Cara Menjadi Jejaka yang Lebih Hebat
ASSALAMUALAIKUM...
Dalam dunia ni, dah macam-macam manusia dah yang Husein pernah jumpa.
Dari selemah-lemah manusia, sehinggalah yang boleh dikatakan hebat dan
berpengaruh. Kadang-kadang terfikir jugak macam mana la diorang ni boleh jadi
hebat macam tu. Sungguh Husein pun teringin sekali untuk menjejaki langkah sama
seperti diorang. Kalau tak mampu semua, sikit pun takpe la asalkan dapat
pengalaman yang bermanfaat.
Dikalangan kawan-kawan sekolah, universiti dan kolej Husein sendiri pun
dah ada yang berjaya dalam hidup diorang. Ada yang dah bekerja dengan gaji yang
mahal, ada yang dah mula bukak bisness dan ada jugak yang mula menjadi orang
yang berpengaruh dalam bidang masing-masing. Bila tengok balik, rupanya ramai diorang
ni yang di kalangan perempuan. Diorang ni dulu macam biasa-biasa je, tapi dah
besar ni makin berjaya pulak diorang ni. Husein pun tumpang gembira dengan
rezeki dan kejayaan diorang.
Bila check balik, kenapa ramai lelaki tak kedepan.. means dilihat
berjaya dalam hidup mereka. Bukan ke kaum lelaki yang patut memimpin kaum
perempuan? Tapi sekarang ibarat macam terbalik la pulak… kaum lelaki kurang
menonjol. Contoh paling ketara adalah Dato’ Siti Nurhaliza dan Dato’ Vida.
Suami diorang takde la menonjol sangat tapi kejayaan dan pengaruh diorang lebih
hebat dari suami diorang.
So, dengan adanya MRSTYLO CONFERENCE 2016 ni korang sume yang bergelar
lelaki boleh bina semula keyakinan korang kepada tahap yang lebih baik lagi.
Program macam ni sangatlah jarang-jarang dibuat, so rugilah kalau korang tak
join sekali. Dengan tema “Where You Come to Learn How To Be A Better Man”
menjanjikan korang padat dengan ilmu kesihatan, fashion, style, karier, imej diri dan personaliti. Hanya dengan menghadiri program ni, korang akan dapat info tentang semua tu dalam masa satu hari je. So, mana tak ruginya kan?
Antara topik menarik yang bakal dikongsikan dalam program ni adalah mengenai keyakinan diri, style dan perwatakan seorang lelaki, gaya rambut, membina keperibadian dan jugak cara pengurusan wang dengan betul. Selain tu, korang jugak dapat goody bag dan mungkin bertuah untuk dapat pelbagai hadiah cabutan bertuah seperti pakej spa lelaki bernilai RM380, pakej rawatan rambut bernilai RM3800, dan banyak lagi.
So, ape tunggu lagi? Kalau korang nak jadi jejaka yang lebih baik, kat sini la caranya sebab kat sini lah “Where You Come to Learn How To Be A Better Man”. Pendaftaran adalah terhad. Boleh ajak semua ayah, daddy, pak cik, tok imam, abang adik untuk join program ni. Untuk info lanjut, boleh contact info berikut:
Link pendaftaran: http://blog.mrstylo.com/ mrstylocon
Facebook: www.facebook.com/MrStylo321
Instagram: mrstylo1
Venue: Impact Hub Kuala Lumpur, D7 @ Sentul East Design Centre
bagus program ni. sekarang lelaki mcm slow je. perempuan yg kat ats. tu dri mata kasar lah. ada ramai je yg berjaya
BalasPadam