Aidil Adha ke-3 di Mesir

ASSALAMU'ALAIKUM...

Yang ni entri Aidil Adha yang lepas: 2011

Mungkin agak lewat untuk Husein post kan pasal ni. Dah seminggu Aidil Adha meninggalkan kita. Masa sangat pantas berlalu. Pada awal perancangan, memang hati ini nak merasakan kemeriahan adil adha di tanah air pada tahun ni. Setelah dua tahun merayakan aidil adha di bumi kinanah, Mesir.... masing-masing ade kelebihan dan kekurangan. Sama ada di tanah air mahupun di Mesir ni. Tapi ..... kehendak Tuhan mengatasi segala kehendak-kehendak makhluknya. Tahun ni, Husein merayakan sekali lagi Hari Raya Korban atau disebut sebagai Aidil Adha di Mesir.

Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Lailahaillahu wallahu akbar. Allahuakbar walillahilhamd. Bunyi takbir memuji dan membesarkan Allah di pagi hari.

Terasa sayu je hati ni bila dengar orang melayu takbir raya. Maaf, takbir raya arab version agak sempoi sedikit bila mendengarnya. Walaubagaimanapun, yang amat penting sekali adalah cara menghayati takbir tersebut.

Seperti biasa, antara aktiviti pada hari raya pertama ialah solat hari raya secara berjemaah bersama dengan jemaah dari masyarakat arab dan diimam oleh imam dari arab seawal pagi iaitu kira-kira jam 6.15 pagi. 6.15 pagi??? .. biar betul ?? awal nya sembahyang raya?? .... opss.. tak ingat nak bagitau kat korang yang matahari cepat naik kat mesir sekarang ni, so ... kena la solat awal. Kalau tak, alamatnya... berjemur tengah panas la bila sembahyang raya.

Sebahagian daripada anak-anak Terengganu di Mesir.

Baru habis solat raya. Najmi, Mael dan gue. Budak dua orang tu pandai cakap arab dengan fasih. Malu rasenye bila bergambar dengan diorang. Kite tak pandai mane pon.huhuhuhuhu.....

Masyarakat kat sini agak berbeza dengan masyarakat kita ketika meraikan hari raya Aidil Adha. Masyarakat kat sini sangat-sangat meraikan aidil adha berbanding aidilfitri. Berbeza dengan kita, aidilfitri lebih meriah diraikan berbanding aidil adha. Kenapa masyarakat arab Mesir buat camtu?? Antara sebab yang Husein tahu ialah kerana masyarakat arab sangat sedih terpaksa berpisah dengan bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkat, bulan pengampunan dan bulan Lailatul Qadar. Sebab tu la masyarakat arab kat sini meraikan aidilfitri ala kadar sahaja. Sangat berbezakan?? Mungkin satu hari kita patut ubah tradisi dan pemikiran kita dengan mencontohi masyarakat arab kat sini menyambut Ramadhan dengan penuh keazaman.

Hari kedua plak, seperti biasa, masa untuk merebahkan unta untuk dikorbankan. Bukan senang nak rebahkan unta tau. Tak macam lembu atau kerbau. Kekuatan unta jauh lebih kuat macam Super Saiya. Eh? ... Pulak tu dah la tinggi. Tak macam lembu atau kerbau, boleh la kita nak sepak-sepak siket kan. Kalau unta, korang nak sepak kat celah mana? Silap hari bulan korang pulak kena sepak dengan unta tu. Korang pernah dengar suara unta? Ape? Tak pernah? .....meh nak bagitau. Suara unta macam suara DINASOUR. Memang kuat suara dia. Memang munasabah dengan saiz dan kekuatan dia. Takkan nak saiz bapak gajah tapi suara macam cicak kobeng kan??
Kebanyakkan unta sangat jinak dan mesra. Tapi korang jangan sekali gosok-gosok kat kaki belakang dia. Unta sangat alergik kat tempat tu. Silap hari bulan korang akan terpelanting kena sepak kerana unta sangat expert dalam bab flying kick.

Kitorang terpaksa menggunakan tenaga yang ramai untuk merebahkan unta.

Bagi Husein, aidil adha tahun ni agak suram siket berbanding tahun lepas. Tahun ni hanya dua ekor unta, 12 ekor kambing dan seekor khoruf. Berbanding dengan tahun lepas iaitu dua ekor unta, 14 ekor kambing dan beberapa ekor khoruf. Tapi suasana menyembelih dan melapah daging korban tetap sama dan meriah.
Macam pembunuh upahan plak gambar ni. Padahal baju I AM Nikon je. hehe... tak la. Ni mase nak potong bahagian tulang unta. Husein terpaksa guna kapak sebab keras sangat tulang unta. Adakah Husein nampak macam The Thor dalam Avengers??.. weekkk...:-p

Hari raya korban atau Aidil Adha bukan untuk semata-mata kita meraikannya sahaja, sebaliknya ia adalah berkaitan peristiwa daripada dua orang Nabi iaitu Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S. Peristiwa ketika mana Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyebelih anak kesayangannya yang masih kecil, iaitu Nabi Ismail untuk menguji keimanan Nabi Ibrahim. Nabi Ismail juga dikurniakan mukjizat sejak kecil iaitu boleh berkata-kata dengan ayahnya agar menerima seadanya suruhan daripada Tuhan semesta alam. Akan tetapi Allah telah menggantikan seekor binatang sebagai korban sembelihan Nabi Ibrahim. Hayati ERTI PENGORBANAN ...

**SALAM AIDIL ADHA DARIPADA HUSEIN**

Terima kasih kerana membaca. Komen sket....

5 ulasan:

  1. unta mmg pandai bab flying kick.hahahahaha.anyway nice post!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. dah la besar gile tapak kaki dia.

      Padam
  2. Nice snapshot. Hehe. Happy Raya =D

    BalasPadam
  3. Husein belajar Mesir? Saya pulak kat Seoul dah dekat setahun lebih. Harap baik2 kat sana ya. Jap saje nak tau persediaan dulu kat INTEC ka?

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.