Pemberi & Penerima Bunga Telur

ASSALAMUALAIKUM...

Bila dah mula cuti persekolahan, maka bermula lah aktiviti menternak lemak sana sini terutamanya bagi mereka yang menerima undangan majlis kenduri perkahwinan atau sewaktu dengannnya. Maka aktiviti untuk diet amatlah gagal dan tidak dijamin berkesan apabila waktu seperti ini berlaku walaupun anda menggunakan produk Dr.Rozmey yang pink kaler sume tu. Pernahkah anda terfikir, Dr. Rozmey mempunyai banyak produk untuk kurus, tapi kenapa beliau sendiri tak kurus-kurus?? :-o

Ok, tinggalkan sekejap soalan tu.

Dah baca tajuk entri ni? Yang Husein maksudkan untuk Pemberi Bunga Telur adalah orang yang menjemput untuk hadir ke majlis kenduri beliau, dan Penerima Bunga Telur pulak bermaksud orang yang hadir ke majlis tersebut. Dengan itu, kedua-dua individu ini saling berkait antara satu sama lain. Takde tukang jemput maka takde la yang hadir... takde yang hadir maka takde jugak majlis yang meriah.
Pernah terima bunga telur macam ni?... Hok aloh.
Kali ni Husein nak bagi sedikit tips ataupun adab-adab untuk Penerima Bunga Telur yang selalu menerima bunga telur di majlis kenduri terutamanya pada cuti persekolahan ni. Bukan bermaksud Pemberi Bunga Telur takde langsung tips atau adab-adab yang perlu dijaga, cuma tetiba keyboard ni merajuk pulak supaya jangan tulis entri yang panjang-panjang.

Rancang dengan baik di hari kenduri
Sebelum pergi ke majlis kenduri, elok lah kalau anda semua check dulu majlis kenduri mana yang lebih dekat. Nabi juga mengutamakan jiran yang lebih dekat berbanding jiran yang lebih jauh. Anda juga dinasihatkan supaya tengok tarikh masjlis kenduri itu betul-betul supaya muka anda tak menjadi merah padam akibat menanggung malu sebab salah tengok tarikh terutamanya yang ada nombor 9 dan 6. Kalau kedua-dua nombor ni diterbalikkan masing-masing akan jadi nombor yang berlawanan. 9 bertukar 6, 6 bertukar 9. Pernah terjadi macam ni?

Bertemu dengan Encik Salam & Puan Salamah
Sesetengah orang Melayu kita akan terus pergi mengadap makanan yang dijamu untuk para tetamu tanpa memberi salam kepada pengantin atau sekurang-kurangnya kepada tukang penyambut tetamu dahulu. Tahukah anda bahawa dengan memberi salam beerti anda mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada orang lain?? Sesetengah orang Melayu kita menganggap ianya adalah adab, bukannya sunnah. Bahkan anda juga akan beroleh pahala jika memberi salam kepada orang lain. Mungkin dengan berkat anda memberi salam, kehidupan mereka lebih selamat dan sejahtera serta bahagia.

Jumpa Ain, jangan jumpa Aib
Yang ni sangat menguji keimanan kaum Adam. Kalau yang bertudung tu boleh tahan lagi... tapi kalau tak bertudung, sila lah bertudung sebelum Husein tudungkan engko dengan tudung saji. Juga dinasihatkan untuk kaum Hawa supaya jangan makeup tebal setebal Kamus Dewan. Nanti ada jugak orang tertukar mana satu pengantin dan mana satu tetamu ni?? Semua makeup tebal-tebal belaka. Aurat juga perlu dijaga supaya anda tidak jumpa aib, tidak memakai pakaian yang ketat-ketat dan tidak menjolok mata. Nanti tukang cuci pinggan cancel cuci pinggan sebab nak 'cuci mata' dulu.

Lidah bertemu lidah
Oittt... jangan berfikir yang bukan-bukan. Ini bukan adegan tak senonoh. Maksudnya supaya anda menjaga lidah anda ketika bercakap dengan pengantin atau tuan rumah, walaupun pengantin tersebut adalah bekas boyfriend atau girlfriend anda waktu cinta monyet dahulu kala kerana ia bakal menimbulkan kekacauan di hari bahagia si pengantin. Apa yang perlu anda buat adalah lupakan sekejap kenangan lama dan menjaga hati pengantin serta tidak menimbulkan sebarang isu peribadi atau bisnes ketika menghadiri majlis kenduri pengantin.

Ibarat Anakonda kekenyangan
Bila dah namanya projek menternak lemak, janganlah jadi macam ular Anakonda terutamanya apabila anda terpaksa menghadiri majlis kenduri yang banyak dalam satu hari. Hanya makan sedikit untuk mengisi 'tangki simpanan' untuk ke kenduri yang lain pulak. Kalau dah isi penuh untuk majlis yang pertama, macam mana nak isi untuk majlis yang seterusnya pulak. Tambahan pula, tuan rumah akan melihat dengan pandangan yang pelik jika kita tidak menjamu selera ketika menghadiri majlis kenduri. Juga untuk mengelakkan dari tuan rumah dari terasa hati takot makanan dia tak sedap, padahal kita sikit lagi nak jadi bapak Anakonda.

Bagi buah tangan, jangan bagi buah kaki
Bab ni orang Melayu memang expert. Sampaikan si pengantin dah pening kepala nak kira berapa banyak buah tangan dah yang dia terima. Lagi sweet jika anda selitkan buah tangan anda itu dengan ucapan yang manis dan baik untuk si pengantin.

Sniper anda untuk pengantin
Akhir sekali, jangan lupa sertakan doa anda kepada yang menjemput anda ke majlis beliau kerana doa adalah senjata orang mukmin. Nabi juga berpesan bahawa, jika seseorang mukmin itu mendoakan kebaikan seseorang mukmin yang lain, Allah akan membalas kebaikannya dengan ganjaran yang setimpal sepertimana dia berbuat baik dengan orang lain.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

7 ulasan:

  1. Kadang2 ana sendiri pun tak sempat bertegur ngan Tuan rumah. Bz sgt tuan rumahnye. Balik tu mmg wajib ah salam2 ngan tuan rumah. Takkan dah kenyang cam gajah pastu terus pegi. Ye dak? Hehe

    BalasPadam
  2. Rasanya part doa tu yg selalu orang lupa ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju sgt dgn sis Vee, mmg org selalu lupa =)

      Padam
  3. hihi.. ada adab rupanya kalau nak memberi dan menerima

    BalasPadam
  4. Hahaha...bab mkn mcm ular sawa tu..kihkihkih...

    BalasPadam
  5. Hahahaa.. Kenapa Dr Rozmey sendiri tak kurus2 :P heheheee...
    Selalu jugak tersalah tarikh kenduri kawen bila pergi hahaha :P
    Bab make up setebal kamus dewan tu memang tak boleh blah la hahaha :P

    BalasPadam
  6. haha.. walupun ada unsur humor tpi nasihat tu tetap ada.... perkongsian yang sangat baik...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.