Jom Makan ShellOut di Estadio Coffee & Bistro, T'ganu
ASSALAMUALAIKUM...
Husein memang extreme dengan makanan laut. Seafood is my
favorite food. Kalau nak bandingkan dengan ayam, Husein agak kurang sikit.
Sebab kebanyakkan ayam-ayam kat Malaysia ni tak fresh. Ada sesetengah yang
kotor, means ada darah lagi dalam daging. Dengan sebab tu Husein lebih gemar
makan makanan yang bersumberkan dari laut.
So, bila Husein tahu ada restoran makanan laut yang baru
dibuka kat Terengganu ni, why not kita cuba kan. Makanan kat sini bertemakan
sumber laut. Ada macam-macam jenis seafood termasuklah udang, ketam, sotong dan
lala@kupang.
Tanggapan pertama Husein bila dah sampai sini adalah mungkin
restoran ni macam restoran biasa yang lain. Takde beza sangat kot…. Tapi
restoran Estadio Coffee & Bistro Terengganu adalah sangat ohsem. Berbeza
dengan restoran yang lain. Dengan memakai konsep “Tabur dan Makan” serta ala-ala “Shellout”,
korang akan dapat rasa macam mana makan atas meja tanpa ada sebutir pinggan
pun.
Tempat makan yang kemas dan bersih.
Seafood kat sini memang THORBAIKK. Husein bagi 10
bintang. Paling Husein suka sekali kat sini adalah lala. Rasanya macam lembut dan terserlah kehebatan cara masakan dia. Husein memang heran macam mana
diorang masak lala tanpa ada rasa hanyir sikit pun. Kebiasaan Husein sebelum ni
bila makan lala, memang akan rasa hanyir sikit…tapi kat sini takde sikit pun…
tambah lagi memang sedap ohsem bak hang. Selain tu, seafood yang lain macam
ketam, udang dan sotong jugak sedap sampai tak cukup tangan nak makan mana satu
ni. Semuanya sedap belaka wei.
Lepas korang jamu selera dengan seafood, mestilah nak minum
air kan. Nanti tercekik pulak kang. So, kat sini disediakan minuman yang sedap
dan berkrim gitu. Ada macam-macam air termasuk Estadio Ice-Cream Larva, dan Estadio Float Larva. Tapi
yang paling digemari ramai adalah Estadio Coffee dan Laici Ice-Cream.
Bagi korang yang nak buat small party pun boleh kat sini. Birthday party or whatever la... Disini jugak terdapat band/busking yang boleh menyerikan majlis party korang. So, takde la bosan sangat kan. Dengan surprise yang macam ini, sape yang tak rasa dihargaikan kan? Makanan pun sedap, air minuman pun sedap, tempat makan pun kemas. Mesti semua yang datang akan gembira dan meriah.
Jom makan FREE kat sini!!
Bagi korang yang nak makan FREE kat sini, apa kata
korang pakat ramai-ramai join contest yang sedang berlangsung. Bukan susah
sangat pun… cuma kena selfie bersama hidangan shellout tu dan post di Facebook
korang dengan hashtag #estadiocoffeebistro serta komen yang positif. (Jika
terdapat kekurangan atau kelemahan, mohon maklumkan secara personal@ inbox page
diorang bagi tujuan penambahbaikan.)
Contest ini berlangsung sehingga 31 Mac 2016. TIGA
pemenang dengan review yang menarik akan dipilih dan diumumkan di page yang
tertera di bawah. So ape tunggu lagi.. jom pakat serbu Estadio Coffee & Bistro sekarang.
Sebarang detail dan info, boleh rujuk dibawah:
Facebook: Estádio Coffee & Bistro
Instagram: Estadio_Coffee_Bistro
Waktu Operasi: 5.30pm-11.30pm, Setiap Hari (Kecuali Isnin)
Alamat: Estádio Coffee & Bistro, Jalan Belakang Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu,belakang Yayasan Terengganu,sederet dengan Kedai HPA
Num. Telefon: 013-405 3200
Yam yam.....ni adik-adik duk ajak ber shellout nih...heheh
BalasPadamNampak menyelerakan.. pasti cuba juga kalau ke sana nanti..
BalasPadamLaa...di Terengganu je ke? Orang Terengganu pun belum sampai lagi ni. Hihi. InsyaAllah nanti nak try juga.
BalasPadamhari tu pegi time opening. ramai sangat orang. tak smpt makan bnyk. next time kena pegi lgi. x sangka awk blogger tganu. ssh nak cari blogger tganu, tak ramai. ke salah ?
BalasPadamRasanya Malaysia ni dah boleh masukkan shellout sebagai makanan popular juga. Hampir semua tempat ada sediakan hidangan menu macam ni. Tengok pun dah rasa nak meleleh air liur. :D
BalasPadam