Ziarah Maqam di Masjid Ahmad Badawi,Tanta

ASSALAMU'ALAIKUM...

Selawat dan salam keatas kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat, tabi' dan tabi'in serta para pengikutnya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan para pengikut setia Nabi Muhammad.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana Husein dapat pergi jalan-jalan sekitar bandar Tanta di Mesir baru-baru ni bersama rombongan yang lain iaitu sebanyak dua buah van kitorang naik. Sebelum ni Husein dah pernah singgah di bandar ni, tapi hanya duduk di rumah kawan dan tak pergi jalan mane-mane pun. Perjalanan mengambil masa kira-kira hampir tiga jam. Kitorang bertolak kira-kira jam 8.30 pagi dan sampai sebelum zohor kira-kira 11 lebih.

Pada mulanya, ikutkan plan... tujuan kitorang adalah untuk menghadirkan diri ke majlis aidiladha yang diadakan di bandar Tanta... tapi... oleh kerana kitorang ade mase yang banyak lagi untuk berada di bandar ni, maka kitorang ambek keputusan untuk pergi jalan-jalan kat lain dulu. Maka destinasi yang kitorang pilih adalah,.......Masjid Ahmad Badawi... bukan Tun. Ahmad Badawi PM kite tu ye... ni orang lain.

 First time datang sini. Sungguh indah ukiran masjid ni.... Ma ajmala hazal masjid.

Di belakang tu la Masjid Ahmad Badawi, seorang wali Allah yang terkenal dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dan wara' yang baik. Diceritakan juga bahawa beliau mempunyai muka yang sangat kacak sehinggakan boleh membuatkan seseorang itu pengsan.

Serba sedikit tentang Syeikh Ahmad Badawi
Syeikh Ahmad Badawi sangat sukar untuk bersemu muka dengan orang ramai oleh kerana kekacakkan yang dianugerahkan oleh Allah sehinggakan sesiapa yang hendak bersalam dengannya hendaklah bersalam dengan tasbihnya. Diceritakan juga bahawa panjang tasbihnya adalah dari atas siling masjid hinggalah mencecah lantai. Pada suatu hari, ada seseorang yang ingin bersua muka dengan syeikh. Lalu apabila diperlihatkan kepada orang itu akan muka syeikh yang sangat tampan, lalu orang itu tadi pengsan dengan serta-merta. (Husein tak dapat bayangkan, kalau lah muka syeikh tu dah hensem sampai boleh pengsan,.... camne pulak dengan muka Nabi Muhammad S.A.W. eh ?? ... agaknya memang mati terus kalau tengok kot. Subhanallah...)

Oh ye.... 2 3 hari lepas Husein ade buat annoucement dekat page Husen kat fb.(sorry tak sempat annouce kat twitter) yang Husein nak buat kejutan untuk korang semua. Oleh kerana mase Husein post tu, ramai yang tengah tido, maka Husein printscreen semula apa yang Husein annouce. Maaf, annoucement ni bukan macam annoucement dekat sekolah korang k.
Sangat-sangat tak sangka yang sempena lawatan kitorang ke Masjid Ahmad Badawi ni, ade satu lagi tinggalan sejarah yang bermakna bagi mane-mane pengunjung yang menziarahi masjid ni.

Potongan kain kiswah Nabi Muhammad S.A.W. 

Hati mane yang tak gembira kalau tengok sendiri tinggalan Nabi Muhammad S.A.W. kat depan mata kan?? .. Alhamdulillah, dengan keadaan yang tak disangka-sangka, Husein dapat melihat tinggalan sejarah Nabi Muhammad S.A.W. Pada mulanya, Husein tak tahu pon yang ada tinggalan sejarah Nabi kat sini. Yang Husein tau ade maqam wali Allah je. Tapi bila sampai je kat sini dan pergi menziarahi maqam-maqam tersebut, rupanya ada satu lagi tempat istimewa kat sini.

Kebanyakkan penduduk disini berpendapat bahawa ini adalah tapak kaki Nabi Muhammad S.A.W. (Selawat dan salam keatasnya)

Tapi,.... mengikut pengetahuan yang ada pada Husein bahawa Nabi Muhammad S.A.W tak pernah menjejakkan kaki ke bumi Mesir ni. (Maaf, kalau ada bukti-bukti/dalil-dalil yang menunjukkan Nabi pernah jejak di Mesir mohon komen atau diperbetulkan ye) .... Tapi itu semua tak la berapa penting bagi kita, yang pentingnya adalah kepercayaan yang jitu dalam mempercayai segala ajaran yang Nabi bawa kepada kita yang membolehkan kita mengecapi nikmat iman dan islam sampai sekarang. (ehem... macam ustaz la plak cakap macam nie...:-p )

Ok, setakat ni je entri kali ni. Jangan lupa selawat dan salam ke atas Nabi banyak-banyak ye. :-). Sedangkan Allah dan para malaikat sentiasa berselawat ke atas Nabi, takkan kita tak nak kot....... 
Have a nice day......

Terima kasih kerana membaca. Komen siket....

4 ulasan:

  1. ya Allah bestnyaaaaa awk dpt pergi ke sana.. jelesnya... one day ena akan ke sana juga.. amin =)

    BalasPadam
  2. Subhanallah...nice one..insyaAllah...lusa saya bertolak ke mesir:)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.