Keistimewaan Stevia White Coffee di Restoran PappaRich
ASSALAMUALAIKUM...
Buat korang yang tinggal di Kota Bharu, Kelantan mesti dah tahu
shopping complex yang baru dibuka baru-baru ni iaitu AEON Mall, berdekatan
dengan stesen bas. Time hari pembukaan tu bukan ramai lagi orang yang datang.
Bersesak-sesak jugak la. Dengar kata sampai nak beratur baru boleh masuk, tapi
nasib time Husein datang tu takde la sampai macam tu.
Kalau korang nak shopping kat AEON Mall ni, jangan nyanyuk dan lupa
pulak yang kat shopping complex ni ada restoran PappaRich. Restoran yang memang
terkenal dengan kesedapan dan kelazatan makanan dan minumannya. Nak kata excitednya
sangat, bila sampai je kat situ… Husein dah tak cari tempat lain dah.. memang
cari restoran Papparich ni.
Kat sini ada macam-macam makanan dan minuman. Dari masakan kampung,
makanan laut, western dan banyak lagi. Tapi yang paling famous sekali kat sini
adalah Nasi Lemak Paha Ayam Goreng, Koey Teow Sup Ipoh bersama ayam stim, dan Pappa
Char Kuey Teow. Mak aihhh… dengar pun dah meleleh air liur ni, kalau dah rasa
konfem la makin sedap lagi. Gerenti punye laa…
Makanan pertama yang Husein makan adalah Nasi Lemak Paha Ayam Goreng. Tapi yang ni special sikit sebab ada tambah sotong. Sambal dia memang tip-top la. Tak pedas sangat. Pandai chef restoran ni masak.
Yang kedua, Nasi Goreng Kampung. Macam biasa, mesti ada something special sikit dari warung kedai mamak kat luar sana iaitu ada tambahan satay. Sape tak minat satey kan? Siap ada lapik dengan daun pisang lagi. Ayam goreng dan satay dia memang sedap tahap berdebar jantung hati. Rasa macam jatuh cinta weh. Telur goreng yang dihasilkan pun nampak cute-cute je... tak garing sangat. Bila semua dah rasa sekaligus, memang tak layan benda lain dah.
Makanan ketiga, Mee Kari. Bila tengok dengan mee kari ni pun dah buat Husein terburu-buru nak rasa. Dengan kelazatan yang tidak terlalu pedas, berlemak dan mempunyai daging ayam yang empuk.. membuatkan korang memang tak cukup pinggan nak makan. Macam complete sangat mee kari ni. Kalau korang nak pedas sikit, boleh tambah sambal yang dihidangkan secara berasingan. Ni kalau ajak mak Husein makan, konfem habis satu mangkuk besar ni dia sapu sorang je.
Kat sini jugak ada hidangan roti. Husein adalah penggemar roti sejak dari zaman sekolah dulu. So, bila ada hidangan roti ni, why not kita cuba kan. Roti yang dihasilkan memang lembut. Terasa macam senang je nak gigit dalam mulut. Pulak tu, ada marjerin dan jem kaya menambakan lagi kemanisan dan kelazatan roti ni.
Bagi korang yang penggemar kopi, kat sini ada minuman yang sangat
special iaitu Stevia White Coffee. Korang wajib try rasa tau sebab kopi ni secara
semulajadi dimaniskan oleh Stevia sebagai pengganti kepada gula biasa. Ekstrak daun
Stevia ni adalah pemanis semula jadi berasaskan tumbuhan dan ia baik untuk
kesihatan sebab mempunyai sifar kalori dan indeks glisemik yang rendah.
Sebelah kiri adalah Stevia White Coffee (Iced) dan sebelah kanan adalah Coklat Ice-cream. So no need to worry about your healthy so bad. Sambil minum, sambil
jaga badan dari minum minuman daripada gula yang biasa kita guna. Rasa dia
macam mana pulak?? Rasa dia macam nak nangis terharu sangat wehhh…. Sedap macam minum
kopi yang guna gula yang biasa tuuu… Eh, lebih sedap kot.
Lepas korang dah siap habis menternak lemak kat sini, jangan lupa
untuk ambil booklet baucar dengan setiap pembelian Siri White Coffee tadi.
Dengan booklet baucar tadi, korang boleh sambung menternak lemak dan tebus kat
mana-mana cawangan PappaRich.
Amboii.. tak senonoh betul la Husein ni. Makanan penuh dalam mulut. Of kos la... makanan semua sedap hingga menjilat semua jari tangan. Rasa nak makan dengan semua jari tangan sekali la. hahaha..
So rugilah korang kalau tak makan kat restoran PappaRich ni. Dah la
makanan dan minuman dia sedap sampai terbeliak mata, then ada coffee yang
healthy friendly, lepas tu korang boleh dapat baucar pulak kat sana. Sape yang tak datang kat restoran PappaRich ni memang rugi la wehh. So jangan tunggu lagi... bawak semua anak-beranak, cucu-cicit, jiran sebelah rumah makan ramai-ramai kat restoran PappaRich ni sekarang.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk:
Laman web: www.papparich.com.my
Facebook: PappaRich
Instagram: @papparich.my
tak pernah try lagi paparich ini padahal dulu tempat keja sebelah paparich je..haaha
BalasPadamgambar-gambar tu membuat selera naik dibuatnya. Oh!
BalasPadam