Syria Dalam Diri Kita

Assalamualaikum...
Entri kali ini Rider mengajak kalian semua mengembara di bumi Syria.
Dunia hari ini digemparkan dengan satu peristiwa yang dahsyat yang berlaku di Syria. Selepas pemberontakan dan kebangkitan rakyat yang berlaku terhadap negara Islam tersebut yang menyebabkan ramai nyawa terkorban, hari ini bumi Syria bergolak lagi. Tetapi pada kali ini ianya lebih dahsyat dan menyanyatkan hati.

Pada hakikatnya pemerintahan yang dipegang oleh Basyar Al-Asad yang dipegangnya beberapa abad ini, telah membawa kezaliman kepada rakyatnya dimana berpuluh-puluh rakyatnya mati terkorban dan beratus-ratus yang lain cedera dan hilang tempat tinggal dalam sehari hasil dari kekejaman pemerintahannya. Ternyata, tampuk pimpinan yang diterajuinya selama berpuluh-puluh tahun ini menampakkan sifat 'talang dua muka' yang selama ini rakyat Syria mempercayai beliau yang mampu membawa negara tersebut lebih maju dan aman. Ini kerana, sebelum beliau memegang pemerintahan tertinggi di negara tersebut, negara Syria dipegang oleh ayahnya iaitu Hafez Al-Asad.
Hafez Al-Asad juga tidak kurang 'hebat'nya dalam pemerintahan. Pemerintahan diktator yang dipimpinnya menampakkan kelemahan akan kepimpinannya dimana pelbagai kekejaman dan ketindasan telah dilakukannya terhadap rakyatnya. Oleh kerana itulah, apabila berita kematiannya diwar-warkan di negara tersebut, rakyat tidak bersedih malahan gembira dengan berita tersebut dan mengharapkan tampuk pimpinan selepas ini adalah lebih baik dan adil. Hafez Al-Asad diberitakan telah meninggal dunia akibat kanser yang beliau alami beberapa tahun sebelum kematiannya. Selepas kejadian tersebut berlaku, rakyat Syria mengharapkan keadilan dan keamanan akan berlaku kepada negara yang mempunyai ramai ulama' tersebut. Akan tetapi, perkara yang lebih teruk telah terjadi kepada negara tersebut ibarat 'menyuruh tikus membaiki labu'.
Kenyataan presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) dalam Harakah Februari 2012 berkenaan isu kemanusiaan di Syria.

Kekejaman Basyar Al-Asad
Basyar Al-Asad dan ayahnya adalah dari pegangan Syiah Nusairi. Apabila memetik kata-kata Presiden Kesatuan Ulama' Islam Sedunia, Syeikh Dr.Yusuf Al-Qardhawi, beliau menyifatkan bahawa nama Presiden Syria itu bukanlah bermaksud 'Kegembiraan Singa' bahkan beliau menyifatkan maksud nama beliau adalah ibarat seekor tikus.
Pada 9 Mac 2012 baru-baru ini, tentera Rejim Basyar telah mengambil kesempatan umat Islam berkumpul untuk menunaikan Solat Jumaat di Homs(salah satu daerah di Syria) untuk membunuh umat Islam di situ dengan mengebom salah sebuah masjid disitu iaitu Masjid Hanbali. Wilayah Homs telah dipenuhi darah saban hari hasil dari kekejaman Rejim Basyar. Saudara kita di Homs hari ini berada dalam ketakutan. Mereka berdepan dengan serangan bom, peluru pistol, tembakan curi, penyembelihan, culik, rogol,dera dan pelbagai lagi bentuk kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh rejim tentera Basyar laknatullah.

Hari ini, ramai rakyat Syria menjadi pelarian di negara jiran mereka seperti Jordan kerana tidak tahan akan kekejaman yang dilakukan oleh tentera kerajaan. Bagi yang masih mampu pula mereka sanggup mempertahankan tanah air tercinta sehingga Allah S.W.T memberi kemenangan kepada mereka atau menemui syahid di medan pertempuran terhadap kezaliman tentera Basyar Al-Asad.
Presiden Kesatuan Ulama' Islam Sedunia, Dr. Yusuf Al-Qardhawi ketika menyampaikan khutbah jumaatnya di Doha,Qatar baru-baru ini menujukan ucapan kepada Basyar sambil berkata:
"Wahai Basyar, percayalah bahawa Allah sama sekali tidak akan membiarkan kamu.. Tidak, saya mahukan kamu berambus! Tidak dapat tidak, kamu harus dibicarakan."

