10 Photos to remind you how beautiful Syria is

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kita masih lagi hidup tahun baru, 2014, yang mana tahun ni menjanjikan macam-macam peristiwa dan sejarah yang takkan kita lupakan... antaranya World Cup yang akan berlangsung tak lama lagi. Husein sebagai antara jutaan peminat bola sepak di seluruh dunia semestinya akan 'save the date' bila World Cup berlangsung.

Tapi bukan yang tu yang Husein nak bagitau pada entri kali ni....

Kali ni Husein nak kongsikan kepada korang semua beberapa gambar yang menunjukkan betapa cantik dan indahnya bumi Syria. Sebagaimana kita tahu yang sekarang negara Syria sedang bergolak dan saban hari ada je cerita kematian para syuhada' kita kat sana. Oleh kerana negara Syria sedang berperang, menyebabkan beberapa tempat yang cantik di negara tersebut terjejas teruk dan musnah.

And here's are the photo to remind you how beautiful Syria was...
Pemandangan dari atas bandar lama Syria dan beberapa bazar di sekitarnya.
Sekumpulan lelaki sedang melihat pemandangan dari Gunung Qasioun.

Runtuhan Palmyra dan teaternya.
Pantai Samra, air pantai yang paling cantik di Syria.
Kambing-kambing di Crack De Chevalier.
Masjid Khalid Al-Walid di wilayah Homs. Tapi sekarang masjid ini musnah teruk atau sudah tiada langsung. Husein pun tak pasti. Yang pasti, kecantikan masjid ini sudah tercemar dengan perbuatan rejim Basyar.
Gunung Harmon.

Lembah Zabadani ketika di musim sejuk.

Semua ni Husein copy paste dari The Virtual Travelers yang mana admin website ni pernah duduk di Syria selama 32 tahun. Bila tengok posting dia kat website dia tu, terasa nak share dengan korang pulak. Husein yang tak pernah jejakkan kaki di Syria ni pun terasa excited nak pergi Syria bila tengok gambar-gambar yang di post dalam entri beliau. Cantik wOOO..... lagi lagi di Syria terdapat banyak tempat bersejarah kat sana ditambahkan lagi dengan gunung-ganang yang cantik. Subhanallah 3X...

Tapi sayangnya, mungkin kesemua kecantikan dan keindahan di Syria tu dah takde.... dengan sebab tindakan kejam rejim Basyar yang seolah-olah tutup mata dengan kerosakan yang berlaku di bumi Syria. Hope Syria will get well soon and PEACE. No More Basyar..

**Selamat Tahun Baru 2014 buat semua pembaca-pembaca Husein. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

7 ulasan:

  1. Rasa macam nak menitis air mata tengok pemandangan ni sambil terkenang keadaan sekarang..;(

    BalasPadam
  2. wow indahnya pemandangan tersebut :)

    BalasPadam
  3. Cantik sangat , tapi semua sudah berlalu . :'(

    BalasPadam
  4. suka nya tengok pemandangan kat sana :) cantik sangat

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.