Perspektif Azam dari Kacamata Islam

ASSALAMUALAIKUM...

Tahun masihi 2014 sudah pun melabuhkan tirainya dan 2015 menanti kita dengan penuh pengharapan. Pelbagai kenangan pahit manis tercipta sepanjang setahun kita dijadikan sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Namun, itu semua menjadi pengajaran dan iktibar untuk kita lebih berdaya saing dan lebih maju untuk masa yang akan datang. Maka ada yang berazam sempena tahun baru yang sudah tiba.
Jika azamnya itu baik, insyaAllah, Allah tidak akan mensia-siakan perbuatan baik itu. Akan tetapi jika azamnya buruk dan jahat, adakah Allah akan menerima azam tersebut juga? Adakah sudah cukup untuk kita berazam dengan azam yang baik sahaja atau tidak?

Pengertian azam dan niat adalah berlainan. Niat adalah kata hati yang dilakukan semasa kita mengerjakan sesuatu amalan. Misalnya, kita mengangkat takbir di dalam solat sambil berniat. Maka solat dikira batal jika seseorang itu berniat sebelum solat atau selepas solat. Manakala azam pula bermaksud kata hati yang dilakukan sebelum mengerjakan sesuatu amalan.

Sebaik-baik azam adalah disertakan dengan usaha dan perancangan yang baik. Tetapi andai azam dan usahanya adalah untuk perkara jahat dan dikeji maka dia berhak diberikan ganjaran dosa.
Dengan itu, sebaik-baik orang yang berazam dan berusaha adalah mereka yang bertawakkal kepada Allah. Sepertimana firman Allah dalam surah Ali-Imran, 159-160:
"Kemudian apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. Jika Allah menolong kamu, maka tiadalah orang yang dapat mengalahkan kamu, jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal."
Maka amat beruntunglah orang yang berazam serta berusaha untuk mencapai azamnya dan bertawakkal kepada Allah sepenuh hatinya kerana Allah sahajalah sebaik-baik penolong. Maka jika Dia tidak menolong hambanya, tiada kuasa yang lain lagi yang dapat menolong hamba tersebut.

Terima kasih kerana membaca.

3 ulasan:

  1. azam yang baik, niat yang baik... memang terbaik. Yang penting, TINDAKAN. betul tak?

    BalasPadam
  2. Sentiasa memperbaharui azam. Setiap tahun, tanam niat nak jadi manusia yg lebih baik. Smoga Allah membantu kita semua dalam mencapai azam masing2. Aaminn

    BalasPadam
  3. Salam Husein... yes azam tahun baru... azam-usaha-tawakal... itu lah yg orang ajar kat kita... saya pun ada azam tapi lebih pada azam mengarut... hmmm more to keinginan jer... saya nak jejakkan kaki ke bulan... kalau boleh tahun ni... hehehe... azam yg tak mengarut macam tahun2 lepas... kuruskan badan... (sighhhh....) nak kena gi Afrika gaknya baru menjadi

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.