Hobi Saya Adalah....

ASSALAMU'ALAIKUM...

Kertas dan pensel. Dah cukup untuk gambarkan bahawa hobi Husein berkait dengan dua barang tadi tu. Tapi kalau ade pembaris dan pemadam lagi lengkap. Kertas dan pensel memang tak boleh pisah dengan Husein kalau Husein buat hobi tu. Dan hobi Husein adalah .................Melukis....... sejak dari kecik lagi.

Kalau nak kate Husein ni pandai sangat dalam bab-bab melukis ni.... tak la sangat. Kan Husein dah kate, hanya sekadar hobi je. Meluangkan masa lapang.......dan Husein tak pernah dapat mane-mane anugerah pun dengan melukis ni. Setakat menang peringkat sekolah dan kampong ade la. hahaha... tapi tu dulu la.

Kalau pandai lukis, mesti kenal dengan pelukis-pelukis terkenal kan?? Sangat bohong la kalau Husein kate yang Husein tak kenal dengan pelukis-pelukis terkenal dunia. Paling Husein respect sekali adalah pelukis komik Pedang Setiawan, Ma Wing Shing. Dari kecik sampai sekarang Husein tabik hasil lukisan dia. Sampaikan komik dia dah jadi filem daa.. Dan yang kedua adalah Masashi Kishimoto, pelukis komik Naruto. Tak perlulah Husein cakap banyak pasal komik tu sebab korang sume dah kenal. :-)

Bila tangan ni dah lama tak melukis, mula la kehalusan seni lukisan tu dah semakin berkurang. Hahaha... ayat pape ntah. Tapi memang betul, kalau dah lama tak practise.. tangan akan jadi seolah-olah macam keras sangat. (Oppsss.. antara tips nak jadi pelukis yang mahir adalah tangan mesti lembut. Lembut tak semestinya macam pompuan ok)

Dan inilah hasil seni lukisan Husein yang tak berapa hebat sangat ni. Dah jarang sangat buat lukisan potret orang ni. hehehe...Komen dan kritikan sangat dialu-alukan. Oh ye... diharap korang jangan tanye muka sape ni. :-)


Terima kasih kerana membaca. Komen sket....

8 ulasan:

  1. Wahh, hobi Husin melukis ya. ;)

    Herm, bagus. Konfem ada job lepas ni.

    Ramai blogger Malaysia memerlukan kemahiran Husin ni.

    Tahniah, teruskan niat murni ya.

    Saya vote dari balik tabir. ;)

    BalasPadam
  2. hhoho..pandai mu lukis husin..hehe

    BalasPadam
  3. Memang ada bakat melukit. Tangan saya keras kalau lukis jadi gamabar lain lah pula. :-)

    BalasPadam
  4. wah!! jeles dgn org yg pndai melukis nh, sbb saya lukis rumah pum belum tentu cantik..hahaa.. btw, nice

    BalasPadam
  5. you still got the talent! i miss your drawings. i think i still have the potrait of my mom that i asked you to draw for me for her birthday. :)

    BalasPadam
  6. husain, mg ni pndai sungguh la duk edit2.. geram pulak aku tgk.. nk wat gop.. huhu.. by the way, congrate for ur talent..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.