Cuti-cuti Malaysia
ASSALAMUALAIKUM...
Agak lama Husein tak merasa udara Malaysia. Udara yang sangat berbeza dengan Mesir. Dah seminggu Husein berada di tanah air. Nikmat yang berada di Malaysia antara nikmat yang tidak ternilai untuk dibayangkan setelah dua tahun lebih berada di negara orang.
Ada dua perkara yang memeningkan kepala Husein lepas sampai kat tanah air ni. Pening kepala dan letih memang sinonim dengan orang yang terbang jauh dengan kapal terbang. Mujurlah transit Husein hanya sekejap je di Abu Dhabi iaitu selama dua jam dengan penerbangan ETIHAD AIRWAYS. Turun dari airport Abu Dhabi terus check in untuk flight ke Kuala Lumpur. Tapi yang menyeksakan Husein adalah flight dari Cairo ke Abu Dhabi memakan masa hanya tiga jam lebih dan masa bertolak dari Cairo tu pukul empat pagi. Hampir sehari suntuk Husein tak tido dan bila sampai kat airport Abu Dhabi.....mula la rasa nak muntah dan pening sebab tak cukup tido.
Rasa pening kepala masih berbaki bila dah dua tiga hari berada di Malaysia. Oleh kerana Husein sampai di KLIA agak lewat malam, so terpaksa la bermalam dulu sebelum bertolak ke negeri Terengganu. Kebetulan abang Husein tinggal di Kuang, so boleh la tido jap kat rumah dia dan keesokkan harinya baru la bertolak ke Terengganu. Untuk ke Terengganu, Husein memilih untuk naik bas berbanding yang dulu iaitu naik flight.
Bab yang ni menambahkan pening kepala Husein. Oleh kerana dah lama tak naik bas lama-lama, kepala pun macam nak meletop je. Perjalanan dari Perhentian Putra ke Kuala Terengganu memakan masa hampir tujuh jam. Sampai kat Terengganu pun dah lewat petang.
Satu lagi perkara yang memeningkan kepala Husein adalah berkaitan dengan laptop Husein. Husein memang tak ingat langsung yang laptop Husein ni dibeli kat Mesir. So, kepala plug charger bateri laptop ni sangat berlainan dengan kepala plug charger yang ada kat Malaysia. Ini lah padahnya sebab hari nak bertolak tu la baru Husein nak bergaduh berkemas semua barang-barang bawak masuk dalam beg. Tu la padahnya bila last minit baru nak berkemas.... kan dah tertinggal barang tu. Alamatnya memang tak bernyala la laptop Husein kali ni.
Fuhhh... pening kepala nak cari plug yang boleh sambung dengan kepala plug charger ni. Setakat ni Husein tak jumpa lagi mana-mana kedai yang menjual kepala charger yang boleh sambung dengan yang Husein punya ni. Untuk sambungkan kepada suiz plug Malaysia yang ada tiga lubang petak tu, Husein kena beli benda macam kat bawah ni atau yang seumpama dengannya.
Tu la serba sedikit pengalaman Husein balik ke tanah air kali ni. Husein harap Husein akan manfaatkan masa cuti ni dengan sebaiknya sebelum terbang semula ke Mesir nanti. InsyaAllah, Husein akan cuti panjang berbulan-bulan untuk cuti kali ni.
Untuk korang yang ada jemputan, promosi, pengiklanan dan pertanyaan boleh la emailkan ke husenmail@gmail.com
Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)
Agak lama Husein tak merasa udara Malaysia. Udara yang sangat berbeza dengan Mesir. Dah seminggu Husein berada di tanah air. Nikmat yang berada di Malaysia antara nikmat yang tidak ternilai untuk dibayangkan setelah dua tahun lebih berada di negara orang.
Ada dua perkara yang memeningkan kepala Husein lepas sampai kat tanah air ni. Pening kepala dan letih memang sinonim dengan orang yang terbang jauh dengan kapal terbang. Mujurlah transit Husein hanya sekejap je di Abu Dhabi iaitu selama dua jam dengan penerbangan ETIHAD AIRWAYS. Turun dari airport Abu Dhabi terus check in untuk flight ke Kuala Lumpur. Tapi yang menyeksakan Husein adalah flight dari Cairo ke Abu Dhabi memakan masa hanya tiga jam lebih dan masa bertolak dari Cairo tu pukul empat pagi. Hampir sehari suntuk Husein tak tido dan bila sampai kat airport Abu Dhabi.....mula la rasa nak muntah dan pening sebab tak cukup tido.
Rasa pening kepala masih berbaki bila dah dua tiga hari berada di Malaysia. Oleh kerana Husein sampai di KLIA agak lewat malam, so terpaksa la bermalam dulu sebelum bertolak ke negeri Terengganu. Kebetulan abang Husein tinggal di Kuang, so boleh la tido jap kat rumah dia dan keesokkan harinya baru la bertolak ke Terengganu. Untuk ke Terengganu, Husein memilih untuk naik bas berbanding yang dulu iaitu naik flight.
Bab yang ni menambahkan pening kepala Husein. Oleh kerana dah lama tak naik bas lama-lama, kepala pun macam nak meletop je. Perjalanan dari Perhentian Putra ke Kuala Terengganu memakan masa hampir tujuh jam. Sampai kat Terengganu pun dah lewat petang.
Satu lagi perkara yang memeningkan kepala Husein adalah berkaitan dengan laptop Husein. Husein memang tak ingat langsung yang laptop Husein ni dibeli kat Mesir. So, kepala plug charger bateri laptop ni sangat berlainan dengan kepala plug charger yang ada kat Malaysia. Ini lah padahnya sebab hari nak bertolak tu la baru Husein nak bergaduh berkemas semua barang-barang bawak masuk dalam beg. Tu la padahnya bila last minit baru nak berkemas.... kan dah tertinggal barang tu. Alamatnya memang tak bernyala la laptop Husein kali ni.
Belah kiri adalah kepala charger dan belah kanan adalah kepala suiz yang perlu di masukkan.
Tu la serba sedikit pengalaman Husein balik ke tanah air kali ni. Husein harap Husein akan manfaatkan masa cuti ni dengan sebaiknya sebelum terbang semula ke Mesir nanti. InsyaAllah, Husein akan cuti panjang berbulan-bulan untuk cuti kali ni.
Untuk korang yang ada jemputan, promosi, pengiklanan dan pertanyaan boleh la emailkan ke husenmail@gmail.com
Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)
selamat bercuti husein
BalasPadamSayangnye laptop tak menyala. Kepala charger tu cer carik kat area kL ni. Rasanye ade je. Tp kene pandai carik la. Low yatt ke. Huhu. Cadangkn je.
BalasPadamselamat pulang ke Malaysia . dapatlah berpuasa dan sambut raya dgn family . cuba cri online ...
BalasPadamSerupa dengan style plug Indonesia.
BalasPadambestnye tgk tmpt org... :)
BalasPadamblogwalking sini.. :)
wah dah sampai malaysia ke..hehe..ape rasa..hhee
BalasPadam