Indon Taste at Cairo
Assalamuallaikum
Kelmarin adalah hari terakhir Husein exam. Macam biasa... not bad la. Lepas ni boleh la ada masa siket nak hupdate blog ni. (walaupun ada kerja banyak lagi yang tak settle..huhu)
Mase kepala otak sibuk dengan buku dan nota, Husein ada singgah di satu restoran yang terkenal kat sini. Bagi korang yang bercuti di Mesir dan nak rasa masakan Indonesia disini, elok lah kalau korang singgah di Restoran Bang Boby yang terletak di Kaherah, di kawasan Bawaabah Tsalasah.
Restoran ni menjadi tumpuan ramai student Indonesia, Malaysia dan Thailand untuk menjamu selera. Restoran ini dibuka dari tengahari sehinggai malam. Adab-adab ketimuran jugak menjadi trade mark utama restoran ini dengan mengekalkan adab duduk bersila ketika makan (no kerusi.. duduk atas lantai). Layanan kat sini pun agak memuaskan..... Kalau nak tunggu makanan yang kita tempah tu siap, sekejap je sampai atas meja. Macam kita sembang dengan kawan kita,... ''Eh, engkau sihat? Pergi mana semalam? Tak nampak pun? Then tak sempat kawan kita nak jawab, dah sampai makanan tu.. hehehe...
Antara makanan yang famous kat sini adalah Nasi Ayam Bakar LA.
Apa makna LA tuh?? Los Angeles?? Lompat Anak?? hehe.. Husein pun tak tahu kenapa mesti ada LA tuh.. tapi....fuhhhhh... rasa ayam bakar kat restoran ni memang lain. Setakat Husein makan semua ayam bakar, tak pernah lagi Husein rasa ayam bakar sesedap ni. Ditambah pulak dengan sambal Made in Indonesian... nyammmm nyammmm... feeling Bali gitu. haha..
Nasi putih with kuah kacang. All of this masakan cost LE 15(RM 8.00).
Ok.. time to eat. Tak sabar nak rasa ayam bakar dia. nyamm nyamm...Allahumma baariklana fima rozaqtana waqina 'azaabannar.
**psst/- Awal tahun baru ni, this blog was nominated at Malaysia Social Media Week 2014 Award dalam kategori Best Travel Blog. Husein ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca Husein yang selalu support Husein dari belakang. Without you all maybe Husein takkan jadi camni. And dont forget to vote me when the voting is open to decided the winner ok. :-)
Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)
Salam kenal :)
BalasPadamRasa lapar plk tgk nasi dgn ayam tu. Mesti sgt sedap kan :)
jauhnya sampai ke LA. haha..
BalasPadam