Bye Bye Egypt, Hello Malaysia

ASSALAMU'ALAIKUM...
Waaahh..kemain lagi tajuknye. Macam orang asing la plak aku ni...macam tak pernah datang Malaysia. hahaha... Bukan ape.. nak kata excited tu tak sangat lah.... tapi....Alhamdulillah, sekurang-kurangnya Husein dapat jejak kaki kembali di tanah tumpah darah Husein. Memang betul kata pepatah Melayu yanggg.... ape tu??... alaaa yang bunyi emas-emas tu... Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri... kan??kan?? betul ke ape yang kau tulis ni?? macam tak betul je.. maklum lah.. dah lama tak belajar bahasa Melayu. Asyik study Arabic jer.. Tapi nak bgtau kat korang, study Arabic lagi sedap dari study bahasa Melayu taww...
InsyaAllah, dengan izin-Nya jika tiada aral melintang dan onak berduri.. Husein akan come back to Malaysia pada 14 Julai 2012 arrive at KLIA then fly to my beloved country, Terengganu. Mane-mane kengkawan yang nak sambut Husein kat airport nanti, kita jumpa la kat sana k. Ceh, ade ke nak orang nak sambut aku?? Aku bukan artis pon nak buat camtu.. Aku bukan org ternama pon nak buat camtu..huhu. but... ade satu perkara je yang buat aku pasti menyesal kalau aku balik Malaysia nanti. Ape tu?? Menyesal tak sudah ke?? Yup... memang menyesal tak sudah. Rasa rugi yang teramat kalau aku buat keputusan macam tu. Ape dia?? .... is about TWO things.....

1. Ramadhan di Mesir
Kalau ikutkan pengalaman Husein yang lepas-lepas, memang Ramadhan kat sini sangat berlainan dengan Ramadhan kat Malaysia. Bukan satu ''sangat''.. tapi bersangat-sangat daa... 100% berbeza dengan suasana Ramadhan di Malaysia. Yang pertama sekali, bila tibanya Ramadhan, orang Mesir akan berubah 100% kearah kebaikan. Pernah sekali Husein naik teksi menuju ke Masjid Al-Azhar yang mengambil masa 20 minit dari Hayyu Saadis. Bila turun je dari teksi tu and nak bayar then tanye berape kena bayar, driver teksi tu cakap.. ''Kama enta 'eiz'' bermaksud ikut suka kamu la nak bayar berape. Waahh...korang boleh bayang tak camne keadaan tu.. kalau ikutkan hati Husein.. memang nak bayar singgit je kat driver tu.haha.. padam muka. Tapi Husein tak buat camtu lah.. nampak sangat penindasan keatas manusia berlaku. hehe.. lalu Husein bayar la banyak sket.. Tapi bukan singgit taw !! tapi tak sangka sampai macam tu skali orang Mesir sambut Ramadhan kat sini. Kat Malaysia ade ker ???

Dan pengalaman yang mungkin takkan Husein lupakan dan InsyaAllah ..akan Husein lakukan semula pengalaman tu adalah Solat Tarawih di Masjid Amru bin 'Aus diimamkan oleh Syeikh Jibril pada 27 Ramadhan. Memang perrrgghhh... baru Husein tahu yang seronok sebenarnya solat tarawikh nie.. Syeikh Jibril punya suara merdu giler.. sampai orang yang dengar syeikh mengaji memang konfem menangis.. tak terkecuali Husein jugak. Memang berasa akan kenikmatan solat tarawikh sampaikan rase kejap je solat padahal solat tarawikh start lepas Isyak habis dekat pukul 12 tgh malam.. 8 rakaat je pun.. tapi syeikh baca panjang.. tapi tak rase lame. Banyaknye tapi aku ni..
Bahagian dalam Masjid Amru bin 'Aus. Cantikkan ??


2. Mesir selepas pemerintahan Morsi
Hari ni... banyak media barat dan media tempatan(Mesir) mempertikaikan kredibiliti Dr.Mohamad Morsi sebagai presiden baru Mesir selepas Mubarak. Ade yang kurang yakin dan ade yang sebaliknya.. tapi ape yang Husein nak cakapkan adalah Husein menyokong 100% Dr.Mohamad Morsi. Sebab beliau adalah pemimpin kedua yang hafal 30 juzuk Al-Quran selepas Perdana Menteri Palestin. Bukan tu je.. banyak lagilah tindakan-tindakan dia yang Husein tengok dapat memberi impak yang besar kepada dunia arab khususnya.

Mungkin sepanjang ketiadaan Husein di Mesir nanti, Husein tak dapat tengok kejayaan Morsi dalam membantu ekonomi dan politik di Mesir sepanjang 2 3 bulan Husein bercuti. Tapi Husein harap Dr.Morsi dapat tunaikan semua amanah yang beliau putuskan baru-baru ni sempena beliau menjadi presiden Mesir. Amanah ape tu??? .. Korang cari sendiri. Malas la Husein nak cakap tapi salah satu daripadanya ialah beliau nak baiki sistem jalanraya di Mesir.

Mesti korang ingat Husein ni minat politik kan?? haha.. korang dah salah faham. Sebenarnya Husein tak pandai mane dalam politik ni cuma apa yang Husein nakkan adalah nak tengok sinar Islam ade dimana-mana di seluruh dunia. Korang setuju???

Dahh.. berbalik pada tajuk asal... Sebenarnya banyak lagi yang nak Husein ceritakan berkenaan kerugian Husein kalau balik Malaysia. Tapi disebalik kerugian ade keuntungannye jugak. Betol tak??? haha.. dah lame tak jumpa family yang tercinta. rindu jugak kengkadang. Biasala.. duduk di perantauan.... memang gitu. Ok, setakat ni je

Terima kasih kerana membaca. Komen sket...

3 ulasan:

  1. Salam.

    Beruntung jugak walau jauh belajar bahasa Al-Quran. Kalau orang2 muda yang belajar kat negara luar dapat bawak perkara2 baik dari luar ke Malaysia, insyaAllah generasi akan datang kat Malaysia pun akan lebih baik, kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. betol. InsyaAllah.. doakan perjalanan Husein selamat k.

      Padam
  2. Wah, seronok baca.

    Baca status, tengok gambar. Tersenyum & gembira.

    Rasa nak baca lagi penulisan macam nie. :)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.