pada waktu malam, bakar ayam dan sosej, borak-borak sampai tak ingat dunia dan
macam-macam lagi.
Pendakian kitorang bermula di Kem Baha
tersebut pada jam 10.30 pagi. Pada awalnya guide kitorang kata yang
kitorang dah terlambat untuk bermula pendakian dan dijangka sampai ke puncak
pada pukul 4 petang. Tapi Alhamdulillah, kitorang sampai lebih awal
sejam dari yang dijangka iaitu jam 3 petang. Ini bermakna pendakian kitorang mengambil masa
lebih kurang 5 jam setengah.
Yang kedua dari kanan adalah abang guide kitorang. Terima kasih abang guide sudi layan kerenah kitorang dan sudi jadi guide kitorang. Kalau takde dia, memang sesat la kitorang dalam hutan ni.
Berehat sebentar di atas kayu balak yang BESARR.
Sepanjang pendakian, dah macam-macam perkara dah
berlaku. Mandi peluh dan penat memang tak payah kata la. Ada yang hampir putus
asa tapi kitorang tetap bagi semangat, ada terjumpa ular (Husein la tu), ada
yang saling bertukar beg sebab berat sangat, ada yang sakit kaki, lengah-lengah,
sakit bahu dan macam-macam lagi. Akhirnya berkat usaha kami berbaloi dan
berjaya sampai ke puncak dengan pemandangan yang sangat indah. Terasa macam
nak jerit sepuas hati biar seluruh dunia dengar. Aaaarrrrggggghhhhhh…………
Gunung Stong setinggi 1,422 meter dari paras laut, telah BERJAYA ditawan dengan selamat. Ini pengalaman mendaki gunung yang kedua Husein setelah Gunung Sinai di Mesir.
Pada jam 4 petang, kitorang bersiap untuk
turun pulak. Guide kitorang jangka yang kitorang akan sampai pada waktu malam.
Untuk pengetahuan korang, waktu malam adalah tidak sesuai untuk aktiviti hiking
atau meredah hutan kerana lebih terdedah kepada bahaya. Tapi kitorang berjaya
jugak sampai lebih awal dari yang dijangka iaitu sekitar jam 6.20 petang.
Alhamdulillah…. So, tempoh untuk kitorang turun pulak lebih kurang 2 jam
lebih. Total naik+turun= lebih kurang 8 jam.
Antara sudut lain di puncak Gunung Stong.
Walaupun penat letih dan sakit-sakit sendi sampai
terketar lutut yang kitorang dapat, tapi kitorang tetap takkan lupakan kenangan mendaki gunung
ni sampai bila-bila. Terasa macam nak stay kat sini lebih lama lagi. So, where is the next hiking trip soon??
Ya Allah, dah lama nak gi Gunung Stong tp xsampai2 lagi. Padahal dlm negeri sndirik je.
BalasPadamwah macam best je mendaki gunung ni....memang kena exstra tenaga nak mendaki ni kan....mental fisikal kena kuat.
BalasPadamermmm dekat ngan kampung abe nik nie
BalasPadamPerghhhh tinggi betul!! Akan ku tawan suatu hari nanti.. Yeahhh
BalasPadamcamne nak dptkan guide kat gng stong ye?
BalasPadam@ikhwan Afiq: blh try send emel kat husenmail@gmail.com
BalasPadamWah! unik sungguh namanya. Gunung Stong. Kalau salah taip boleh jadi Gunung Sotong.
BalasPadamMenarik sekali pemandangan dan suasananya. Kalau tengok dari gambar hutannya masih terpelihara.
BalasPadamBoleh saya dapatkan no contact guide?
BalasPadamGambo air terjun tiada review ka tuan?
BalasPadam