Imbasan 2014

ASSALAMUALAIKUM...

Husein kira inilah entri pertama Husein pada tahun baru 2015 ni. But, pengakhiran yang sedih pada tahun 2014 apabila negara ditimpa banyak masalah dan bencana antaranya ditimpa bencana banjir yang terburuk sejak beberapa tahun dan perkara yang menyedihkan ramai pihak iaitu terhempasnya pesawat Air Asia QZ8501 baru-baru ini.
Apabila di imbaskembali cerita-cerita sepanjang tahun 2014 ini, kebanyakkannya adalah kisah yang sedih dan menyayat hati. Ianya bermula dengan berita yang mengejutkan ramai pihak iaitu kehilangan pesawat MAS MH370 yang sampai sekarang tiada khabar dan berita yang soheh tentang penemuan pesawat misteri tersebut. Berita tersebut tersebar luas memandangkan ianya adalah tragedi yang jarang-jarang berlaku di negara kita.

Beberapa bulan kemudian, negara dikejutkan lagi dengan pesawat dari syarikat yang sama iaitu MH17 yang ditembak jatuh di sempadan Rusia. Masih segar diingatan Husein tentang berita tersebut memandangkan sebulan sebelum kejadian, Husein baru sahaja naik kapal terbang dari Mesir menuju ke tanah air. Pulak tu, kejadian tersebut berlaku pada bulan puasa. So, lepas family Husein sahur bersama, terus je buka tv untuk tengok perkembangan terkini kejadian tersebut.

Disebalik kisah sedih, ada juga riang ria sepanjang 2014. Antaranya warna-warni Piala Dunia di Brazil. Dengan bola, masing-masing boleh meluangkan masa dengan rakan atau insan yang tersayang sambil tengok Van Persie melakukan 'Flying Dutchman Header', rekod larian terpantas Robben, dan Germany menang Piala Dunia.
Bagi Husein pulak, sepanjang setahun ni Husein jugak dah travel banyak tempat di Malaysia dan Mesir khususnya. Kalau nak tahu Husein pergi mana sepanjang setahun ni, boleh klik disini. Dengan kesungguhan Husein menulis dan berkongsi pengalaman di blog, alhamdulillah Husein dapat masuk paper dua kali sepanjang tahun lepas.

Diharapkan tahun 2015 ini terselit lebih banyak cerita suka daripada duka. Dan moga segala azam tahun baru untuk kita semua akan tercapai. Oh ye, apa azam korang sume? Boleh share sikit tak. hehehe... :-)

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

4 ulasan:

  1. selamat tahun baru!
    p/s: azam eh, nk dpt kje yg full time kot..

    BalasPadam
  2. Belum lagi pk apa azam tahun baru. heheh.. Selamat tahun baru 2015. Semoga apa yang diazamkan tu tercapai.

    BalasPadam
  3. Selamat tahun baru. Tak terlewat rasanya nak ucapkan ^^

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.