Piala Dunia & Haiwan

ASSALAMUALAIKUM...

Pertama sekali Husein ucapkan selamat maju jaya kepada semua pembaca blog Husein yang beragama Islam kerana anda akan menyambut bulan yang penuh keberkatan dan keampunan iaitu bulan Ramadhan tidak lama lagi. Tinggal beberapa hari lagi untuk korang semua membuat persiapan menyambut kedatangan bulan ini. Semoga kita tergolong di kalangan orang-orang yang beruntung dan bertaqwa.

Korang tahu apa itu bomoh?? Bomoh adalah adik beradik kandung dengan Harry Potter, abang dia adalah Tukang Sihir Potter, adik bongsu dia adalah Tukang Tilik Potter. Tapi bomoh adalah yang paling femes sekali sebab sejak zaman P.Ramlee lagi dah guna sampailah sekarang.....sehingga bomoh ini digunakan jugak dalam misi mencari MH370. Ohh.. tak ingat nak bagitau, si bomoh untuk misi mencari MH370 tu adalah tokki dia.

Bermula semalam, dah start dah isu piala dunia yang diadakan di Brazil. Masing-masing asyik update status pasal bola.

''Team pilihan aku akan menang Piala Dunia tahun ni''

''Eh, kenapa dia sujud tengah padang tu. Oooo... nak sujud syukur rupanya sebab dapat rembat gol''

''Qiamullail dulu, baru tengok bola. Harap-harap team pilihan aku menang malam ni.''

Ya.... mungkin ini antara gelagat orang-orang kita time musim demam Piala Dunia ni. Tapi time ni jugak lah ahli maksiat seperti pakar judi berpesta. Judi dan Piala Dunia tiada berpisah.(Sikit lagi nak jadi adik-beradik bomoh kot.) Tapi, ada satu lagi perkara yang tak lekang dengan Piala Dunia adalah ramalan binatang.

Sejak dua menjak ni, Husein baru perasan yang Piala Dunia ni bukan sahaja manusia yang menggelecek bola tengah padang tapi haiwan jugak terlibat....Hmmmmmm.......Sebelum Piala Dunia mula, dah start dah manusia mempercayai ramalan binatang ni. Dahulunya, disuruh Mr. Octopus untuk buat ramalan mana satu team yang akan menang. Maka dengan berbekalkan pancaindera yang ada tanpa akal yang zero percent dan waras, disuruh tangannya yang lemah gemalai untuk pilih kotak mana yang berkenan.
Hello,... miss me??

Berbeza sikit dengan tahun ni. Kali ni Mr.Camel yang tua berbongkok dua diatas disuruh untuk meramal pulak.Juga ada kedengaran bahawa Mr.Kung Fu Panda pun terlibat sama untuk memudahkan lagi Jepun jadi pemenang untuk Piala Dunia dengan skill kung fu nya yang cute beserta bulunya yang gebu.

Tetapi tahukah anda bahawa ketiga-tiga haiwan tersebut saling berbincang antara satu sama lain dan bertanyakan soalan:
''Kenapa aku yang tak berakal dan takde ilmu ni disuruh untuk meramal mana satu yang akan menang?''
''Bola? Aku pun tak tahu nak eja bola apatah lagi kenal''
''World Cup?? Ape tu.....?? World Cup ke Weird Cup??''

2014 merupakan zaman millenium yang semakin maju dengan teknologi dan semua negara semakin moden. Tapi sikap manusia pada zaman ini masih lagi ketinggalan zaman seperti orang Red Indians....... masih mempercayai benda-benda karut dan ramalan-ramalan yang takde faedahnya. Bukan sahaja di Malaysia, tapi seluruh dunia berlaku seperti ini.

Kalau korang perasan, ketiga-tiga haiwan tersebut adalah haiwan yang baik-baik dan tak buas. Tapi pernah tak korang bayangkan kalau orang suruh haiwan yang buas atau menggelikan seperti cacing, ular, lipas, tikus, atau cicak untuk meramalkan pemenang untuk Piala Dunia nanti. Ada ke fotografer atau wartawan nak ambek gambar dan menyebarkan maklumat? Cuba bayangkan sekejap....... pasti korang pun takde mood nak tengok bola kan??.
''Nak suruh saya ramal untuk Piala Dunia kali ni? Boleh je...'' kata tikus kat atas ni.
Last sekali, harapan Husein supaya kita tidak lagi berada di tahap yang sama seperti orang zaman dulu. Orang zaman dulu takde internet dan teknologi yang canggih... sebab tu mudah untuk mempercayai benda-benda karut ni. Tapi kita?? Teknologi dah moden, internet di hujung jari je... takkan akal pun masih ditahap yang sama. Benda-benda yang mengarut ni semua tak perlu kita percaya. Infact, kalau silap haribulan boleh membolak-balikkan iman kita kerana kebergantungan kita selain daripada Allah.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

4 ulasan:

  1. Tak lame dah..smua org akan bpuase. Ni dah kalau pakai haiwan2 buat ramalan dah masuk dlm perbuatan syirik. Ade eh org buat camtu? Haihh..manusia2. Berakal tp tanak guna akal. -_-'

    BalasPadam
  2. salam.. wah tak sabar nk puasa bila sebut ramadhan...
    http://cercitertashaqisha.blogspot.com/2014/06/tangani-masalah-dengan-mudah.html

    BalasPadam
  3. klu dah kaki judi , bookie , mrk redah jer janji dpt menang taruhan .

    BalasPadam
  4. selamat menyambut Ramadhan Al mubarak :D
    sangat sokong dengan cetusan minda tuan blog....ini semua karut dan jika betul pon satu kebetulan je.....

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.