4 Dugaan yang Tak Mungkin Dilupakan Sepanjang Mengembara

Hidup ini penuh dengan dugaan. Walau setinggi mana pangkat dan darjat anda, anda tetap akan diuji. Manusia mana yang takkan diuji sedangkan manusia yang paling sempurna diatas muka bumi, Nabi Muhammad S.A.W. pun diuji dengan pelbagai ujian dan masalah. Semua itu hanyalah untuk menguji tahap keimanan dan ketaqwaan kita sebagai seorang hambaNya.

Semakin banyak anda diuji, semakin tinggi darjat anda disisiNya.

Tipulah kalau Husein katakan yang selama Husein mengembara di beberapa buah negara dan mengunjungi beberapa tempat menarik, Husein tak pernah rasa susah dan tercabar sedikit pun. Memang betul… yang selama Husein tulis bercerita pengalaman mengembara di beberapa buah negara di dalam blog ini adalah cerita-cerita dan pengalaman yang best-best sahaja… hakikatnya ada beberapa peristiwa atau pengalaman pahit yang mungkin Husein belum ceritakan di dalam blog ini atau sudah.

Untuk mengetahui samaada pengalaman tersebut adalah pengalaman yang pahit, seram, takut, mencabar atau menggugat nyawa Husein sendiri, jom sama-sama Husein bawakan kepada anda pengalaman-pengalaman tersebut.

Sakit yang teruk
Pertengahan tahun baru-baru ini Husein ada kongsikan bersama anda tentang misi Husein bersama para sukarelawan lain untuk misi  bantuan kemanusiaan Rohingya di Indonesia. Klik PART 1, PART 2 & PART 3 untuk mengetahui lebih lanjut.

Di sepanjang misi tersebut, Husein telah mengalami sakit perut yang teruk berpanjangan selama 3 hari. Sehinggakan mengganggu waktu tidur Husein di waktu malam. Pernah sekali sampai terpaksa bangun malam 3 kali ke tandas. Mujurlah tandas terletak sebelah sahaja dengan bilik sewa Husein. Bila difikirkan semula, mungkin perut time tu tak boleh nak ngam-ngam lagi dengan makanan kat sana. Lepas tu mula lah keesokkan harinya bangun lewat daripada orang lain dan terpaksa makan ubat. Malu.. malu.. So, pengajaran lepas ni, bawak lah ubat-ubatan yang perlu untuk persediaan dalam waktu kecemasan macam ni nanti.

Handphone hilang
Pada masa yang sama juga, sewaktu berada di Indonesia tu.. handphone Husein tiba-tiba hilang entah kemana. Pada mulanya Husein menyangkakan tuan empunya hotel yang Husein duduk tu yang ambil kesempatan dan curi handphone Husein. Bimbang kalau-kalau dia tengok kita ni dari Malaysia… mestilah orang Malaysia ni kaya-raya.. banyak duit sampai boleh datang kat tempat dia. Sehinggakan bila Husein bercakap dengan dia pun macam-macam nak tak nak je… layan tak layan je.
Istana Maimun di daerah Medan, Indonesia. Klik disini untuk mengetahui cerita lanjut
Rupanya-rupanya handphone Husein hilang disebabkan dengan kecuaian Husein sendiri. Husein tak sedar  yang handphone tersebut tertinggal dalam kereta milik kawan Indonesia Husein. Pada masa tu, Husein berada di Kuala Langsa dan dia berada di Aceh. Perjalanan dari dua tempat tersebut memakan masa berjam-jam lamanya. Akhirnya, hampir keseluruhan hari keberadaban Husein di Indonesia, Husein tidak bersama handphone yang dirindui.

Husein tak boleh bayangkan kalau tiba-tiba Husein tersesat time tu. Nak contact orang pun tak boleh, nak tengok maps pun tak boleh….. Tapi akhirnya, sehari sebelum Husein berangkat pulang ke tanah air, Husein berjaya jumpa kawan Husein tersebut dan dapat semula handphone kesayangan. Ingat, handphone adalah nyawa kedua anda ketika travel… nyawa pertama adalah PASSPORT. Terasa berdosa pulak sebab layan tuan empunya hotel tu macam tu. Maafin Husein ya pak.. Husein gak ada niat lakukan begitu.. Cuma hati-hati aja.

