Langkah yang Salah Menangani Stress

Setiap orang mempunyai masalah tertentu. Adakalanya melibatkan orang lain dan adakalanya tidak. Namun, ketahuilah bahawa Allah tidak akan sekali-kali menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu mereka tempuhi. Hikmah disebalik ujian Allah untuk kita adalah untuk menguji keimanan kita. Selebihnya, Allah mahu melihat sejauh mana cara kita untuk menyelesaikan masalah.

Kadang-kadang masalah yang dihadapi membawa kita kepada stress. Berikut adalah cara yang SALAH dalam menangani stress:

Berkeseorangan
Cara inilah yang paling salah jika anda stress. Berkeseorangan tak mampu menjamin kebahagian anda. Malah mungkin menyebabkan anda lebih murung dan bermasam muka dengan orang ramai. Lebih teruk lagi mungkin anda mudah terjebak dengan jenayah bunuh diri, sedangkan bunuh diri haram disisi agama Islam dan dilarang sekiranya anda dipercayai untuk bunuh diri dan seterusnya akan menyebabkan anda dipenjara kerana melakukan kesalahan tersebut.

Sekurang-kurangnya anda tidak berkeseorangan dan cuba berinteraksi dengan orang ramai samada kawan, keluarga, sanak saudara atau jiran terdekat. Malah, mungkin dengan cara itu anda akan mendapat satu jalan untuk menyelesaikan masalah anda dengan cepat.

Keluar Rumah
Remaja zaman sekarang mudah mengambil jalan senang untuk mengelakkan stress dengan pergi keluar rumah tanpa izin penjaga atau ibu bapa mereka. Kebanyakkan mereka-mereka yang mengalami stress ini berpunca dengan masalah kekeluargaan. Apabila anda keluar rumah, ia sebenarnya bukan mengurangkan stress yang dihadapi tetapi menambahkan lagi stress anda dan keluarga anda. Dengan mengambil tindakan sebegitu, ia membahayakan diri anda lebih-lebih lagi dengan kadar kes jenayah yang semakin tinggi. Jika para penjenayah dapat mengecam anda berkeseorangan, maka amat mudah untuk mereka mengambil kesempatan ke atas diri anda samada bunuh, merompak, menculik atau merogol anda.

Tambahan pula, keluarga anda akan mula risau dengan ketiadaan anda di rumah dan menambahkan lagi masalah yang dihadapi oleh keluarga anda. Sebetulnya, jika anda menghadapi masalah kekeluargaan, anda perlulah berdepan dengan masalah ini. Kebanyakkan masalah kekeluargaan adalah berpunca dengan salah faham sahaja. Oleh itu, ibu dan bapa memainkan peranan yang penting. Setiap orang mesti bersikap terbuka dan menerima pendapat serta bersabar dengan apa jua keadaan. InsyaAllah, dengan berkat bersabar, anda mungkin akan dapat sesuatu yang baik yang tidak dijangka.

Makan Banyak
Kebanyakkan wanita atau gadis di Malaysia akan melakukan perkara ini apabila mereka stress. Kebanyakkan jenis makanan yang dipilih adalah yang kurang berkhasiat seperti coklat, burger dan lain-lain lagi. Langkah seperti ini sememangnya memudaratkan kesihatan anda lebih-lebih lagi apabila anda mengambil makanan ini dengan berlebihan.

Jika anda tidak mampu menahan nafsu makan juga tatkala stress, cara yang paling mudah adalah anda berkongsi makanan anda dengan orang lain. In fact, kadang-kadang anda akan beroleh ketenangan tatkala melihat orang lain berkongsi rezeki dengan anda. Ibarat seperti anda memberi makan kepada fakir miskin. Mereka gembira kerana mendapat pertolongan, dan anda gembira kerana melihat kegembiraan mereka.
Hisap Rokok
Sebenarnya tak kira anda stress atau tidak stress, merokok adalah haram dan dilarang sama sekali. Kebanyakkan orang stress yang merokok akan merokok lebih daripada satu batang. So, ini bermakna anda akan terdedah dengan pelbagai penyakit dengan lebih cepat.

Seeloknya, daripada anda menghirup asap rokok, lebih baik anda menghirup udara angin sepoi-sepoi bahasa di pantai. Cuba tenangkan diri sambil melihat pemandangan yang cantik dan merasai nikmat udara yang segar. InsyaAllah, stress anda akan berkurang.

4 ulasan:

  1. Terima kasih kerana sudi berkongsi artikel yang menarik dan berinformasi ini....teruskan usaha anda
    http://kenny977.blogspot.com/2014/05/kemarahan-tak-terkawal-dan-kesannya.html

    BalasPadam
  2. Artikel yang menarik dan bermanfaat. Jemput singgah!
    http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html

    BalasPadam
  3. waa bagus entri ni ...

    #klik nuffnang #visit me on shukranzahari.blogspot.com ..happy blogging

    BalasPadam
  4. Tips yang baik tuan. Terima kasih di atas perkongsian tuan.

    norainimohdzain.blogspot.com

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.