Restoran Cina di Kaherah,Mesir

Assalamualaikum...

Kat Mesir bukan sahaja kaya dengan khazanah tinggalan sejarah seperti Piramid, tetapi kaya dengan makanan yang pelbagai. Kalau di Malaysia ada kuih raya, di Mesir pun jugak ada kuih raya mereka sendiri yang di panggil Khak El-'Eid. Tengok entri INI. Dan sandwish terkenal di kalangan negara arab sendiri adalah Syush Towuk. Kalau korang semua nak pergi jalan-jalan di negara arab, korang mesti pergi ke restoran arab dan mintak Syush Towuk. Lain negara, lain rasanye.. tapi Syush Towuk kat Mesir ni pun dah sedap menjilat jari dah. Boleh tengok entri INI.

Tapi kali ni Husein rasa nak tukar taste. Daripada arab ke cina. Haaa….korang ingat negara arab takde makanan cina ke…

Lepas habis je exam untuk sem ni baru ni, Husein ada tahu satu restoran cina di Mesir. Kononnya nak hilang stress la sebab baru lepas habis exam. hehehe… walhal bukannya stress sangat pun...tapi sekadar nak lepas rindu sebab dah lama tak pergi makan benda-benda baru kat sini.

Oleh kerana Husein tak ingat restoran ape tah nama dia, maka Husein letak nama restoran Apek. Ok tak?? hahaha.... Restoran ni terletak berdekatan di kawasan Abbasiyah,Kaherah iaitu berdekatan dengan Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah. Sekadar jalan kaki je dah ok. Kalau korang nak pergi jalan-jalan di Mesir dan nak merasa masakan cina, kat sini la tempat yang sesuai sebab kat sini ada macam-macam menu makanan yang konfem buat korang terliur dan dijamin halal. Harganya pun berpatutan. Tapi, satu je tips kalau korang nak pergi restoran ni… korang mesti pergi dalam keadaan perut kosong sebab makanan yang dihidangkan adalah sangat banyak. Memang THORbaik… kalau satu menu makanan tu dah cukup untuk penuhkan tangki perut Husein ni. Eeeeeeeerrrk(sendawa).... alhamdulilah.
Husein pun tak tahu nama makanan ni tapi nampak macam sedap. Untuk pengetahuan korang, mee di restoran ni dibuat sendiri oleh chef kat sini. So, korang kena rasa kelainan mee yang diorang buat ni. Bagi Husein, memang terasa kelainan mee kat sini. Infact, mee kat sini nampak macam besar siket dari mee biasa. Yang kelabu-kelabu tu adalah daging hancur dan yang lain adalah sayur. Tapi yang pentingnya satu hidangan ni dah cukup untuk penuhkan tangki perut Husein. Harganya LE 18(RM9).
Bergambar dengan pekerja-pekerja restoran ni. Terima kasih atas layanan yang baik. Dan semestinya orang cina juga terkenal dengan adab dan sopan santun diorang ketika melayan tetamu.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

8 ulasan:

  1. jadi lapar kayaknya enak gan hehe
    lagi blogwalking malam nih ijin follow gan

    BalasPadam
  2. Ada jugak restoran cina kat sana ya. Bagus gak kan atleast ada kelainan.

    Tapi sis tak pernah lagi tengok mee tu kat sini..kena cari tu..:)

    BalasPadam
  3. nampak macam banyak dan sedap. untuk dapat makan di luar negara :)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.