Trip to Pantai 'Ain Sukhnah,Mesir - PART 2

Kepada korang sume yang terlepas tengok Part 1, klik disini
(Entri ni adalah sambungan dari Part 1)

Assalamualaikum.....
Korang sume dah tengok Part 1 ?? ...Yer..memang cantik kat sana. Siap jumpa geng-geng Spongebob lagi. Mr.Krab, Patrick Star, Jellyfish... aisshhh.. sume ade lah.
Untuk pengetahuan korang, ni kali pertama Husien sampai kat sini. Selama ni tengok kat internet je gambar pantai ni. Nama 'Ain Sukhnah ni sangat terkenal dengan pantainya yang cantik dan selalu menjadi tempat tumpuan pelancong di Mesir setiap tahun. Selain dari pantainya yang cantik, kat sini pon jadi tempat memproses minyak petroleum untuk Mesir.

Sambil kitorang tengok pantai, kat sini jugak ade pemandangan bukit-bukau yang cantik. Korang boleh bayang tak tepi pantai ade bukit?? Haaa...... kat sini je ade tau. Bukit pulak warne koko gitu.. bukan warne hijau. Subhanallah... sungguh indah lukisan-Mu.

Antara aktiviti yang memang konfem kitorang buat adalah Snorkeling. Hahaha... boleh tengok hidupan dilaut yang..... fuuhhh.. indah,cantik, menawan, menarik, tertarik kau memang the booomm la.. alhamdulillah kat sini ombak tak kuat... so, senang la sket kitorang nak menyelam dan air kat sini tak la sejuk sangat. Kalau ikutkan nak je Husein tangkap gambar dalam air tu, tapi tak boleh la...kamera Husein bukan waterproof. Gambar kat atas ni Husein dengan Sopi....kitorang memang terer bab-bab berenang ni. keh keh keh...

Yang ni Husein tak tau snorkeling jenis ape entah sampai bawak kerusi lagi. Tapi air pantai kat sini lagi masin dari air pantai kat Malaysia. Kalau masuk dalam hidung atau mata, memang pedih. Dari kiri: Aliff, I-pin, E-man, Kori, Ust.Syamsul, Mohsein dan Apih.

Yang ni plak lagi pelik.... pakai topi sambil berenang. hehehe.. ade ker ???

Lepas penat main air dan snorkeling, kitorang buat BBQ plak. Perrrggghhh... memang syok la makan. Ayam madu plak tu. Memang antara favourite Husein la.. sampai ambik 4 ketul sekali gus sambil minum air bandung sejuk.

 Husein dengan Mas Azam. hahaha... kitorang main pasir. Ni bukan sand castle tapi sand pyramid. Macam budak-budak la pulak main pasir ni.

Ahhhaaaa... yang ni bukan lagi sand pyramid tapi dah jadi Sand-man dah kawan Husein sorang ni. Kesian Farid jadi mangsa kekejaman kitorang. hahaha...

Setelah penat main air, snorkeling dan melihat pemandangan yang cantik, akhirnye kitorang pulang lepas waktu Asar. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam aktiviti ni. Korang sume memang sporting...hoho

Mungkin tempat ni menjadi tempat pelancongan Husein yang terakhir di Mesir sebelum Husein fly to Abu Dhabi and then arrive kat Malaysia pada hari jumaat ni. Doakan moga Husein selamat sampai dan dijauhkan dari masalah,bala bencana dan sebagainya k. Hopefully dapat jumpa korang kat sana.

Mood tak sabar nak fly to Malaysia.. doakan keselamatan Husein yer..

Terima kasih kerana membaca. Komen sket....

2 ulasan:

  1. nice entry ~
    rase teringin plak nak pergi sane lepas bace entry nie :)
    semoga selamat sampai Malaysia :)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.