Gagal?? Jangan mengalah. Baca ni..
ASSALAMU'ALAIKUM...
(Petikan ini adalah berdasarkan peristiwa sebenar oleh seorang pemuda yg ingin mendapatkan ijazah tertinggi Al-Azhar)
Allahuakbar, sangat kagum dengan kisah Ustaz Hairul Nizam Mat Hussin. Semangat juang beliau untuk menuntut ilmu sangat tinggi. Tulisan ini saya ambil daripada blog Ustaz Hairul, beliau melalui tempoh yang begitu lama untuk sampai kepada tahap penulisan tesis bagi master. Alhamdulillah, tahun 2012 ini, makluman terbaru yang diperolehi beliau berjaya mendapatkan tajuk untuk tesis beliau. 1999-2003 (B.A) 2004 - sekarang (2012) baru berjaya mendapatkan tajuk untuk tesis. Hampir 9 tahun beliau berusaha untuk master. Moga Allah mempermudahkan urusan beliau.
(Petikan ini adalah berdasarkan peristiwa sebenar oleh seorang pemuda yg ingin mendapatkan ijazah tertinggi Al-Azhar)
Allahuakbar, sangat kagum dengan kisah Ustaz Hairul Nizam Mat Hussin. Semangat juang beliau untuk menuntut ilmu sangat tinggi. Tulisan ini saya ambil daripada blog Ustaz Hairul, beliau melalui tempoh yang begitu lama untuk sampai kepada tahap penulisan tesis bagi master. Alhamdulillah, tahun 2012 ini, makluman terbaru yang diperolehi beliau berjaya mendapatkan tajuk untuk tesis beliau. 1999-2003 (B.A) 2004 - sekarang (2012) baru berjaya mendapatkan tajuk untuk tesis. Hampir 9 tahun beliau berusaha untuk master. Moga Allah mempermudahkan urusan beliau.
Ust Hairul Nizam(tengah) bersama sahabatnya.
Syeikh Sayyid Syaltut, Guru Yang Banyak Mendidik Ustaz Hairul Nizam.
Jangan Mengalah. Ya. Itulah pegangan saya sepanjang permusafiran menuntut ilmu. Banyak sungguh suka duka dan ujian sepanjang saya di bumi Kinanah ini. Kadang-kadang macam tak percaya bahawa Kalau Kita Nak, Kita Tetap Nak.
Akhir tahun 1999, saya tiba di Mesir. Semangat berkobar-kobar untuk menuntut ilmu hampir padam sebaik sahaja saya tiba di Lapangan Terbang Kaherah petang itu. Gelagat orang Arab Mesir yang ganas ditambah dengan suasana berdebu dan berhabuk di padang pasir Hayyu Asyir (sekarang ini dah jadi pasar kereta @ Suk Sayyarat) cukup menyesakkan saya yang berjiwa zapin ini.
Bulan 11 1999 hingga tahun 2003 adalah masa perkelanaan saya ke bumi Tanta. Paksa diri ke kuliah, membaca buku sekitar 100 muka surat sehari, dipaksa oleh Naqib tercinta Us Zul Janggut untuk sentiasa hasilkan kertas kerja ilmiah, berulang-alik ke Markaz Bait Izzah (Markaz pentadbiran Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta) dengan basikal dalam mengikuti agenda tarbiah dan thaqafah, menghadiri mesyuarat yang kadang-kadang sampai ke subuh adalah antara kehidupan saya di sana. Wah. Manisnya kenangan.
Ya. Empat tahun di Tanta, saya boleh merasa puas hati dengan sikap saya. Syukur pada Allah yang memberikan kekuatan fizikal dan mental pada saya.
2000 - berjaya mendapat Jayyid
2001 - berjaya mendapat Jayyid Jiddan
2002 - berjaya mendapat Jayyid Jiddan
2003 - tamat B.A dan berjaya mendapat Jayyid Jiddan
Selesai mendapat B.A dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti al-Azhar cawangan Tanta, saya terus menyambung ke Kaherah. Ya. Cita-cita untuk menggondol M.A dan PhD al-Azhar al-Syarif yang saya semat semenjak saya di tahun dua di Tanta mesti saya teruskan. Walaupun kawan-kawan seusrah saya di Tanta dahulu seorang demi seorang meninggalkan bekas kaki mereka di Mesir lalu meninggalkan bumi ilmu ini seusai tamat B.A, saya pasrah dan cekal untuk menghirup kepahitan sistem pembelajaran M.A Universiti al-Azhar bersama beberapa orang teman yang lain.
Master Al-Azhar. Bunyi yang cukup menggerunkan. Umpama satu hilaian hantu langsuir yang menyeramkan atma sang pelajar. Mananya tidak, satu paper kita gagal, semua paper akan turut gagal.
Lantaklah. Susah ker, senang ker, saya mesti cuba.
M.A al-Azhar, markah lulus (Maqbul) adalah 60-69. Jayyid 70-79. Jayyid Jiddan 80-89. Imtiyas 90-100.
