Cuti Musim Sejuk di Dumyat,Mesir

Assalamualaikum...
Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan utk Rider menulis entri kali ni. First of all, Rider nak mintak maaf coz tak selalu update blog ni. Mungkin Rider ada mengecewakan korang.. Rider mintak maaf sangat-sangat. Emmm... berbalik pada tajuk asal,...korang kenal tak Dumyat ?? