Bagai di Sumpah, Anda Pasti Terpegun dengan Keindahan Air Terjun Tertinggi di Asia Tenggara
ASSALAMUALAIKUM...
Korang ingat entri pasal hiking Gunung Stong hari
tu da habis ke? Tak habis lagi la. Sebab cerita pasal tempat yang paling cantik
kat sana Husein tak cerita lagi. Mungkin tempat ni boleh di panggil tagline kat
sana… kalau tak singgah kat sini, korang dianggap berdosa besar la sebab tak
dapat tengok tempat paling cantik dan ohsem tu.
Pendakian kitorang terhenti sebentar di Kem Baha,
tapak perkhemahan kitorang. Kat sini la kitorang tido selama dua malam dalam
khemah. Kat sini takde sewa bilik apetah lagi chalet dan hotel. So, memang
korang kena tido dalam khemah je. Khemah pulak bawak sendiri dari bawah sampai
atas. Takde khidmat sewa khemah.
Alhamdulillah, berdekatan dengan tapak Kem Baha ni,
korang boleh tengok pemandangan paling indah berdekatan dengan air terjun
paling tinggi di Asia Tenggara, iaitu air terjun Jelawang, Gunung Stong.
Takde yang istimewa sangat tentang air terjun ni.
Tapi korang boleh tengok pemandangan matahari terbit kat air terjun ni dan
boleh bermandi-manda sambil main air kat sini. Air kat sini pun takde la bahaya
sangat tapi kena berhati-hati jugak. Kat sini jugak korang boleh mancing ikan.
Tapi ikan kat sini takde la besar sangat… setakat besar tapak tangan je… tapi
banyak. Silap hari bulan korang boleh
dapat ikan penuh satu baldi kecik. Kawan Husein pun dah try mancing ikan kat
sini.
Tiada yang lebih indah selain menikmati air teh panas sambil melihat matahari terbit di air terjun tertinggi di asia tenggara.
Keindahan waktu fajar menyinsing terbit. Subhanallah...
Yang bestnya adalah kat sini ada beberapa sudut
yang sesuai untuk korang selfie atau ambik gambar sebagai kenangan. Gambar yang
dihasilkan semestinya cantik dan nampak teruja dengan keindahan yang tercipta.
Kamera Go Pro of kos kena bawak. Air kat sini pun sejuuuukkk sampai
terketar-ketar weh…. tak kira pagi, tengahari atau petang… same jer.
Selfie dicelahan batu sambil air terjun berduyun-duyun jatuh dari atas dan tangan berpaut erat supaya tak jatuh. Ohhsemmm...
Ibarat badan terkena tendangan bola. Walaupun bola tu lembut, tapi bila tekanan yang pantas menghempap badan ia akan menjadi pedih. Begitu lah rasanya apabila bergelen-gelen air jatuh dari atas menerjah badan dalam masa beberapa saat. Terasa pedih sedikit tetapi amat berpuas hati sebab rasa macam ada orang urut kat belakang. hahaha....
bestnya, kalau ada rezeki nak pergi panjat gunung stong juga, tapi dah berapa kali abang dayah tak kasi, katanya merbahaya..hurmm nak sangat pergi tengok keindahan dekat sana.
BalasPadamfuh..memang cantek gile view dia..
BalasPadamsetuju2, jagalah alam yang dipinjamkan pada kita ni :) sedih jugak bila baca orang share di Facebook, betapa manusia ni suka buang sampah merata-rata kat setiap tempat yang baru famous. T_T
BalasPadamhanisamanina.com
Indahnya ciptaan Tuhan, malangnya ramai manusia yang tak menghargainya..
BalasPadam