Pergi Beijing Tanpa Naik Kapal Terbang

ASSALAMUALAIKUM...
Dah lama tak pergi bercuti di negara orang. Terasa rindu nak merasai udara negara asing. Terutamanya negara China… one of my travel list to go there. Husein harap akan dapat duduk lebih lama sikit untuk satu hari nanti di negara tersebut. Negara China bukan sahaja kaya dengan teknologi, tapi kaya dengan khazanah sejarah dan budi pekerti sopan santun budaya masyarakat mereka.

Akhirnya impian Husein untuk menjejak kaki ke Beijing dah tercapai. Alhamdulillah.. Nak sampai kat sini tak perlu naik flight pun sebab yang Husein sampai bukan lah Beijing kat China, tapi Masjid Beijing yang terletak di Rantau Panjang, Kelantan. One of the thousand thing you should do in Kelantan is to visit Masjid Beijing. 

Nama asal masjid ni adalah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, tetapi lebih famous dengan nama Masjid Beijing. Walaupun perjalanan agak jauh dari ibu negeri Kota Bharu(KB) iaitu sekitar 45 minit perjalanan, tapi percayalah pengorbanan yang ditempuhi akan menemui hasil yang berbaloi dan mengasyikkan.
 Pintu gerbang masjid

Tipu la kalau Husein cakap yang masjid ni nampak macam biasa je. Berlainan kot dengan masjid-masjid yang lain yang ada kat Malaysia ni. Kerana seni bina masjid ni direka dengan konsep rekaan daripada gabungan senibina Cina dan Islam. I wonder sape la yang reka masjid ni… terasa macam ada kat China kejap. Padahal mak cik pak cik selalu lalu lalang nak masuk masjid ni untuk solat pakai telekung kopiah semua. Hahaha…
Alhamdulillah, Husein jugak berkesempatan berjemaah kat masjid ni. Tok imam pun suara sedap, sesuai la dengan populariti masjid ni yang selalu menjadi tarikan orang luar termasuk Husein sendiri, malahan pelancong asing jugak. Interior design masjid ni pun not bad la. Boleh tahan. Karpet masjid pun cantik… selesa nak solat.

Selepas korang melawat masjid ni, korang boleh pergi ke Pasar Rantau Panjang, iaitu pasar yang free daripada cukai. Hanya beberapa minit je korang boleh sampai. Di pasar tersebut, korang akan dapat harga yang jauh lebih murah dari tempat lain. Kebanyakkan barang jualan yang ada kat sini termasuklah tudung, baju/seluar lelaki dan wanita, pakaian sukan, kasut dan macam-macam lagi. So, mana tak ruginya kan bila dapat datang ke Masjid Beijing ni kan. 

4 ulasan:

  1. Ena ritu snap gambar masjid ni dari luar je. Tak sangka dalamannya cantik sedemikian. Huaaaa rugi tak turun

    BalasPadam
  2. haha, ptut lah xpyh naik kpl terbng..nakal btoii la

    BalasPadam
  3. pergh! Tajuknya tu menarik. Pergi Beijing tanpa naik kapal terbang. Cepat-cepat buka untuk baca.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.