I AM BACK

ASSALAMU'ALAIKUM...


Tik tok tik tok tik tok…. Bunyi Jam casio warna coklat husein yang selalu teman tuannye kemana saje. Wahhhh… sekarang dah nak masok pertengahan bulan sepoloh dah... huh… rase macam kelmarin je baru lepas sambut hari raya… tengok-tengok raya korban dah dekat dah. Emmm… korang camne dengan persiapan hari raya korban tahun ni? …..Mesti ade yang tak meriah kan? Alaa… husein tau la.. ade yang exam week.. ade yang nak prepare exam untuk bulan 12 nanti kan?

Emmm…. Husein bukan nak ceritakan benda tu sebenarnya. Yang sebenarnya husein nak bagitau yang…… yang….. yang….. ……… …….. Dragon Ball ade tujuh bijik semuanya. Hahaha…lawak ler tuu..


Yang sebenarnya Husein dah sampai ke Mesir dua tiga hari lepas tapi tak sempat nak buat entri coz terlalu letih setelah beberapa jam duduk dalam flight. Overall, aktiviti Husein dalam flight adalah TIDO. Memang sedap naik flight kan?? Tapi yang paling tak sedap adalah time nak tido. Kena tido dalam keadaan duduk. Silap hari bulan boleh sakit pinggang ni. Husein mane la ade duit nak tempah yang business class. Tunggu Husein kawen dengan anak rajawali la baru boleh seat business class.
Gambar terakhir sebelum barangkat ke Cairo. Pegi jalan-jalan kat putrajaya dulu.

Sebelum nak naik flight, macam biasa la…. Bersalam dan peluk cium dengan family tersayang. Memang Husein tipu la kalau husein tak kate kan yang emak Husein la orang yang paling sedih sekali mase tu. Tapi Husein tak nak citer la bab tu….. sedih oiii…  tapi yang Husein nak citer kan adalah pesanan emak dan ayah serta adik-beradik Husein yang lain iaitu,….. ‘’nngaji molek ar dinung’’. Maksudnye study sungguh-sungguh la kat Mesir tu. Husein rase semua parents kat dunia ni nasihat macam tu kat anak dia walaupun anak dia study kat dalam negara sekalipun.

Bagi Husein, walaupun ucapan tu nampak ringkas tapi penuh dengan makna. Makna kejayaan, makna kecemerlangan, makna kesungguhan….. dan banyak lagi. Bila Husein dengar je ayat tu terkeluar dari mulut parent Husein, rase macam timbul satu bebanan dan amanah yang agak sukar untuk Husein tampung sebab makna ‘study sungguh-sungguh’ tu…. Bagi husein…. Cukup bermakna. Makna kejayaan tak semestinya berjaya dengan dapat segulung ijazah, makna kesungguhan tak semestinya membuat sesuatu tu dengan fokus tapi mesti la dengan niat yang ikhlas kerana Allah.

Bila dah nak pergi sambung study ni, macam-macam perasaan ade. …… Gembira, sedih, kecewa, excited,  malas… huh ! malas pon ade?? Ye laa… malas nak kemas barang-barang.  Penyakit malas ni la yang selalu ganggu hidup husein… agaknye nak kena vaksin baru la rajin kot. Huhuhu….Ohhhh…. Banyak betol barang yang Husein bawak letak dalam kargo….Same macam orang lain yang nak pergi oversea… mesti la bawak banyak barang setinggi KLCC.

Macam pengalaman ade sepanjang cuti sebelum berangkat ni. Paling tak akan dilupakan adalah pengalaman masuk hutan Sembilan hari tu. Memang suatu pengalaman yang manis buat husein. Cuti baru ni pon husein ade pegi kuliah ustaz azhar idrus. Selama ni dengar kot laptop je... bila dah dengar secara live ni, rase macam lebih berkat je ilmu tu dapat. Harap dapat jumpa ustaz lagi di lain masa. We Love Ustaz Azhar Idrus.

K la,…… setakat tu je coretan hati ni buat kali ni. Harap Husein dapat terus istiqamah dalam menuntut ilmu dan bersungguh-sungguh dalam mewarisi ilmu-ilmu ulama’ kat sini. Korang pon doa-doa la ke Husein siket. Mane tau kot-kot doa korang la yang Allah makbulkan lebih dari doa dari diri Husein sendiri. Thanks a lot k. Syukran..

Terima kasih kerana membaca. Komen siket.....

10 ulasan:

  1. best dapat menuntut kat negeri orang. gud luck ya.

    BalasPadam
  2. waaa.. untong la ley belajar jauh :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. emmmm.. nothing special ..husein rase same je kalau study dekat2 pon

      Padam
  3. sronoknyer dapat belajar jaoh...all the best bro!!! :)

    Katil Elevator Di Ruang Tamu

    BalasPadam
  4. blogwalking here~

    wah,
    bestnyew dapat belajar kat negara orang..
    bratha, doakan Aini nak SPM taun nie..
    dan harap dapt ikut jejak bratha pasnie..
    doa orang bermusafir tidak dihijab..
    ^____^

    http://nurainishahroni.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. seronok nye dapat g negara owg...
    mesti byk y jauh beza gan ngara kita sndri kan :)

    BalasPadam
  6. sukanye bila tgk org merantau ..terfikir ,bila lah akan tiba ms sy plak ye :)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.