[GAMBAR] - Pengalaman di Lautan Kerang,Dumyat,Mesir

Assalamualaikum semua..
Harap-harap korang semua sihat wal'afiat hendaknya. Hari ni, jari-jemari ni terasa rajin je update blog ni dan kali ni Rider nak kongsi pengalaman Rider bersama beberapa sahabat Rider kutip kerang di pantai yang dipenuhi kerang di Dumyat,Mesir. Actually, entri kali ni adalah sambungan dari entri sebelum ni. Rider dah lama nak tulis entri ni cuma masa yang cukup terbatas menyebabkan Rider kekadang tak de masa nak tulis. Dah la semalam kena buat design untuk kawan Rider yang ada kat Malaysia. Dia suruh buat satu design untuk carta organisasi persatuan dia. Naik gila jugak kepala ni pikir camne nak buat design tu. Mujur ada internet tolong carikan ilham siket. Lagipun Rider pun jarang-jarang sekali tolong kawan-kawan kat Malaysia tu...Time dia mintak tolong ni la patot Rider tolong. Time-time lain mungkin susah dah kot. hehehe..

Ehh...da lari tajuk da..emm..berkait dengan tajuk entri atas, kat Mesir, kalau dah masuk musim sejuk.. mulalah kerang-kerang disini naik ke pantai. Rider kurang pasti apa tujuan kerang-kerang ni naik ke pantai time musim sejuk ni. Yang pasti di pantai ni ade berjuta-juta kerang yang naik ke pantai. hehehe...
Nah.. gambar ni mase kitorang tak sampai betol-betol kat tepi pantai lagi..dah kelihatan kerang yang ade.

 Yang ni mase kitorang on the way nak pegi tepi pantai. 

 Nah... yang ni la baru betol-betol kat tepi pantai Dumyat. Korang silap kalau anggap yang putih-putih tu adalah batu tapi kerang yang kebanyakkannya hidup-hidup belaka.

Lepas tu, kitorang lakukan aktiviti kutip kerang dan korek kerang dengan menggunakan sudu. Kadang-kadang susah jugak nak bukak kerang ni sebab diorang ni 'degil' nak bukak shell diorang. Sakit jugak tangan ni nak bukak kerang tu. huhuhu... kitorang bawa balik rumah kerang ni dalam lebih kurang 3 kilogram(hanya isinya sahaja).

Kerang disini lebih besar dari kerang di Malaysia. Kadang-kadang tu boleh mencecah sampai dua kali ganda besar kerang di Malaysia. Bak kata sahabat Rider yang sorang ni "kerang disini sebesar kepala lutut anda"... hahaha...

Mintak maaf la wahai kerang.. Rider terpaksa pijak korang..Kalau tak pijak korang, Rider nak lalu kat mane lagi..pantai ni dah dipenuhi dengan korang jer.

Faris dan Aiman.. macam nak menari je tu?? hehehe..


Then, lepas tu kitorang balik sebelum zohor dan singgah di pasar berdekatan untuk cari bahan-bahan masakan untuk masak kerang ni. Tiba-tiba terjumpa la haiwan pendiam ni.. yang bawah ni Aiman pegang yang kecik punyer.
 Yang atas ni baru lah yang besar punyer.. kawan Rider try angkat yang ni dan katanya berat nanang(sangat) tapi bila Rider try angkat ringan je. Bukan nak kata Rider ni kuat sangat.. Rider yakin yang Allah Taala sahaja yang paling kuat atas muka bumi ni. :-)

3 ulasan:

  1. best nye dpt kutip kerang mcm tue... :)
    sy jenguk2 kat cni... hai awk !

    BalasPadam
  2. Wahh!! Nak pergi jugak laa!! XD
    Awesome... :)

    BalasPadam
  3. hai cik clara... jenguk2 la.
    razil tahir.. pegi ar.. boleh dapat kerang

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.