Percutian Bajet ke Pulau Perhentian - PART 1
Klik disini untuk: Itinerary & belanjawan | PART 2
Dalam banyak-banyak pulau kat Malaysia, Pulau Perhentian la yang paling Husein nak pergi sekali. Dah lama niat dalam hati bila la aku nak datang kat sini.. padahal tak jauh mana pun pulau tu dengan tempat tinggal Husein. Lebih kurang 2 jam lebih je perjalanan. Bila tengok orang lain pergi kat sana terasa macam nak lempang-lempang je skrin handphone. Aduhh.. bila la aku nak jejak kaki kat sini ye…
Nak dijadikan cerita, punye la payah nak plan pergi Pulau
Perhentian ni. Mula-mula Husein plan nak pergi dengan geng-geng
seperjuangan yang belajar Mesir… nanti sampai sana boleh la bincang-bincang
siket dengan hala tuju dan masa depan masing-masing sambil bercuti… tapi
masing-masing macam tak sudi. Takde duit la.. takde masa la.. pergi sana la
pergi sini la. Tapi bila orang lain ajak pergi pulau lain nak pulak. Huhu…
lantak diorang la. Akhirnya Husein guna second plan Husein untuk ajak
geng-geng sekolah lama untuk join. Alhamdulillah kebetulan diorang tengah cuti.
And you know what my third plan
is? Become a lonely traveler/backpacker. Travel sengsorang.,
Untuk percutian kali ni kitorang sepakat nak try gaya backpacker. Takde travel guide dan tak ambek mana-mana pakej pun. Tido pun kat khemah je. Oh ye… kalau korang nak itinerary dan belanjawan sepanjang Husein bercuti di pulau ni 3D 2N, boleh klik kat sini. Korang mesti terkejut dengan belanjawan Husein yang memang ciput je tapi berbaloi dan best. Husein pun mengesyorkan agar korang pergi la kat pulau ni sekali. Serius korang takkan menyesal pergi kat sini.
Dari kanan: Driver kitorang (Syahmi), suka bergayut telefon (Hanif), best student yang sibuk dengan assignment (Fauzan), dan orang yang tak dapat tido (me).
Untuk percutian kali ni kitorang sepakat nak try gaya backpacker. Takde travel guide dan tak ambek mana-mana pakej pun. Tido pun kat khemah je. Oh ye… kalau korang nak itinerary dan belanjawan sepanjang Husein bercuti di pulau ni 3D 2N, boleh klik kat sini. Korang mesti terkejut dengan belanjawan Husein yang memang ciput je tapi berbaloi dan best. Husein pun mengesyorkan agar korang pergi la kat pulau ni sekali. Serius korang takkan menyesal pergi kat sini.
Oleh kerana korang dah tahu macam mana itinerary dan
belanjawan Husein tadi, maka tak payah la Husein cerita banyak untuk post kali
ni. Also.. oleh kerana post yang lepas takde gambar, maka untuk post kali ni
Husein belanja korang gambar yang pasti membuatkan korang terhegeh-hegeh nak ke
pulau ni. Jangan lupa follow instagram Husein sebab kat situ jugak
Husein share gambar-gambar kat sana (ig: husein_rider)
The hardest part is, nak tido dalam khemah. Semua barang-barang terpaksa letak dalam khemah termasuk makanan dan minuman. Kalau tak, ada serangga atau binatang liar yang akan makan such as biawak. Waktu petang pada hari pertama tu pun kitorang dah jumpa biawak. That’s why kitorang buat macam tu. Bila semua makanan dan minuman terpaksa letak dalam khemah… mula la semut-semut datang tak diundang. Kitorang dah kebas-kebas sikit khemah tu tapi macam biasa la…. Ada sekor dua yang degil. Maka tido la kitorang dalam keadaan semut datang hinggap ke kaki sekali sekala. Kalau kat rumah diganggu nyamuk, kat sini diganggu semut.

2 orang tido dalam khemah, sorang lagi tido luar khemah.
Aiikkk.. baru tiga orang…kata tadi pergi empat orang kan? Hahaha.. yang sorang
lagi tak tido mana-mana. Dalam khemah pun tak, luar khemah pun tak sebab dia tak
dapat tido langsung sepanjang malam pertama kat sana. I repeat… the whole
night ok. Until subuh. And that is me. Ya… Husein tak dapat tido malam
tu sampai subuh. Nak kata tak letih, of course letih seharian pergi jalan-jalan
sambil layan kerenah geng-geng sekepala. Bila tengok diorang tido terasa macam
nak kacau je diorang tu, tapi Husein biarkan.
Keesokan harinya kepala rasa berat je nak buat aktiviti.
Tapi mujur Husein dapat tido sekejap lepas subuh. Sebelum subuh badan dah tak
berapa sedap dan nak muntah. Tu pun bukannye lama Husein tido… lebih kurang
30-50 minit je. Nasib kepala otak boleh tahan lagi. Then kitorang buat aktiviti
snorkeling sampai ke tengahari.
Untuk snorkeling kali ni kitorang ambek 3 checkpoint je
iaitu Turtle point, Coral point dan Shark point.
Alhamdulillah untuk turtle point kitorang dapat jumpa penyu depan mata beb.
Lama pulak tu. Siap main kejar-kejar sikit dengan penyu tu. Akhirnya letih duk
berenang kejar penyu tu. Untuk coral point pulak, korang dapat tengok batu
karang dan ikan-ikan kecik yang cantik berwarna-warni. Oh ye… sebelum pergi ni,
eloklah korang bawak roti untuk bagi makan kat ikan. Nanti senang ikan
datang berkumpul kat korang dan korang boleh tengok bermacam-macam ikan dengan
senang. And I did just like that. Terasa macam nak cium-cium je ikan-ikan comel
tu bila diorang datang serbu kat Husein. Don’t worry, diorang tak berani makan
korang punye. Hihihi…
Penyu yang kitorang jumpa.
Husein jumpa puteri ikan duyung. Hahahahaha…. Wahai puteri
ikan duyung, datang lah meminang aku. Huhuhuhu…
Untuk post seterusnya, Husein akan kongsikan cerita-cerita
menarik ketika melakukan aktiviti jungle trekking dan mengharungi 900+ anak tangga
menuju puncak Perhentian Kecil sambil tengok kincir angin.
Terima kasih kerana membaca. Komen siket…
uik.. x penat ke x tido? jumpe x puteri duyung?
BalasPadamKampung saya ni. Hehe. Lama tak ke pulau perhentian dan jenguk rumah kat sana. Semua keluarga dah menetap kat 'darat'. Tengok gambar ni rindu pula dengan pulau perhentian. Terima kasih atas perkongsiannya.
BalasPadamwww.ainyyzain.blogspot.com
bestnya..berangan nak pergi!
BalasPadammacam best jee snorkling.. :0
BalasPadamJOM FOLLOW SAYA
cepat la next post! excited hehe
BalasPadambestnya! tak pernah merasa mcmnie!
BalasPadamnasib baik jauh kalau dekat2 mmg weekend ni jugak turun perhentian
BalasPadamdah mana pergi kosnya?..
BalasPadamPulau Perhentian ni terkenal sebagai dive sites dan tempat snorkeling popular.
BalasPadam