9 Days Jungle Trekking to Dungun Jungle - Part 2
ASSALAMU'ALAIKUM...
Sila pergi ke Part 1 kalau tak tahu cerita yang sebelum ni.
Hari ni.. alhamdulillah.. Allah bagi peluang ade mase nak update blog. Fuhhhhh.. lega rasenye bile dah balik dari hutan hari tu. Memang suatu pengalaman yang menyeronokkan bila ade kat hutan ni. Selama ni asyik duduk kat bandar je. Tiap-tiap hari dengar suara motor, kereta, lori, kereta kebal, jet pejuang, kapal selam (wakaka..) yang lalu lalang.. nak jugak sekali sekala dengar bunyi cengkerik, monyet, air sungai, rimau (uihhh.. ade ke rimau?? ).....
Kalau masok hutan, tak sah kalau tak sesat kan?? ... Ye, pengalaman sesat kat dalam hutan memang suatu pengalaman yang menguji perasaan dan minda serta iman seseorang. Husein pon tak terkecuali. Dua kali sesat pulak tu. Yang pertama tu, kitorang sesat sebab tak jumpa sungai yang berdekatan. Tapi dalam peta ade pulak.(Kitorang bawak peta sebenarnya). Then, kitorang amek keputusan nak teruskan meredah hutan. Husein tak ingat berape lame kitorang redah... dengan jalan yang berbatu-batu sambil mendaki bukit dan kadang-kadang kitorang terpaksa meredah paya dan kawasan batu licin kat air terjun.....,baru lah jumpa sungai yang kitorang carik kan tu. Syukur alhamdulillah...
Kali kedua sesat adalah mase kitorang tak jumpa mane perginya land rover (atau dalam bahasa Tganu nye 'Leng Roba') ataupun trak yang ambik kitorang balik rumah. Dengan ketua kitorang sekali yang pening... Akhir sekali, kitorang ambik keputusan berpecah kepada tiga kumpulan. Satu kumpulan pergi carik land rover, satu lagi menunggu, satu lagi pergi jalan ntah mane la. Kumpulan yang carik land rover tu lah kumpulan Husein seramai dua orang je yang tukang carik. Husein dan kawan ayah Husein.
Memang berdebar jugak sebab berjalan hanya dua orang. Tanpa ade kelengkapan yang canggih macam GPS dan kompas untuk kumpulan kitorang... kitorang hanya menggunakan kepakaran dan pengalaman yang ade sebelom ni. Dan jugak... mesti berharap dan bertawakkal kepada Allah tau. Berdebar jugak hati ni kalau silap jalan. Kalau silap jalan memang susah nak jumpa jalan yang betol balik. Kat sini bukannya macam kat bandar... ade papan tanda tunjuk jalan.... Jalan Hang Tuah, Jalan Bentong, Jalan Tanjung Rambutan.. Mujur sepanjang perjalanan tu kitorang asyik berbincang. Hampir setengah jam kitorang jalan kaki mencarik mane perginya land rover kitorang. Dan akhirnya, alhamdulillah... kitorang jumpa jugak.
Kalau masok hutan, memang tak sah kalau tak jumpa dengan binatang-binatang yang agak menakutkan yer.. menakutkan?? takut ker?? Bagi Husein, jumpa dengan haiwan-haiwan macam ni dah menjadi kebiasaan. Apetah lagi bila masuk hutan ni.....
Sila pergi ke Part 1 kalau tak tahu cerita yang sebelum ni.
Hari ni.. alhamdulillah.. Allah bagi peluang ade mase nak update blog. Fuhhhhh.. lega rasenye bile dah balik dari hutan hari tu. Memang suatu pengalaman yang menyeronokkan bila ade kat hutan ni. Selama ni asyik duduk kat bandar je. Tiap-tiap hari dengar suara motor, kereta, lori, kereta kebal, jet pejuang, kapal selam (wakaka..) yang lalu lalang.. nak jugak sekali sekala dengar bunyi cengkerik, monyet, air sungai, rimau (uihhh.. ade ke rimau?? ).....
Berehat jap kat tepi sungai sambil melihat pemandangan indah alam ciptaan Tuhan Yang Maha Esa.
Ni gambar kitorang mase rehat setelah beberapa lamanya mendaki bukit melalui batu-bata yang licin. Opss.. tak ingat nak bagitau yang kebanyakkan orang yang terlibat dalam jungle trekking tu dah berusia, emmm... maknanya dah kawen la. Dan Husein la orang yang paling muda kat situ. Tengok ?? Yang lain dah tua-tua dah.
Kali kedua sesat adalah mase kitorang tak jumpa mane perginya land rover (atau dalam bahasa Tganu nye 'Leng Roba') ataupun trak yang ambik kitorang balik rumah. Dengan ketua kitorang sekali yang pening... Akhir sekali, kitorang ambik keputusan berpecah kepada tiga kumpulan. Satu kumpulan pergi carik land rover, satu lagi menunggu, satu lagi pergi jalan ntah mane la. Kumpulan yang carik land rover tu lah kumpulan Husein seramai dua orang je yang tukang carik. Husein dan kawan ayah Husein.
Masuk hutan tak lekang dengan pemandangan yang indah kan.. Ni salah satu air terjun yang kitorang jumpa. Subhanallah.. memang cantik sangat-sangat air terjun ni.
Kalau masok hutan, memang tak sah kalau tak jumpa dengan binatang-binatang yang agak menakutkan yer.. menakutkan?? takut ker?? Bagi Husein, jumpa dengan haiwan-haiwan macam ni dah menjadi kebiasaan. Apetah lagi bila masuk hutan ni.....
Biasanya kita jumpa ulat gonggok besar kuku jari je kan? Kali ni, Husein jumpa ulat gonggok besar tapak tangan. Very BIGGGG...
Scorpion. Kebanyakkan daripada kita sangat takut dengan haiwan ni. Tapi bisa haiwan ni tak lah membawa kepada kematian sebab kebanyakkan serangan haiwan ni lebih tertumpu kepada tangan dia yang boleh kepit mangsa. Kalau silap hari bulan boleh berdarah tangan tau.
Tu la sikit sebanyak pengalaman Husein kat hutan selama sembilan hari. Kalau boleh Husein nak pergi jungle trekking lagi kat hutan lain. Bezz tau masuk hutan. huhuhu.... :-)
Terima kasih kerana membaca. Komen sket...
Terima kasih kerana membaca. Komen sket...
Aritu sy penah gak naik bukit bauk, Dungun utk bdn uniform Kesatria. Bile smpai hostel je trus cari tilam.. lepas tu da serik nk naik bukit. hehehe..
BalasPadambukit bauk?? area mne tu. tak pernah dengar la..
Padambesarnyaaaaa gonggok!! hitam lak tu... huaaaaaaaaaa... mcm2 haiwan ada, bestnya kalau dapat buat aktiviti mcm ni.. rimas asyik tengok bangunan, kereta... kdg2 nak tgok org pun dah muak.. XD.. great!!! nice view
BalasPadamhai. Orang dungun di sini, Bukit Bauk ada dekat dungun belakang or we can say dekat dekat Politeknik Sultan Mizan, bro husein akan jumpe bukit ni belah kiri if u're heading to Kemaman. Bukit Bauk mmg salah satu tempat budak buat jngle trekking and mcm2 xtvt lasak.. :D #wah!dah macam tourguide.hehehehe :P
BalasPadampecinta alam...mesti bez gler...
BalasPadam