(Masyaikhah Al-Azhar, pejabat Syeikhul Azhar)
2004 - Tahun Satu M.A al-Azhar Pengkhususan Usul Fiqh
Saya berjaya di Daur Thani untuk naik ke tahun dua dengan keputusan Maqbul. Sedih juga dapat Maqbul. Kita inginkan keputusan yang cemerlang bukannya yang cukup-cukup makan.
2005 - Tahun Dua M.A al-Azhar Pengkhususan Usul Fiqh
Tahun ini tahun kepedihan. Setelah saya cuba berhempas pulas dalam peperiksaan, saya akhirnya GAGAL. Inilah kegagalan pertama saya sepanjang hidup saya di dunia akademik.
2006 - Tahun Dua M.A al-Azhar Pengkhususan Usul Fiqh (Mengulang)
Saya menduduki peperiksaan di Daur Awal. Keputusannya adalah mengecewakan. Gagal. Susahnya
nak lulus. Aduh. Tinggal satu lagi peluang di M.A al-Azhar. Saya mesti lulus pada Daur Thani. Kalau tidak. Saya akan gagal terus dalam M.A (Mafsul).
Daur Thani: setelah usaha, akhirnya keputusan yang menyentak jiwa saya. ANDA GAGAL. ANDA SUDAH TAMAT DALAM PERCUBAAN MERAIH M.A UNIVERSITI AL-AZHAR. ANDA MAFSUL.
Tuhan. Besarnya ujian. Tak pernah dalam hidup saya, saya merasai kegagalan seteruk ini. Habislah usaha saya semenjak 2004 lagi. Keluarga mula memberikan pandangan. "Pulanglah. Sambung M.A di Malaysia".
Ada juga terdengar sindiran orang-orang itu. "Itulah. Terlibat sangat dengan persatuan. Akhirnya gagal".
Tidak. Saya bukannya orang yang mudah menyerah kalah. Memperjuangkan nilai ilmu agar saya boleh mengisi keperluan Parti Islam SeMalaysia dalam mengisi kerajaan Islam akan datang dengan neraca Syarak mesti terus dipertahankan. Mana boleh menyerah kalah. Siapa akan jadi tenaga pakar dalam bidang Syarak yang sangat diperlukan oleh kerajaan yang mahu bertunjangkan Syarak?
Tak boleh. Saya mesti terus. Tak boleh putus asa. MESTI CUBA LAGI AMBIL M.A AL-AZHAR SAMPAI BERJAYA. MESTI.
2007 - Tahun Kosong
Saya mengambil keputusan untuk mengambil semula M.A al-Azhar yang semestinya terpaksa mula dari tahun satu M.A. Oleh kerana saya telahpun gagal sehingga mafsul sebelum ini, saya tidak dibenarkan untuk terus mengambil tahun satu al-Azhar melainkan setelah berlalu tempoh setahun. Wah. Ujian lagi. 2007 adalah tahun saya tidak berstatus pelajar universiti. Kosong. Setahun saya tak ada Iqamah (visa).
2008 - Saya pelajar Tahun Satu
Mengulang kembali M.A al-Azhar dalam pengkhususan Usul Fiqh. Saya kembali menjadi pelajar tahun satu M.A al-Azhar. Daur Awal saya gagal lagi. Ya Rabb. Peritnya ujian.
Daur Thani akhirnya memberikan senyuman kepada saya. Saya lulus dengan keputusan Jayyid Jiddan. Alhamdulillah. Asykuruka Ya Rabb. Hihi. Terpaksa tinggalkan kenduri kahwin peringkat saya apabila terpaksa bergegas pulang ke Mesir untuk mengambil ujian Syafawi. Kesian pada isteri. Jadi pengantin seorang diri.
2009 - Tahun Air Mata Kegembiraan
Tahun Dua M.A Al-Azhar Pengkhususan Usul Fiqh. Nekad. Saya mahu berjaya. Saya tidak mahu jadi seperti mana tahun 2006 dulu. Pulun sungguh. Akhirnya Allah terima rintihan saya. Saya lulus dengan keputusan Jayyid. Sedih juga sebab tak dapat Jayyid Jiddan. Apapun, syukur pada Allah.
Akhirnya saya sudah masuk ke dunia penulisan. Dunia Tesis M.A. Selamat tinggal peperiksaan selama-lamanya.
Kalau dah selesai munaqasyah tesis nanti, saya akan terus sambung PhD pula di al-Azhar al-Syarif.
Wah.. lamanya perjalanan.
hidup kita ini umpama pedagang yg mencari keredhaan Allah.. belajar itu juga salah satu cara untuk menerima keredhaan Allah.. sungguh tabah dan berdedikasi beliau
BalasPadamyup.. betul tu. Husein tabik sprrriiingg beliau
PadamAllahuakhbar ... usaha tangga kejayaan ..ALLAH akan sentiasa membantu orang yang tak pernah kenal erti putus asa
BalasPadaminsyaAllah.. ameen
Padam