Si Tua Tukang Cuci & Kucing Putih

ASSALAMUALAIKUM...

Beberapa hari dulu, niat Husein untuk datang ke universiti adalah untuk buat urusan visa. Al-maklumlah... passport baru kena la ada visa..kalau tak, memang 'bersih' sangat la passport aku ni sebab takde cop visa. Sebelum ni memang rasa malas sangat nak buat sebab tahu yang perangai orang arab macam mana.

Tapi, beberapa hari lepas Husein gagahkan jugak pagi-pagi lagi ke universiti. Tapi malangnya, orang yang buat urusan visa ni kata...."ba'da zuhr"(lepas zohor). Tengok jam kat tangan,.. "Emm, ade lebih kurang 2 jam lagi nak zohor". Emm..takpe la. So, oleh kerana masjid yang cantik bersebelahan je dengan universiti iaitu Masjid Al-Azhar, maka tak salah duduk situ jap sementara tunggu azan zohor. 

Bila sampai je dalam masjid, ada dua perkara pelik yang Husein alami. Pertama, Husein jumpa seorang tukang cuci yang tua yang tak henti-henti ucapkan "Lahaula wala quwata illa billahil 'aliyil 'azim" dengan kuat sampai Husein sendiri yang duduk berjauhan dengan pak cik tu boleh dengar. Pak cik tu sebut perkataan tu sambil kepala terangguk-angguk tanda berzikir start dari Husein sampai kat masjid tu sampailah tok bilal melaungkan azan zohor. Uuiihh... lama tuuuu. Korang mampu? Kadang-kadang hati ni terasa nak tahu kenapa pak cik tu sebut perkataan tu tanpa henti. Non-stop.

Kalau Husein sendiri, memang tak terdaya la nak buat macam tu. (But I will try to do like that someday). Dengan sibuk layan orang telefon la, facebook la, whatsApp la dan macam-macam lagi. Macam takde terus masa untuk berzikir. Ohh... betapa hinanya diri ini dengan orang tua tukang cuci tu.

Kedua, bila terlalu asyik dengar zikir orang tua tu dan terpegun dengan keindahan masjid ni, tiba-tiba Husein didatangi oleh seekor kucing putih yang entah dari mana datangnya...dan terus duduk di ribaan Husein. Tersentak Husein dibuatnya bila kucing tu tiba-tiba je datang. Amboi dia ni.. bagi salam pun tidak.. ikut suka je nak duduk atas riba orang. hahaha...Husein fikir, mungkin kucing ni terlalu letih atau sejuk. And then Husein biarkan kucing tu duduk di ribaan Husein sampai kadang-kadang kaki ni rasa kebassss tapi Husein tetap biarkan kucing tu berehat kat situ.
Lagi pun, apa salahnya haiwan yang selalu berzikir ni duduk disamping kita yang tak selalu berzikir ni kan. Sampailah waktu iqamat dilaungkan. Maka Husein terpaksa gosok-gosokkan dan kejutkan kucing tu dan terus ke saf solat yang diimamkan oleh Syeikh Toha Rayyan, pensyarah terkenal di Universiti Al-Azhar.

Lepas selesai je solat zohor, Husein bergegas semula ke universiti untuk buat urusan visa. Dan akhirnya, Allah bagi Husein jalan yang mudah. Segala urusan hari tu siap sekejap je. Tak payah nak beratur panjang dan berebut dengan orang ramai.

Allahuakbar, rasa nak pergi semula ke masjid tu dan duduk kat situ lama-lama. Mungkin dengan berkat dengar orang berzikir ditambah lagi dengan haiwan berzikir yang duduk di ribaan Husein, memudahkan urusan Husein hari tu. Alhamdulillah ya rabb.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

2 ulasan:

  1. salam. alhamdulillah..pertolongan dari Allah, berkat zikir tu.. :)

    BalasPadam
  2. Allah sengaja hantar tukang cuci dan kucing putih kat kat Bro Hussein untuk 'memberitahu' bro sesuatu dan untuk memudahkan urusan bro.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.