Bersama Al-Fityan di Muktamar

Assalamualaikum...
Kelmarin, 14 Mac, Husein ada mengikuti perjalanan Muktamar PMRAM sebentar lepas study sikit-sikit. Selain dari mengikuti muktamar tersebut, Husein ada singgah sebentar di booth Al-Fityan. Dapat lah jumpa sahabat-sahabat/krew Al-Fityan yang belum kenal. Ibarat kata orang, yang dah kenal kita dekatkan, yang tak kenal lagi kita pereratkan. Tak gitu???

Actually, entri kali ni bukannya nak cerita pasal perjalanan muktamar tersebut. Nak cerita camne.. datang pun dah lewat kat muktamar tu... Tapi yang penting, kepada semua ahli-ahli PMRAM, Husein nasihatkan supaya sama-sama kita ambil pengajaran dan iktibar dari gerak kerja kita. Jangan nak harap sangat dekat orang tertinggi PMRAM aje yang buat semua kerja, kita jugak kena buat kerja. K la, Husein tak nak cakap banyak tentang tu. Fullstop.

Sahabat Husein yang jadi perwakilan dan pemerhati di muktamar tersebut: dari kiri: Hafiz, Ailani, Pe-in, Ust.Azizi, Zahani. Korang pilih la mana satu yang berkenan di hati utk calon suami korang.. InsyaAllah..ustaz ni baik-baik belaka...kecuali yang kedua dari kanan tu.. dah berkeluarga dah. hehehe..

Bila dah datang dekat booth Al-Fityan tu, mula lah terbentang hamparan lukisan-lukisan yang tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan kartunis-kartunis di Malaysia. Husein ingat student-student kat sini pandai baca kitab je, rupa-rupanya boleh tahan jugak diorang ni. Ibarat Ust.Nasaruddin Tantawi kata, ''Ingat ustaz pandai baca kitab je ker??''. :-)
Nah.. tu lah lukisan diorang.. tapi tu bukan semua la. Tak kan Husein nak ambik gambar semua lukisan plak !!!.. Mesti korang tertanye-tanye kan, mane art yang Husein buat??? hahaha.. jawapannya.. XDERR... Husein pun heran, mane art yang aku buat nye?? xde pun tampal kat sini?? Ke diorang ni dah buang lukisan yang aku buat?? huh..Xla.. sebenarnya booth Al-Fityan ada satu lagi di sebelah perempuan. Salah seorang krew Al-Fityan tu kata, ''lukisan enta ada kat bahagian akhowat''. Huh.. ada kat sana rupanya.. patot la tak de kat sini. Jadi.. tak dapatlah Husein nak tunjukkan lukisan Husein sempena isu di Syria kat korang sebagaimana yang Husein janjikan dalam entri yang lepas. Husein mintak maaf banyak2..Dalam fikiran Husein,.. apa la ustazah-ustazah tu kata kat artwork aku ye??? Artwork aku bukannya hebat pun nak dibandingkan dengan orang lain. :-(

Then, salah seorang krew kat situ mintak Husein buat lukisan. Bersesuaian dengan mood Husein yang tengah rehat mendengar muktamar tadi, jadi Husein pun terima permintaan dia.
 Semangat tol Husein sampai buat lukisan tengah berdiri. :-).. 
Khusyuk betol Husein buat lukisan.. sampai tak perasan sahabat Husein ambik gambar masa Husein tengah buat lukisan tu.
Lebih kurang macam ni la artwork Husein.. tapi pic ni diambil masa Husein tak siap sepenuhnya lukisan tu.

Akhir sekali, Husein harapkan Al-Fityan komik akan maju dari masa ke semasa dan akan bertambah kualiti gerak kerja kalian semua. InsyaAllah...
Muka tengah rehat jap dengar muktamar.:-)

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.