Sandwich Syush Towuk

Assalamualaikum..

Hari ni, terdetik dalam hati Husein nak buat satu page dalam blog ni iaitu page yang dinamakan 'Food Around The World'. Tujuan page ni adalah untuk Husein kongsi cerita tentang masakan, makanan dan minuman yang Husein sempat rasa sendiri memandangkan Husein tengah duduk lama di oversea ni. Dengan page ni jugak, korang boleh tahu camne gambaran masakan dan kesedapan masakan international selain boleh tambahkan korang punyer secret recepi. Jangan hanya berpijak di bumi sendiri aje, kengkadang korang jugak kena berpijak di bumi orang. Tak semestinya semua entri adalah berkaitan dengan masakan antarabangsa sahaja yang akan Husein kongsi, tapi.. mungkin Husein akan ceritakan pulak tentang masakan tanah air kita bertujuan untuk mempromosikan makanan dan minuman yang terdapat di Malaysia kepada kacamata dunia.

Makanan pertama yang Husein akan kongsi kali ni adalah 'Syush Towuk'. Hahaha... pelik kan nama dia? Husein tak pasti kenapa nama ini dipanggil tapi ianya adalah berasal daripada bahasa arab. Makanan ni pernah ditanya oleh mak sedara Husein dulu waktu Husein tak tahu dan tak rasa lagi makanan ni. Katanya makanan ni sangat sedap.
Syush Towuk adalah sejenis sandwich kegemaran masyarakat arab. Kalau tak silap di Jordan pun ada makanan ni. Rasanya sangat emmmmmmmmmm...... sedaaaaapppp. Betol kata mak sedara Husein. Tapi masa Husein makan hari tu kurang rasa cheese dan sosnya. So, lepas ni kalau nak makan lagi sekali pastikan sos dan cheesenya diletakkan lebih tau. hahaha.....
Syush Towuk ni ada dua jenis. Satu yang berisi daging lembu dan satu lagi yang berisi daging ayam. Yang Husein makan ni adalah berisi daging ayam. Di dalamnya jugak diletakkan sayur, sedikit hirisan bawang, daging ayam bakar, dan lain-lain lagi. Harga Syush Towuk ni adalah LE14 (RM 7.00). Dan yang penting, kalau korang rasa sandwich Syush Towuk ni, mesti korang akan rasa nak makan lagi. hahaha....

Terima kasih kerana membaca. Komen sket...

4 ulasan:

  1. hahah macam pernah makan je benda ni, tapi xtau lah sama ke tak yang pasti sedap, kena jugaklah selera aku org Malaysia

    BalasPadam
  2. sekali tengok mcm roti john la pulok.

    BalasPadam
  3. oh..pelik betul name die..btw best jgk tuh kalau share pasal makanan kat tmpt org..at least yg tak pernah merasa nih..tau jgk..hehe

    BalasPadam
  4. tengok gmbr tu pun dah mampu buat perut lapar.. :)
    haah la.. skali tgk mcm roti john

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.