9 Days Jungle Trekking to Dungun Jungle - Part 1

ASSALAMU'ALAIKUM...

Apa khabar semua?? Harap korang sihat-sihat belaker.. Rindu plak bila tak update blog ni. Dah nak tumbuh cendawan la plak kat blog ni. Kebetulan ade banyak kayu-kayu kat tepi ni… memang syok la cendawan tumbuh. Lantak la nak tumbuh ke apa… yang penting, kali ni Husein nak kongsi pengalaman Husein berada di dalam hutan selama 9 hari kat sana…......

WHAT ?? 9 DAYS ?? …Yes.. 9 Days. Why not ??  Is there any problem with that??.... hehehe…Sebab tu la blog ni tak update untuk tempoh tersebut.

Husein pergi bersama rombongan pejabat ayah Husein seramai 7 orang di sebuah hutan di daerah Dungun,Terengganu. Ade la tu diorang nak buat apa kat sana tapi Husein juz tolong diorang buat kerja je. Ni la kali pertama Husein masuk hutan tu. Bila tengok dari jauh hutan tu agak menyeramkan tapi Husein buat deeeerrrkk je…. Husein suka masuk hutan. Biasa la.. lelaki kan sukakan cabaran.

Kali terakhir Husein masok hutan 2 tahun lepas kat Terengganu jugak. Korang kenal Tasik Kenyir kan??? … Sape tak kenal dipersilakan hantok kepala 10 kali kat dinding pintu rumah jiran sebelah. Nak diceritakan, mula-mula kitorang naik bot kat Tasik Kenyir tu then pergi kat 2 buah pulau yang jadi tempat kitorang duduk. Satu minggu satu pulau. Maknanya dua minggu la kitorang duduk dalam hutan. Pulau Lasir namanya…. yang satu lagi tak ingat dah. Memang best duduk kat pulau tu. Bangun pagi je memang macam duduk kat oversea je. Sejuk tak terkata. Nak ambek air sembahyang macam tak nak ambek je. Malas nak sentuh air. Pastu dapat tengok tiap-tiap hari sunset jatuh dan terbenam di depan mata sendiri dan air terjun yang very beautiful place. What the eye-catching scenery was that. Korang pown kalau ade mase terluang singgah la Tasik Kenyir. Husein yang dah pergi ni pon rase nak pergi lagi.
Lebih kurang macam ni la pemandangan mase Husein pergi dulu. Ehsan Google Image

Eh kat mane ntah aku merepek ni…. Ok…. Tapi ape yang paling Husein tak suka travel masuk hutan kali ni adalah… Husein tak dibenarkan bawak kamera DSLR Husein. Memang kecewa tahap kelapan belas betol. Macam nak merajok masuk sembunyi bawah katil pon ade. So, Husein tak dapat la nak shoot gambar-gambar pemandangan kat dalam hutan tu. Rase rugi sangat-sangat. Pemandangan kat dalam hutan is extremely amazing. Tapi nasib baik kamera hp ade. Guna kamera tu je la. Nak buat camne…..

First day masuk hutan tu, hampir 6 jam kitorang meredah hutan. Dari pukol 8 pagi sampai 2 petang. Habis tempat kitorang jumpa.….. Air terjun, sungai,paya, jalan berbatu-batu, semak samun….. sampai nak tercabot urat kaki den.
Antara benda penting buat Husein kalau pergi mane-mane. Cermin mata Ray Ban, Jam tangan dan buku untuk isi masa lapang. Kali ni Husein baca Penyejuk Jiwa karya Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni (best seller buku 'La Tahzan') sebab Husein nak try baca buku berkenaan ilmu tasawuf sket. Tasawuf ni ilmu berkenaan hati la. Baru jiwang sket baca. hahahaha...

Tapi perkara baru yang Husein pelajari mase tu adalah agak susah untuk menentukan waktu bila kita ade kat hutan sebab kalau pergi kat hutan yang lebat macam ni, dengan pokok-pokok yang besar dan tinggi, menyukarkan kitorang nak tentukan waktu dan agak sukar untuk melihat kedudukan matahari disebabkan berlindung dengan pokok-pokok tu. Ditambah pulak dengan keadaaan suhu kat dalam hutan yang sejuk. Kengkadang tak sedar yang tengahari dah menjelma. Tapi mujur kitorang ade jam. So, tak payah la nak susah-susah tentukan waktu. Juz tengok jam je kan. Tapi kengkadang Husein terfikir jugak…mesti orang dulu-dulu susah nak tentukan waktu bila ade kat dalam hutan kan???

K la, setakat ni je Husein mampu tulis. Husein nak pergi betol urat saraf yang tak betol ni. Lenguh-lenguh pown tak hilang lagi. Ade mase Husein tulis lagi k. Nantikan kemunculan part 2 plak.

Terima kasih kerana membaca. Komen sket.....

2 ulasan:

  1. old school speck tu ..
    hehe
    cantiknya tasik tu ...

    kite pernah sampai Stesen Janaelektrik Kenyir dan Paka aje ..sebab selalu outstation situ ..
    nanti berkesempatan mahu singgah ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. mmg la. spek klasik tu. RARE.. jarang sgt Ray Ban buat keluar spek bentuk cmtu skrg.

      owh.. Husein pon prnh smpai situ.

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.