100 Keping Pizza Percuma dari Domino's

ASSALAMUALAIKUM...

Saya memang penggemar pizza. Sebabnya adalah kerana dulu time berada di Mesir, selalu je makan pizza sebab kedai pizza tu dekat je. Pulak tu terdapat banyak pilihan hidangan pizza. Tapi yang sebenarnya pizza yang ada kat Domino’s Pizza rupanya lebih sedap dari pizza yang lain. tak boleh lawan la dengan pizza yang lain.

Satu pizza bersaiz besar di Domino’s Pizza boleh korang kongsi tiga atau empat orang. So better pergi la dengan kawan atau family bila nak datang makan sini. Kalau makan sengsorang, konfem la tak best sangat. Lagi satu, takot korang tak habis je makan pizza besar kedabak macam tu. Tapi Alhamdulillah, baru-baru ni saya ditemani oleh beberapa rakan blogger yang lain yang sama-sama memeriahkan kempen FREE 100 keping Pizza yang diadakan di Domino’s Pizza, Kubang Kerian, Kelantan.
 Antara blogger pantai timur yang hadir. Muka excited sebab makan pizza.

Seawal jam 2.00 petang lagi, orang ramai dah mula beratur untuk mendapatkan pizza free ni, sedangkan agihan pizza free hanya akan dibuat sejam selepas itu iaitu jam 3.00 petang. Memang ramai betul peminat Domino’s Pizza ni. Ramai yang excited nak merasai pelbagai jenis pizza dan dapat free pulak tu.

Saya dan beberapa rakan blogger lain disajikan dengan pelbagai menu pizza yang menarik, antaranya
Spicy sambal. Kredit Wani Sukarno

Classified chicken. Kredit Wani Sukarno

Kempen Free 100 keping pizza dimeriahkan lagi dengan kemunculan DJ dari GEGAR iaitu DJ NAZZ dan EWAN. Pengunjung pun terhibur dengan kepetahan kedua-dua DJ tersebut dan countdown untuk pengagihan pizza pun dibuat secara beramai-ramai hingga ke detik terakhir. Muka sorang-sorang memang tersenyum lebar bila dah dapat free pizza.

Ini adalah salah satu usaha dari Domino's Pizza yang sekarang ini sedang berlangsung di seluruh semenanjung Malaysia bermula dari 13 Januari hingga 3 Februari 2018. Terima kasih buat semua kakitangan di Domino's Kubang Kerian. Tak terlayan kami dengan ke semua hidangan pizza yang pelbagai jenis. Lepas habis, diorang nak tambah lagi, lepas habis, tambah lagi. Amboi Domino’s Pizza ni, memang betul-betul nak suruh saya gemuk ni. Hancur la diet saya. 
Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi akan datang, lawati laman Facebook Dominos's di https://web.facebook.com/DominosMY/Jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan piza percuma!


Untuk maklumat lanjut mengenai Domino's Pizza Malaysia dan promosi lain serta sebarang pesanan online, boleh ke https://www.dominos.com.my/ atau hubungi 1300-888-333.

3 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.