5 Adat & Perangai Orang Mesir PART 2
ASSALAMUALAIKUM...
Jauh perjalanan, luas pengalaman. Saban hari Husein seolah-olah dah boleh serasi dengan perangai diorang yang kadang-kadang macam nak marah.... tapi pendam dalam hati je la. Husein akan menulis beberapa kebiasaan masyarakat Mesir yang sering dilihat dalam pandangan mata ini:-
Fuul
Fuul kat sini bukan bermaksud April Fool ok. Atau bermaksud bodoh. Tapi fuul kat sini bermaksud nama satu jenis makanan yang digemari oleh masyarakat kat sini. Ianya satu resepi yang bahan utamanya adalah kacang. Kebiasaanya akan dimakan dengan roti 'isyhh yang lembut. Masyarakat kat sini akan mula berebut untuk beli makanan ni pada waktu pagi. Sebab tu la kadang-kadang masyarakat kat sini tak ucapkan 'Sobahal Kheir' yang biasa kita sebut, tapi dengan ucapan 'Sobahal Fuul'.
Suka bagi Salam
Apabila berjumpa je selalu diorang akan bagi salam. Tak kira kat tepi jalan, time turun tangga, atau tengah naik bas/teksi dan lain-lain. Mungkin ini adalah perangai baik yang ditonjolkan oleh masyarakat Mesir yang perlu kita amalkan di Malaysia. Tapi diorang tak la bagi salam kat yang bukan mahram. Di Malaysia, kalau bagi salam kat yang bukan mahram mesti berniat nak mengorat lettew. Korang ada pengalaman macam tu??
Kencing Merata
Bab kebersihan, orang Mesir memang 100% fail. Adehh.. boleh pulak diorang buat perangai macam ni. Dah la tak basuh balik najis tu... lepas tu dibiarkan begitu je. Then, mula la sakit hidung bila orang ramai lalu-lalang kat situ apabila bau 'benda' tu. Kebiasaannya diorang akan cari dinding untuk buat perkara ni. Husein pun hairan kenapa diorang buat macam ni sedangkan masjid kat Mesir ni belambak je. Pergi sana ada masjid, pergi sini ada masjid. Tak boleh ke pergi tumpang tandas masjid kejap untuk buang air!!
Pasang 'Speaker Box' dalam telinga
Orang Mesir memang selalu buat bising. Kalau terkena dengan driver teksi/tremco arab yang selalu dengar muzik, memang pasang volume kuat habis sampai memekak telinga ni dengar. Selain tu, diorang ni jugak akan memekak apabila ada perayaan seperti kenduri kahwin dan sebagainya. Kebiasaannya akan dibuat pada malam hari. Kenduri kahwin diorang akan diserikan dengan tarian dan muzik yang entah apa-apa dah. Bagi korang yang nak buat kenduri kahwin pastu pasang muzik kuat-kuat... baik lupakan la hajat korang tu....ganggu jiran sebelah nak tido je... nak nak jiran yang ada baby.
Pakar Melayan Tetamu
Bila ada sahaja tetamu yang datang ke rumah, mereka akan melayan tetamu tersebut dengan layanan yang special. Macam layanan kat hotel pulak. huh! Memang terbaik la diorang layan. Rasanya kalau bab ni orang kita kalah siket kot sebab selalu tetamu yang datang kat rumah kita akan dihidangkan dengan air teh bersama biskut kering atau kuih-muih. Kalau kat sini....siap bagi nasi ayam, nasi kerabu, nasi kelabu, nasi pink... haishhh.. sume ada la. Kalau ada yang bertuah, siap bagi nasi arab lagi. Hoiiii... nasi arab tu...sape yang tak nak kan?? makan free lagi. Nyummm...nyummm.
Ini semua adalah perangai atau adat-adat yang mungkin anda semua tak tahu dan patut tahu. Nanti bila korang travel di negara Mesir nanti, tak lah jadi kejutan budaya sebab korang dah tahu serba sedikit perangai masyarakat disini dan tak perlu hairan bila diorang buat macam tu.
Nak tahu lebih banyak lagi adat & perangai orang Mesir? Boleh klik disini.
Terima kasih kerana membaca. Komen siket...:-)

Alahaiii kencing merata. Apa2 pun, part salam tuuu patut dicontohi =)
BalasPadamdasaytnya yang kencing merata tu..tak sangka pengotor macam tu..
BalasPadamteringinnya nak p mesir. kat malaysia kena ada tu amalan bagi salam. selalunya lelaki berniat gatai rajin tegoq ppuan haha. isk
BalasPadamEeeee kencing merata tu tak boleh bla. Tapi abang ena pun cakap benda yang sama, dorang memang suka kencing merata. Dulu dia blaja kat Cairo, 7 tahun.
BalasPadamhuh... perangai orang arab memang tak jaga kebersihan... Tapi rasanyer tak semua arab macam tuu... Ada sesetengah negara, perangai masyarakatnya sangat bagus dan lembut..
BalasPadamteringin nak pergi mesir pla hehe btw nice info n blog
BalasPadamJOM SINGGAH..TERDAPAT PELBAGAI INFO MENARIK TENTANG KESIHATAN,KECANTIKAN SERTA BANYAK LAGI..
http://suppl3m3nt4u.wix.com/suppl3m3nt4u
Kencing merata?Yang ni memang tak boleh ikut :)
BalasPadamhaha x sampai hati nak tulis tentang jordan. rajinnye anda menulis haha
BalasPadamKencing merata? Alamak .. nampak tak senonoh bunyinya.
BalasPadam