Beliau kemudian menyeru kepada rakyat Syria:
"Wahai rakyat Syria, wahai pahlawan-pahlawan dan wira-wira yang menolak kezaliman dan penghinaan, teguhkanlah pendirian kalian atas dua kaki!"

Kepada Russia dan China yang bersekongkol dengan rejim Syria, beliau katakan:
"Menjadi sunnatullah bahawa kezaliman akan lenyap, percayalah wahai Syria dan China, bahawa rakyat Syria akan dibantu, rakyat Syria akan menjadi usaha kalian yang sia-sia". Dr.Yusuf Al-Qardhawi  juga berjanji akan menyampaikan khutbah di Masjid Umawi di Homs sempena kebangkitan rakyat yang berlaku di Syria itu.

Kenapa Rider tulis entri pasal ni?
Banyak faktor yang membuatkan saya ingin menulis entri berkenaan isu kemanusiaan di Syria ini antaranya:

1)  Darah umat Islam di Syria adalah darah kita. Setitik darah yang keluar dari badan mangsa kekejaman Basyar Al-Asad adalah darah kita juga. Penderitaan yang dialami mereka adalah penderitaan kita.Tidak dinafikan bahawa sesiapa sahaja yang tidak mengambil berat akan saudaranya, maka dia bukan dari kalangan umat Nabi Muhammad S.A.W. sebagaimana dalam hadis Nabi S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa yang tidak mengambil berat akan hal saudaranya yang lain maka dia bukanlah dari kalangan umatku." Dan seharusnya kita sebagai umat Islam yang bertanggungjawab wajib mendoakan saudara kita di Syria sepertimana doa diatas tadi.

2)  Media massa di Malaysia khususnya kurang mengambil berat tentang isu di Syria. Sudah berkali-kali saya melayari laman web surat khabar di Malaysia akan tetapi ada yang melaporkan berkenaan isu di Syria melainkan sedikit. Saya kurang pasti apakah sebabnya. Adakah isu ini sudah menjadi lapuk agar surat khabar tersebut menjadi laris jualannya membincangkan berkenaan isu yang lain? Atau sudah menjadi kebiasaan isu kekejaman terhadap rakyat Islam dan tidak perlu ditayangkan lagi? Atau sememangnya mereka kurang tahu berkenaan isu ini? Saya berharap dengan penulisan saya berkenaan isu ini dapat mencelikkan mata mereka-mereka yang buta dan menjernihkan pemikiran mereka yang kurang cakna berkenaan isu di Syria ini. Mungkin penulisan saya ini tidak sampai kepada mereka-mereka yang berkenaan akan tetapi saya harap penulisan saya ini dapat dibaca oleh generasi yang akan datang betapa pentingnya untuk kita mengambil berat terhadap isu yang berlaku kepada umat Islam hari ini.

3)  Banyak lagi negara Islam yang tidak merdeka. Pada hakikatnya banyak lagi negara Islam di dunia ini tidak merdeka. Pada awal kekejaman kerajaan Basyar Al-Asad, kerajaan itu telah menyekat internet di negara tersebut agar dunia tidak tahu apa yang berlaku kepada negara tersebut. Sehingga kini wartawan-wartawan asing juga tidak dibenarkan masuk ke negara tersebut. Ia turut juga berlaku kepada negara Islam yang lain. Baru-baru ini saya sempat berta'aruf(berkenalan) dengan seorang sahabat dari negara yang mempunyai nama ''Tan'' di belakang nama negara tersebut(samada Kazakhstan, Pakistan atau lain-lain lagi kerana situasi pada masa itu agak bising. Saya kurang mendengarnya). Beliau mengatakan bahawa negaranya juga berlaku seperti di Syria sebelum ini. Negaranya telah disekat internet menyebabkan beliau sukar untuk menghubungi keluarganya di tanah air.
"SYRIA DALAM DIRI KITA"
**mood tengah fikir utk buat lukisan bertajuk ''Isu Syria dan Palestin'' untuk dipamerkan di Muktamar PMRAM nanti.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.