Makan sambil layan view Kuala Terengganu City
Hello...Assalamualaikum
Selain
Chicken Cottage, iaitu satu-satu restoran Chicken Cottage kat Malaysia ni, (baca entri berkaitan Chicken Cottage disini)kat
Terengganu ni terdapat banyak tempat makan lain yang best. Kalau ada yang
restoran yang best, di tambah lagi dengan adanya view duduk tepi pantai ke, ada
laut ke, ada air terjun ke…. Menambahkan lagi keseronokan anda untuk menjamu
selera sambil boleh menenangkan fikiran dan iman dengan melihat kebesaran
Tuhan.
Bukit
Panorama agak asing bagi orang Terengganu sebab ramai yang tak kenal dengan
bukit ni. Macam biasa, Husein memang suka dengan tempat yang ramai orang tak
kenal ni. Tapi bila dah ramai tak kenal ni, agak payah nak jumpa jalan nak
sampai sini. Tengok google maps pun dia tunjuk arah berbelit-belit. Last sekali
Husein tanya penduduk setempat yang berdekatan dan akhirnya jumpa.
Rupanya
jalan nak sampai Bukit Panorama ni tak la susah sangat, cuma jalan dia tak
ramai yang nampak… agak terpencil sikit. Di Bukit Panorama ini jugak terdapat
sebuah restoran yang korang boleh layan view pemandangan bandar Kuala
Terengganu. Tapi kalau setakat bawak duit seploh hinggit tu, jawabnya boleh
minum air je la.
Menu special
kat sini adalah Satay dan Pizza. Satay kat sini memang sedap tapi harga pun
boleh tahan jugak mahalnya. Pizza kat sini pulak agak low quality bagi Husein.
Terasa macam pizza yang biasa Husein makan kat pasar biasa di Mesir. Kalau nak
challenge Pizza Hut pun agak jauh lagi. So bila harga pun mahal, tapi rasa dan
kualiti makanan agak low, anda rasa berbaloi ke makan kan?
Tapi makanan
lain kat sini agak sedap dan menyelerakan. Terutamanya masakan kampung dan
masakan mee. Agak terbeliak jugak la mata ni bila rasa masakan dia…. Sedap gila
oiii. Nak tambah satu pinggan lagi boleh? hahaha...
Kat sini
jugak korang boleh tempah meja awal-awal. Served. Husein pun pernah sambut
birthday party kat sini bersama family. Best kan sambut birthday together with
family di tambah dengan view yang cantik dan ohsem dari atas bukit.
So, kalau korang singgah Terengganu, jangan lupa try makan kat sini. Walaupun takde keropok lekor tapi kat sini ada view yang super duper cantik.
nice la boleh ada restoran atas bukit macam ni. sy pernah makan kat restoran kat Gunung Jerai dengan family. Makanan boleh tahan dan view pun awesome :D
BalasPadamnanti lepas dikenali mesti ramai orang akan pergi sana.
BalasPadamcantiknya pemandangan..suka suka
BalasPadamcantik view... boleh la masuk dalam list tempat nak pergi tahun ni
BalasPadamHuntunglaaa..cuci mata
BalasPadambetul tu.. tempat2 rare memang best nak explore..
BalasPadamkalau kena gaya.. boleh hit tempat tu lepas kita p ekeke..
wah.now baru tahu wujud bukit panorama.
BalasPadamwahhh nice...
BalasPadamttibe tringin nak ke sana juga :D