Naik kapal terbang tentera macam dalam tahanan
Sewaktu Mesir mengalami gelombang kuasa rakyat yang menyebabkan kejatuhan presiden terdahulu, Hosni Mubarak.. ramai rakyat Malaysia yang berada di Mesir terpaksa dibawa pulang ke tanah air. Kebetulan Husein juga berada di Mesir beberapa bulan pada waktu itu. Maka apabila arahan dari kerajaan Malaysia menyuruh untuk segera dipulangkan semua rakyat Malaysia yang berada di sana, maka ramai yang menurut perintah kerana bimbang akan keselamatan masing-masing.

Untuk pulang ke tanah air, kesemua rakyat Malaysia perlu dikumpulkan di Riyadh, Arab Saudi terlebih dahulu. Entah macam mana.. trip kapal terbang untuk ke Arab Saudi yang Husein naiki pada waktu tersebut adalah kapal terbang tentera milik kerajaan Malaysia yang dinamakan Charlie.
Dalam perjalanan menuju puncak Gunung Sinai di wilayah Sinai, Mesir ketika musim sejuk.
Perjalanan dari Mesir ke Arab Saudi dengan menaiki kapal terbang memakan masa lebih kurang tiga jam. Selama tiga jam itulah Husein dan ramai lagi rakyat Malaysia yang lain terpaksa duduk bercangkung kerana tidak mempunyai kerusi seperti kapal terbang biasa. Malah, ada yang tidak cukup tidur. Mahu atau tidak, mereka terpaksa tidur sambil duduk.

Yang paling tidak selesa sekali adalah terpaksa mengharungi perjalanan tiga jam tersebut dengan bau yang kurang menyenangkan. Macam-macam bau ada… hancing pun ada. Bila difikirkan semula tentang keadaan Husein pada waktu itu, seolah-olah seperti seorang tahanan yang ditahan beramai-ramai untuk dikembalikan ke tanah air mereka semula.

Nyawa terancam di negara bergolak
Husein yakin, pengalaman yang bakal anda ketahui ini belum lagi ditulis oleh Husein dalam entri-entri yang dulu. Selepas kebangkitan rakyat yang pertama, Mesir mengalami gelombang kebangkitan rakyat yang kedua dalam tempoh beberapa tahun. Entah macam mana, Husein pun turut berada di Mesir pada waktu itu. Haishhhh.. aku ni dah macam dijodohkan untuk merasai benda-benda macam ni.
Pantai Agiba di wilayah Matrouh, Mesir. Klik disini untuk cerita lanjut.
Satu hari, Husein dan seorang kawan berada di dalam sebuah van untuk pulang ke rumah. Perjalanan yang sepatutnya tidak begitu lama bertukar menjadi sangat lama disebabkan driver van arab tersebut terpaksa melalui jalan raya yang digunakan oleh para penunjuk perasaan. Disepanjang jalan tersebut Husein berkesempatan melihat beberapa buah kenderaan yang musnah. Ada yang terbakar hangus.… ada juga yang terbalik. Fuhhh…. dahsyat orang arab ni. Orang lari bertempiaran dan luka sana sini sambil menjerit-jerit, itu memang wajib ada.

Namun, pemandu arab tersebut bijak mencari jalan. Dia lalu ikut jalan mana entah… tiba-tiba dah boleh sampai dengan selamat. Husein tak boleh bayangkan, kalau lah van yang Husein naiki itu mengalami nasib yang sama seperti kenderaan yang Husein lihat,… kemungkinan diri dan nyawa Husein boleh terancam. Yang terbakar tu entah macam mana la puncanya… mungkin disebabkan oleh para penunjuk perasaan… atau dibaling bom… atau yang lebih teruk lagi dibom terus.


Semua pengalaman tersebut Husein ambil sebagai satu cabaran dan pengajaran. Hidup tanpa cabaran memang sunyi dan kosong. Kadang-kadang, orang yang hidupnya miskin tapi mempunyai banyak pengalaman itulah yang lebih baik daripada yang kaya-raya tetapi ilmunya sedikit. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kelak, namun kita mampu bersedia untuk menghadapinya berbekalkan pengajaran daripada sejarah yang berlaku dalam hidup kita. 

4 ulasan:

  1. Wow... your stories in this post...make me speechless.. tabik bro... ada pengalaman2 macam tu..

    BalasPadam
  2. fuhhh!! hebatlah....pengalaman ni nantilah boleh jadi kenangan paling bermakna utk diceritakan dekat warisan...bangganya...

    BalasPadam
  3. Thanks Ct Roxalynna and Sofie Adie.
    Pengalaman mengembara mengajar saya erti kehidupan dan cabaran

    BalasPadam
  4. Pengalaman berada di negara orang memang memberi impak berbeza kepada diri apabila kembali ke tanahair. Pengalaman yang sangat berharga untuk dikongsi untuk manfaat bersama.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.