Beli Cadbury dapat Babi??
ASSALAMUALAIKUM...
Ohh.. agak lama Husein menyepi dari dunia blog kebelakangan ni. Alhamdulillah, dah selesai semua exam untuk semester kali ni. Diharap dengan kesungguhan dan usaha Husein selama ni dibalas dengan kejayaan dan kecemerlangan yang diimpikan dalam result nanti.
Seminggu dua ni, ramai yang bercakap tentang isu DNA babi dalam coklat kegemaran ramai, Cadbury. Coklat yang diasaskan oleh negara lain tetapi kilangnya ada di negara Malaysia. Semestinya Malaysia menjadi tumpuan syarikat-syarikat popular di dunia untuk mempromosi dan meluaskan produk mereka ke negara Malaysia kerana Malaysia adalah antara negara yang ekonominya stabil.
Isu coklat Cadbury yang dikatakan mempunyai DNA babi menjadi isu yang sensitif buat negara Malaysia memandangkan hampir keseluruhan rakyat Malaysia adalah beragama Islam. Maka Islam mengharamkan daging babi untuk dimakan kecuali dalam beberapa keadaan seperti darurat dan seumpamanya. Hikmah pengharaman babi sudah banyak disebut oleh ulama'-ulama dulu tetapi yang menarik perhatian Husein kali ni adalah hikmah babi diharamkan untuk dimakan adalah kerana haiwan ini adalah antara haiwan yang tidak malu untuk membuat hubungan sulit dikhalayak umum sama seperti anjing.
Anda pernah dengar bahawa makanan juga mempengaruhi seseorang tersebut? Ya, makanan sangat mempengaruhi tubuh badan seseorang. Jika seseorang itu selalu makan makanan berlemak dan berminyak, tubuhnya akan cepat gemuk. Jika seseorang itu makan makanan yang berkhasiat, tubuhnya akan jarang dijangkiti penyakit. Begitulah juga dengan memakan daging babi. Anda akan terkesan dengan sifat haiwan tersebut jika anda makan daging haiwan tersebut. Oleh kerana itulah orang-orang Barat tidak sensitif tentang isu aurat dan maruah sesama mereka. Mereka bebas untuk bercium di khalayak umum, bersosial, hatta berdua-duaan di dalam bilik tanpa hubungan yang sah.

Isu coklat Cadbury diharamkan pada peringkat awal menjadi isu yang hangat diperkatakan. Kemudian Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memfatwakan bahawa isu ini termasuk dalam kategori 'umum al-balwa' iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.
Husein kurang bersetuju dengan pendapat beliau kerana pendapat beliau tidak sesuai dengan keadaan sekarang. Apa yang Husein nampak bahawa isu ini bukanlah perkara yang sukar dielak kerana bukan sahaja Cadbury yang menjadi pengeluar utama coklat di Malaysia, bahkan terdapat banyak lagi coklat-coklat yang hampir sedap atau setaraf dengan Cadbury yang boleh dimakan dan tidak diragui status halalnya. Bahkan, ada juga pengusaha-pengusaha tempatan yang menghasilkan coklat-coklat yang bermutu tinggi yang sama kesedapannya seperti coklat Cadbury. Dengan itu, dimana status 'sukar dielak' ??
Adakah beliau mengambil jalan ringkas untuk mengeluarkan fatwa?.... Atau tidak??
Selepas beberapa ketika, status coklat Cadbury seolah-olah seperti biskut. Sekejap ada, sekejap tak ada. Sekejap haram, sekejap halal. Natijahnya? hhmmmmmmm.........
Apabila isu ini hangat diperkatakan, Husein melihat bahawa Malaysia masih lemah untuk mengeluarkan sesuatu keputusan atau kenyataan rasmi dalam isu-isu tertentu dalam tempoh masa yang pendek. Isu yang sebelum ini yang hangat di media adalah isu MH370. Hingga tiba satu ketika, Yang Berhormat Perdana Menteri mengumumkan bahawa MH370 berakhir di Lautan Hindi tetapi setakat ini tiada bukti kukuh yang boleh dikaitkan dengan kenyataan tersebut dan sekarang masih lagi dalam usaha pencarian.
Apa yang boleh Husein simpulkan adalah, lebih adfhal untuk rakyat Malaysia yang beragama Islam supaya tidak memakan coklat Cadbury memandangkan statusnya yang ragu-ragu atau dipanggil syubhah. Terlalu luir untuk makan coklat yang sedap-sedap?? Anda masih mempunyai pilihan untuk memilih coklat lain yang setaraf sedapnya seperti coklat Cadbury.
Terima kasih kerana membaca. Komen siket.... :-)
Isu cadbury dihalalkan pun msh ramai org yg meragui. Better kalau rase was2 baik jgn makan. Right? Btw hi, singgah dn follow sni. ^_^
BalasPadamcoklat bukanlah mkn rugi seperti nasi . lagipun byk pilihan jenama lain . bila status tu dah on off , tak yah lah beli n makan ... yg ptg x de dna babi dlm badan kita ...
BalasPadamAku sebenarnya pun kurang setuju dengan fatwa yang diberikan. Banyak lagi coklat yang berada di pasaran lainlah jikalau berada dalam darurat.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamHurmmmm. Walaupun Cadbury sekarang dah dihalalkan, tapi ena masih ragu2 nak makan
BalasPadamKalau kita nak ikut perundangan fatwa islam yg sebenar.. seseorang yang mengeluarkan fatwa itu bukan la yg duduk di majlis agama atau seseorang hanya arif dalam satu bidang agama.. Mufti bukan sekadar gelaran seperti di malaysia dengan ada nya sijil degree mahupu master dalam pengajian islam.. itu sebab lemah nyer hukum fatwa itu sendiri di malaysia ini..
BalasPadamSoal Cadbury bukan la teruk sampai kalau org di malaysia tak makan boleh mati.. apa pun boleh kita berhenti makan Cadbury.. bukan nyer tiada produk lain yg boleh kita makan kan.. Apa pun di akhirat kita juga akan di tanya kenapa makan..?? sekadar berkongsi.. :D