Meneroka Tiga Gua Dalam Satu Masa
Alam semulajadi adalah lukisan karya Yang Maha
Pencipta. Tiada yang dapat menandingi lukisanNya, sebaliknya kita harus
menghargai setiap apa yang tercipta di alam semesta ini. Baik haiwan, tumbuhan,
mahupun pemandangan yang indah disebalik gua yang gelap gelita.
Misi Husein mendaki Gunung Stong baru-baru ini,
didahulukan dengan merentasi tiga gua yang berada berdekatan. Rugilah rasanya
jika tidak cuba merentasi gua kerana sebelum ini Husein belum pernah ada
pengalaman masuk ke mana-mana gua di Malaysia. Pada awalnya, plan untuk jelajah
gua ini tidak lah berada di dalam triplist kami, tetapi memandangkan guide kami
mengesyorkan kami ke sana, maka apa salahnya jika kami cuba sekali kan??
Gua Ikan. Itu lah nama gua yang telah kami terokai.
Tak pasti kenapa dinamakan Gua Ikan, padahal kat sini tak nampak sekor pun ikan
yang ada. Dalam gua ni, terdapat tiga gua kecil yang dibahagikan iaitu Gua
Keris, Gua Gelap, dan Gua Pagar. Ketiga-tiga gua tersebut mempunyai
keistimewaan dan tarikan yang tersendiri. Sebelum nak pergi, pastikan anda
membawa lampu suluh untuk membantu anda meneroka ketiga-tiga gua tersebut yang
pastinya gelap gelita walaupun hari siang.
Tarikan utama di Gua Keris adalah anda akan nampak
batu besar yang berbentuk seperti keris. Manakala salah satu dari gua yang
lain, tidak dapat Husein terokai kerana kesuntukan masa. Tak pasti samada Gua
Gelap atau Gua Pagar yang kitorang tak masuk. Yang pasti adalah hanya dua buah
gua sahaja yang kitorang dapat masuk. Travel guide kitorang jugak ada
menyatakan bahawa salah satu dari gua tersebut adalah sangat merbahaya.
Sambil meneroka misteri disebalik gua-gua tersebut,
kitorang jugak dapat buat aktiviti lain. Antaranya mendengar titisan air di
dalam gua. Tapi nasib kitorang tak baik haritu sebab takde langsung air yang
menitik. Mungkin sebab cuaca panas sangat kot. Tapi abang guide kitorang cakap
yang kalau kitorang dapat dengar, bunyi yang terhasil akan kedengaran dengan
bunyi yang syok sekali. Alaa.. ruginya.
Team kitorang. Semuanya 12 orang dan seorang guide.
Aktiviti yang paling kitorang tak dapat lupakan
adalah melihat sendiri batu Kristal semulajadi. Tak sangka dalam salah satu gua
ni terdapat batu Kristal yang sangat besar. Cantik dan berkilat pulak tu.
Teringin nak ambil sikit bawak balik rumah. Boleh kayo den. Bagi kat bakal
isteri ke. Hahaha.. tapi perbuatan seperti itu adalah dilarang sama sekali.
Kalau semua pakat ambil sikit sorang, habis la tarikan pelancong untuk ke gua tersebut.
Bermakna, orang lain dah tak boleh tengok dah batu Kristal tu.
Walaubagaimanapun, cukup sekadar melihat sendiri kecantikan batu Kristal tersebut
dengan mata kepala sendiri sudah memadai. Lepas ni korang boleh la pulak tengok
batu Kristal tu yer.
Secara ringkasnya, aktiviti meneroka tiga buah gua
kitorang tak sempat. Kitorang hanya mampu dua buah gua sahaja. Walaupun hanya
dua buah gua, tapi kitorang tetap gembira dan terasa akan kecantikan tarikan
yang ada. Terasa lebih adventure dan lebih banyak tempat lagi yang patut
kitorang terokai samada di darat, laut, mahupun di dalam gua sekalipun. Jangan
ingat dalam gua tiada tarikan. Anda silap. Untuk next trip, Husein akan
ceritakan kepada anda pengalaman melihat sendiri keindahan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara.
Tunggu k.
syoknyaa masuk2 gua ni. hati ni teringin tapi belum kental lagi nak gi haha, xcukup lasak :(
BalasPadamcantiknya gua-gua tu...mesti seronok kan boleh meneroka kedalam gua tu...
BalasPadamtakut masuk gua...heheh..tapi cantik batu2 dalam gua ..
BalasPadamhttp://riverstonegirl.blogspot.my