Sejarah Baru Mesir
Assalamu'alaikum...
Mana mungkin aku sekadar berdiam diri tanpa post hari ini. Kenapa tidaknya kerana kelmarin Mesir mencatat sejarah baru apabila Dr. Muhammad Morsy, calon daripada Ikhwanul Muslimin, secara rasmi menjadi Presiden Mesir yang pertama selepas tunjuk perasaan besar-besaran yang telah berlaku pada 25 Januari tahun lalu yang membawa kejatuhan presiden Mesir yang lalu iaitu Hosni Mubarak.
Kelmarin, nama Morsy bergema dengan sorakan rakyat Mesir yang mahukan keadilan dan ketelusan yang saksama. Pelbagai ragam dapat dilihat di Mesir kelmarin. Ada yang sujud syukur dengan kemenangan tersebut sambil berlinangan air mata, ada yang bertakbir, ada yang membunyikan hon kenderaan masing-masing tanda gembira, ada yang berarak dan sebagainya. Tindakan sedemikian jelas menunjukkan rakyat Mesir menerima seadanya Dr. Muhammad Morsy sebagai Presiden Mesir yang baru. Kemenangan Dr. Muhammad Morsy sebagai presiden baru Mesir bukan sahaja dirai oleh rakyat Mesir sahaja, bahkan di seluruh dunia termasuk Palestin dan Yaman.
''Kemenangan ini wajar buat rakyat Mesir yang telah terjajah lama di bawah rejim Hosni Mubarak yang bertindak zalim terhadap rakyatnya. Rakyat Mesir juga bergelut dengan krisis kepimpinan yang berlarutan sejak kejatuhan Hosni Mubarak sehingga telah membunuh beribu rakyatnya.'' - Riduan Mohd Nor, Ketua Penerangan DPPM.
kata Dr.Sofwat Hijazi(Setiausaha Agung Pemegang Amanah Revolusi ''25 Januari'') kepada Dr.Muhammad Morsy:
"Ingat, anda menang bukan kerana kekuatan anda. Bukan mereka yg disekeliling anda. Bukan juga usaha pasukan anda. Tapi ia kurniaan Allah. Jika anda mentaati Allah, kami akan mentaati anda. Jika anda menderhakaNya, maka kami akan menentang anda."
Belumpun Dr.Muhammad Mursi mengangkat sumpah jawatan Presiden, bursa saham Mesir mencatatkan keuntungan LE4.9 juta, sehari selepas Mursi diumumkan menang. Dr. Muhammad Morsy telah mengalahkan calon Ahmed Syafiq dalam pilihanraya presiden yang dilihat adalah bayangan kepada Hosni Mubarak yang dijangka tidak akan mengubah warna-warni politik dan keadaan di Mesir jika beliau menjadi presiden Mesir.
Ucapan Presiden Palestin, Ismael Haniyah:
Ajaibnya penjara Mesir kerana dimasukinya dahulu Nabi Allah saidina Yusuf a.s dan keluarnya menjadi raja di Mesir dan telah masuk penjara juga Dr Muhammad Mursi dan sekarang keluar darinya menjadi Presiden Mesir.
......................................................................................................................................
Husein sangat-sangat terkejut dengan keputusan pilihanraya di Mesir kali ni yang memihak kepada calon Ikwanul Muslimin, iaitu Dr. Muhammad Morsy. Sebelum wakil SPR nak umumkan keputusan rasmi tu, Husein ade lah jugak tengok kat tv camne keadaan sekarang. Tapi yang paling menderita,... nak ke dengar keputusan rasmi tu,.. kena dengar ucapan wakil SPR tu dulu sampai berjanggot kite. Lama giler berucap.. pengumuman raya pon tak macam tu... Tapi bila dengar je nama Morsy, secara automatik kedengaran sorakan rakyat Mesir di Medan Tahrir sambil kibar bendera Mesir. Secara automatik jugak Husein rase kagum dengan rakyat Mesir.. kenapa tak nye.. hari ni, pengorbanan rakyat Mesir membuahkan hasil yang lumayan dengan adanya pemimpin kedua yang hafiz 30 juz Al-Quran selepas perdana menteri Palestin, Ismael Haniyah.
Bila tengok keadaan semasa, ramai rakyat Mesir yang sujud syukur tanda bersyukur sangat-sangat dengan keputusan pilihanraya kali ni. Yang menangis pon ade. Dari mereka yang ada kat dalam kenderaan... tiba-tiba secara pantasnya mereka keluar dari kenderaan dan sujud syukur ....yakni sujud kat atas jalanraya la. Husein pon rase nak sujud jugok rase. Pada malam tu plak, Husein ade tercari-cari siaran radio Mesir sambil layan Euro 2012 yang membincangkan bab ni. Alhamdulillah,...ramai yang gembira dan excited.
