Malaysia Social Media Week(MSMW) 2014

Assalamualaikum..

Malaysia Social Media Week (MSMW) merupakan program yang dinantikan oleh semua penggiat dalam dunia media terutama blogger, rakan media, penulis dan ramai lagi kerana program sebegini mampu mengumpulkan penggiat media seperti mereka. Dan pada kali ini, Malaysia Social Media Week 2014 akan berlangsung pada 26 Februari 2014 dan tahun ini adalah tahun ketiga penganjuran program ini.

Antara aktiviti utama program ini adalah mengadakan kursus bagi mereka yang mencari lebih banyak maklumat tentang dunia media dan juga memberi pengiktirafan kepada para penggiat media di internet. Sebanyak 15 kategori anugerah yang dipertandingkan termasuklah Best Travel Blog yang mana nama blog Husein tercalon dalam anugerah tersebut.

Yang paling penting sekali, Husein yakin program seperti ini akan lebih menarik ramai penggiat media khususnya di internet untuk join sekali pada masa akan datang dan akan menarik ramai sponsor untuk memeriahkan program sehebat ini. MSMW 2014 kali ini dianjurkan oleh Social Media Chambers dan My Event International dan disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

**Kalau tak silap, Fatin Liyana pun ada menang anugerah dalam program ni pada tahun lepas kan??? :)

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

5 ulasan:

  1. Wah wah Husin.

    Makin mantap ya sekarang.

    Terbaiklah, dah tersenarai kira gempak la tu.

    Okay, all the best soon.

    BalasPadam
  2. tahun lepas takde fatin tak menang. tahun 2012 dia ada menang.

    BalasPadam
  3. mencuba nasib kat kategori sukan plak. Hehe..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.