5 Adat & Perangai Orang Mesir

ASSALAMUALAIKUM...

Negara Mesir dah ibarat negara kedua bagi Husein. Dah bertahun-tahun Husein tinggal di negara piramid ni. Apabila bercakap tentang orang arab memang tak boleh pisah dengan sifat kasar mereka. Tapi, disebalik sifat kasar diorang, ada juga sifat lemah lembut dan sifat-sifat yang lain yang selalu dipuji orang ramai. But, Husein akui yang sifat sopan-santun dan lemah lembut yang lahir dari darah orang kita, iaitu orang Malaysia jauh lebih baik dari mereka. Sebab tu la masyarakat Mesir akan beri gelaran kepada orang Malaysia dengan gelaran 'Ahsanun Naas' yang bermaksud manusia yang paling baik.

Jauh perjalanan, luas pengalaman. Saban hari Husein seolah-olah dah boleh serasi dengan perangai diorang yang kadang-kadang macam nak marah tapi pendam dalam hati je la. Saya akan menulis beberapa kebiasaan masyarakat Mesir yang sering dilihat dalam pandangan mata ini:-

Tidur Pagi
Husein akui yang sifat ni pun orang kita selalu buat. Tapi boleh dikatakan kebanyakkan rakyat Mesir akan buat perangai ni. Sebab tu kadang-kadang diorang buka kedai lambat. Kadang-kadang lepas Zohor baru la buka kedai bisnes diorang. Perangai ni tak mengira musim, samaada musim panas, musim sejuk, musim bunga, atau musim 'buat kilang taik mata' secara berjemaah ramai-ramai. Sehinggakan Husein terbaca sebuah blog yang mengatakan; kalau la Israel serang negara Mesir time waktu pagi, konfem akan hancur lebur negara ni.

Malas nak mandi peluh
Dengan perangai macam ni la yang menyebabkan peratus indeks penganggur di negara Mesir semakin membimbangkan. Oh ye, untuk pengetahuan anda negara Mesir adalah negara yang paling teruk kadar penganggurannya. Kalau dah malas nak bekerja keras, macam mana nak berjaya kan? Ape engko ingat nak dapatkan sebutir biji beras tu dengan hanya goyang kaki je? Nak dapatkan syurga pun kena ada usaha jugak la. Ingat boleh masuk free-free je? :-)

Susah kahwin muda
Perkara ni dah seolah-olah jadi trend kat sini. Kebanyakkan orang disini kahwin lambat. Umur dah masuk lingkungan lewat 20-an atau awal 30-an baru la dapat kahwin. Antara punca masalah ini berlaku adalah adat masyarakat disini meletakkan mas kahwin yang tinggi kepada orang perempuan. Kadang-kadang mencecah sampai ratusan ribu. Lepas tu mula la hidup papa kedana semula dan hutang keliling buah pinggang sambil makan nasi tambah telur goreng dan kuah kicap. Kulit dah mula kedut-kedut ala-ala Jalaluddin Hasan baru la nak kahwin. (Rasanya Dato' Jalaluddin Hasan hensem siket kot.. hehe)

Teh
Bangun pagi minum teh, lepas makan minum teh, tengok tv minum teh, berbincang-bincang minum teh, makan malam minum teh. Semuanya dengan teh. Tengah jawab exam pun minum teh. Tapi yang last ni memang hebat.... sambil drive kereta, sambil minum teh sebab ada jual tepi jalan. Kita yang jadi penumpang dia ni kengkadang berdebar kecut perut bila tengok dia buat macam tu. Ikutkan hati nak bagi je dia minum minyak petrol.(Rasanya warna air teh dengan minyak petrol nak dekat sama kan?.. hehe)

Tempel Pipi
Jika bertemu, mereka akan menempelkan pipi selepas berjabat tangan. Ade sesetengah tu akan muncungkan bibir mereka sambil buat bunyi ciuman. Ini semua tandanya mereka sangat gembira apabila bertemu dan mungkin juga mereka akan berpeluk antara satu sama lain. Tapi hanya untuk jantina yang sama je tau. Kalau lain jantina tak buat la sebab bukan mahram.

Ini semua adalah perangai atau adat-adat yang mungkin anda semua tak tahu dan patut tahu. Secara kasarnya, masih banyak lagi perkara yang patut Husein tuliskan dan akan bersambung pada entri yang akan datang. Untuk penulisan akan datang Husein menjanjikan perangai yang lebih pelik untuk pengetahuan korang.

Nanti bila korang travel di negara Mesir nanti, tak lah jadi kejutan budaya sebab korang dah tahu serba sedikit perangai masyarakat disini dan tak perlu hairan bila diorang buat macam tu.

**mood baru je habis winter exam kat sini. Hope result yang akan keluar nanti is like a shining star. Pray for me.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket.... :-)

13 ulasan:

  1. orang mesir pun gila minum teh jugak.... ingatkan orang turki jer...

    BalasPadam
  2. Daripada pengalaman sendiri.. orang mesir yg ada di luar kaherah agak lembut sedikit berbanding yg tinggal di kaherah..

    Di Dahab, Nuwaibah, Sham El Sheikh org tempatan banyak membantu dan percakapan tidak kasar jika ada sekali pun agak sedikit sgt..

    Tapi di Kaherah boleh kata setiap hari mesti ada je yg cari pasal.. Di Giza piramid paling kasar org nyer.. baik dri parking guy, penarik beca, polis berkawal, penjual minuman, penjual souvenir.. semua nak marah.. even marah paksa kita beli brg dri mereka..

    Lebih suka dengan org egypt luar kaherah.. dan dj Alxendria dari pengalaman sendiri.. org tempatan better dari Kaherah.. :D

    Sekadar dari pengalaman sendiri.. mungkin saya jer yg tak bernasib baik kot.. :D

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. minum teh sambil drive pakai plastik ke pakai cawan..hehe

    BalasPadam
  5. oo macam tu rupanya..agak2..hussein kawin lambat gak ke..ehhee

    BalasPadam
  6. saya tak pernah ke Mesir, tapi lepas baca artikel ni baru tahu sedikit sebanyak adat orang Mesir.

    BalasPadam
  7. saya tak pernah ke Mesir, tapi lepas baca artikel ni baru tahu sedikit sebanyak adat orang Mesir.

    BalasPadam
  8. Kelakar gileerr lah..saya tertawa payah nak berhenti bila ah baca blok nie..hahhahahahaha.. nice sharing .

    BalasPadam
  9. 100 percent agree.. mmg mcm tuh lah org mesir

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.