Trip ke Bur Said, Mesir

ASSALAMU'ALAIKUM...

Korang kenal tempat yang dipanggil Bur Said?? Perkataan ''Bur'' adalah berasal dari perkataan arab yang bermaksud Pelabuhan dan ''Said'' adalah dari nama orang kot. Husein pown tak tau sangat bab sejarah ni. Sejarah dulu pon pernah fail sekali. huhu... sampai cikgu marah-marah kat kite. Nak buat camne... kalau fail tu, fail la cikgu... tapi mase SPM dulu tak fail plak. hehe...

Dulu pon Husein pernah citer pasal pergi Bur Said dalam blog. Klik disini. Tapi yang post dulu, Husein tak banyak sangat citer. Pulak tu, mase tu Husein takde DSLR lagi... so.. gambar-gambar yang diambil mase tu, semuanya nampak tak ok... kabur, gelap,.. dan macam-macam lagi la.

Sempena nak masuk musim sejuk(syita') di Mesir ni, Husein berkesempatan pergi ke salah satu pusat jualan baju yang agak murah di Mesir ni iaitu di Bur Said. Oleh kerana agak berdekatan dengan pelabuhan maka baju-baju atau pakaian yang dijual disini agak murah. Perjalanan Husein dari kota Kaherah memakan masa hampir empat jam iaitu seawal jam 8.30 pagi dan selamat sampai jam 11.30 pagi di Bur Said. Husein pergi ke sini sebab nak shopping cari baju sejuk untuk persediaan musim sejuk nanti. Baju yang lama-lama..... ade yang hilang.. buruk....heemmmmm....

Perjalanan Husein berhenti seketika di Bur Fuad dimana terletaknya satu masjid yang indah disini iaitu Masjid Bur Fuad. Untuk pergi ke Bur Fuad, Husein kena naik feri dahulu melintasi Terusan Suez iaitu terusan buatan manusia terbesar di dunia menghubungkan Laut Mediterranean dan Laut Merah. Dahulunya terusan ni pernah menjadi rebutan antara Israel dan Mesir kerana tempatnya yang strategik agar mana-mana kapal dari Asia ke Eropah tak perlu susah payah melintasi benua Afrika. Akhirnya Mesir menang secara keseluruhannya dan terusan ini menjadi hak milik Mesir sampai sekarang.

Masjid Bur Fuad, Mesir

Background-ing Masjid Bur Fuad.

Berulang-alik dengan feri dari Port Said dan Port Fuad seolah-olah telah menjadi suatu kemestian setiap kali Husein berkunjung ke Terusan Suez. Menghirup udara segar sambil merentasi Terusan Suez dan memerhatikan kapal-kapal laut gergasi yang berlabuh membuatkan Husein melupakan segala masalah-masalah yang memenuhi dada. Kebetulan pada masa sekarang adalah musim sejuk di Mesir, maka banyaklah burung-burung yang berterbangan di udara mencari rezeki di Terusan Suez itu.


Oleh kerana Husein menetap di kota Kaherah yang sibuk dengan pembangunan, agak 'darat hulu' sikit apabila berjumpa dengan keindahan air laut disini. Kadang-kadang terubat kerinduan pada tanah air tercinta.


Background-ing Suez Canal(Terusan Suez)

Sementara singgah di Masjid Bur Fuad, seorang sahabat Husein, Afiq sempat menemu bual seorang pemancing yang mencari rezeki di tepi terusan Suez ini. Melihat kepada riak wajahnya dan cara pergaulannya jelas menunjukkan bahawa beliau sangat tabah dan sabar menunggu rezeki yang hinggap pada umpannya. Turut kelihatan beberapa orang kaki pancing yang lain yang sibuk mencari rezeki memancing ikan disini. Turut kelihatan batang kail yang digunakan disini agak panjang sekali. Anggaran Husein mungkin lapan meter kot panjangnya.

Beliau juga sempat mengajar tips-tips kepada Husein tentang cara memancing ikan disini. Seperti biasa, kebanyakkan kaki pancing meletakkan udang sebagai umpan tetapi berlainan sedikit disini kerana kata beliau, ''kami jugak meletakkan sedikit roti sebagai umpan pada udang tersebut''. Cuma roti yang kelihatan bukanlah roti yang selalu kita makan tu. Agak berlainan sedikit seolah-olah roti tu dicampurkan sedikit dengan air lalu ditumbuk maka terbentuklah satu gumpalan roti seperti tepung yang dicampur dengan air.

Oleh kerana masa amatlah singkat untuk Husein berada disini, maka Husein dan sahabat yang lain pergi meninggalkan beliau dengan harapan agar beliau beroleh rezeki yang banyak sesuai dengan kesabaran yang beliau korbankan.


Kitorang tak ingat nak tanya nama ape pak cik ni. Harap dengan berkat kesungguhannya mencari rezeki, beliau mendapat ganjaran disisi Allah S.W.T.

Tunggu Part 2 yang seterusnya k. Ade banyak lagi cerita yang nak Husein ceritakan. (p/s:- jangan lupa doakan saudara kita di Palestin setiap kali selepas solat ok)

Terima kasih kerana membaca. Komen sket....

3 ulasan:

  1. Allahurabbi..bestnya tempatnie..
    cepat la sambung...
    banyaknya maklumat dapat..
    Jzkk.

    BalasPadam
  2. ada kesilapan fakta bro..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.