Mana mungkin aku sekadar berdiam diri tanpa post hari ini. Kenapa tidaknya kerana kelmarin Mesir mencatat sejarah baru apabila Dr. Muhammad Morsy, calon daripada Ikhwanul Muslimin, secara rasmi menjadi Presiden Mesir yang pertama selepas tunjuk perasaan besar-besaran yang telah berlaku pada 25 Januari tahun lalu yang membawa kejatuhan presiden Mesir yang lalu iaitu Hosni Mubarak.
Kelmarin, nama Morsy bergema dengan sorakan rakyat Mesir yang mahukan keadilan dan ketelusan yang saksama. Pelbagai ragam dapat dilihat di Mesir kelmarin. Ada yang sujud syukur dengan kemenangan tersebut sambil berlinangan air mata, ada yang bertakbir, ada yang membunyikan hon kenderaan masing-masing tanda gembira, ada yang berarak dan sebagainya. Tindakan sedemikian jelas menunjukkan rakyat Mesir menerima seadanya Dr. Muhammad Morsy sebagai Presiden Mesir yang baru. Kemenangan Dr. Muhammad Morsy sebagai presiden baru Mesir bukan sahaja dirai oleh rakyat Mesir sahaja, bahkan di seluruh dunia termasuk Palestin dan Yaman.
kata Dr.Sofwat Hijazi(Setiausaha Agung Pemegang Amanah Revolusi ''25 Januari'') kepada Dr.Muhammad Morsy:
"Ingat, anda menang bukan kerana kekuatan anda. Bukan mereka yg disekeliling anda. Bukan juga usaha pasukan anda. Tapi ia kurniaan Allah. Jika anda mentaati Allah, kami akan mentaati anda. Jika anda menderhakaNya, maka kami akan menentang anda."
Rakyat Mesir beramai-ramai sujud di Medan Tahrir.
Ucapan Presiden Palestin, Ismael Haniyah:
Ajaibnya penjara Mesir kerana dimasukinya dahulu Nabi Allah saidina Yusuf a.s dan keluarnya menjadi raja di Mesir dan telah masuk penjara juga Dr Muhammad Mursi dan sekarang keluar darinya menjadi Presiden Mesir.
......................................................................................................................................
Husein sangat-sangat terkejut dengan keputusan pilihanraya di Mesir kali ni yang memihak kepada calon Ikwanul Muslimin, iaitu Dr. Muhammad Morsy. Sebelum wakil SPR nak umumkan keputusan rasmi tu, Husein ade lah jugak tengok kat tv camne keadaan sekarang. Tapi yang paling menderita,... nak ke dengar keputusan rasmi tu,.. kena dengar ucapan wakil SPR tu dulu sampai berjanggot kite. Lama giler berucap.. pengumuman raya pon tak macam tu... Tapi bila dengar je nama Morsy, secara automatik kedengaran sorakan rakyat Mesir di Medan Tahrir sambil kibar bendera Mesir. Secara automatik jugak Husein rase kagum dengan rakyat Mesir.. kenapa tak nye.. hari ni, pengorbanan rakyat Mesir membuahkan hasil yang lumayan dengan adanya pemimpin kedua yang hafiz 30 juz Al-Quran selepas perdana menteri Palestin, Ismael Haniyah.
Bila tengok keadaan semasa, ramai rakyat Mesir yang sujud syukur tanda bersyukur sangat-sangat dengan keputusan pilihanraya kali ni. Yang menangis pon ade. Dari mereka yang ada kat dalam kenderaan... tiba-tiba secara pantasnya mereka keluar dari kenderaan dan sujud syukur ....yakni sujud kat atas jalanraya la. Husein pon rase nak sujud jugok rase. Pada malam tu plak, Husein ade tercari-cari siaran radio Mesir sambil layan Euro 2012 yang membincangkan bab ni. Alhamdulillah,...ramai yang gembira dan excited.
Gambar Husein bersama poster Dr. Muhammad Morsy yang digunakan semasa pilihanraya baru-baru ni.
Bagus husein.. alhamdulillah.. aku mmg tercari2 jgk khabar sejarah mesir drpd org yg berada di situ sendiri.. teruskn penulisanmu.. (y)
BalasPadam