Luasnya Nikmat-Mu

ASSALAMU'ALAIKUM...

Ni gambar yang Husein snap mase mak Husein masakkan nasi kerabu untuk family mase Husein berada di Malaysia dulu. Mase ni .... hanya Allah je yang tahu betapa nikmatnye makan nasi kerabu sampai Husein tambah satu pinggan lagi. Ditambah pulak dengan keberkatan dari air tangan yang emak buat.......fuhhhhhh.... memang Husein tak pandang dah makanan lain hatta pizza sekali pun. Walaupun ikan tu nampak macam tak sedap tapi bila dicampur dengan kelembutan nasi dan kerabu yang mengancam ia tetap sedap hingga menjilat jari-jemari kuku kaki ku. hahahaha.......

Tapi tu cerita dulu. Bila kaki ni dah mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan KLIA, Husein sedar yang mungkin semua tu dah tak boleh Husein rasa. Sekarang Husein agak sukar merasai keenakkan masakan mak. Ditambah pulak, agak susah kat Mesir ni nak cari bahan-bahan masakan seperti kat Malaysia. Tapi tu tak bermakna Husein tak menyukuri nikmat yang Allah bagi bila Husein duduk kat sini.
Gambar masa Husein tahun pertama berada di Mesir. Masa ni Husein n the geng berada di kedai 'Asir (kedai air buah). Memang air kat sini tahap sedap hingga melekat kat tekak. Murah pulak tu. Memang lain dengan kedai buah kat Malaysia. Kadang-kadang Husein hairan jugak camne diorang buat air buah sampai sesedap camtu. Korang nak air ape... semua ade.

Berada di pintu utama Masjid Bur Fu'ad di Bur Said(Pelabuhan Said). Sangat cantik dan besar masjid ni. Korang tengok je la ukiran kat belakang Husein tu. Cantikkan???

On da way ke Bur Said(Pelabuhan Said) naik feri. Salah satu pelabuhan yang paling sibuk di Mesir.

Husein bersama ahli usrah menziarahi di makam Asyraf Ar-Rafi'i Al-Husaini. Beliau seorang hafiz Al-Quran dan meninggal dunia ketika zaman kanak-kanak lagi. Yang memakai kain di kepala tu adalah salah seorang ahli keluarga allahyarham. Apabila kitorang menziarahi makam ahli keluarganya, beliau sangat melayani kitorang dengan baik.

Gambar-gambar kat atas ni semuanya gambar lama Husein mase tahun pertama di Mesir. Bila terkenang kembali kenangan lama terasa macam kelakar pulak. Dan yang paling penting sekali adalah, Allah tahu apa yang terbaik buat kita dan apa yang kita mampu. Dia tidak akan membebani hambanya melainkan apa yang hambanya mampu. 

''dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.'' - Al-Baqarah - 216

Dan apabila kita mampu menghadapi ujian-Nya, jangan lah pulak kita sombong dan angkuh. Begitu jugak bila kita terasa futur(putus asa) menghadapi ujian-Nya, jangan lah pulak kita semakin menjauhkan diri dari Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Sebaliknya cuba memikirkan cara yang lain dan sentiasa ber'husnu zon' (bersangka baik) dengan Allah S.W.T.

Sesungguhnya, amat luas nikmat-Mu yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu. Nikmat-Mu yang tidak terkira banyaknya. Bahkan apabila dikira dan ditambahkan lagi dengan tujuh lautan bumi, nescaya tidak dapat dihitung oleh manusia. 

Apabila hilangnya sesuatu nikmat, akan datang sesuatu nikmat yang lain. Apabila Husein pergi meninggalkan tanah air, datangnya pulak nikmat yang lain yang mungkin tidak semua manusia dapat merasai nikmat tersebut apabila menjejakkan kaki ke Mesir.

Alhamdulillah 'ala kulli hal (syukur kepada Allah atas segalanya)

(p/s :- InsyaAllah.. Husein akan berpeluang pergi ke Pelabuhan Said tu lagi untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Doakan Husein selamat sampai yerr...)

Terima kasih kerana membaca. Komen sket.

2 ulasan:

  1. wahh bestnya berada di perantauan.. wahhhh jaga diri elok2 ye... cantik je semua permandangan

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.