Al-Fatihah BuatMu Murabbiku

ASSALAMUALAIKUM...

Terkelu lidah tanpa bicara, 
hati rasa gundah gulana,
terkenang beliau semasa hayatnya,
akhirnya beliau pergi bertemu pencipta-Nya.

Tak tergambar betapa sedih..... sedih sangat hati Husein apabila mendapat berita sedih dari tanah air tentang pemergian sang murabbi, Tok Guru Nik Abdul Aziz di kediamannya. Airmata ini mengalir, hatiku pedih bila mendengar kepulangannya ke Rahmatullah. Moga tok guru ditempatkan bersama orang-orang soleh di syurga sana, Hajat Husein jika pulang ke tanah air tahun depan dan pergi ke kuliah beliau di medan ilmu akhirnya tak tercapai.

"Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.”
- (HR. Ahmad no. 6582 dan At-Tirmidzi no. 1074)

-Al-Fatihah-

4 ulasan:

  1. Mcm mana laa masa zaman Rasulullah dahulu.. perasaan para sahabat meratapi pemergian nye Nabi Muhamad SAW ketika itu.. sedangkan pemergian Allahyarham TGNA sebagai ulamak tersohor dh cukup hebat nye kesan bg ku..
    Al-Fatihah buat Allahyarham...

    BalasPadam
  2. sebak didada, xmampu berkata-kata. walau tak pernah bersua tapi terasa amat mengenalinya.. amanlah kau di sana TGNA.

    BalasPadam
  3. Salam takziah utk keluarga Allahyarham

    BalasPadam
  4. Al-fatihah...

    #nuffnangclick #visit me on shukranzahari.blogspot.com #Happy blogging

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.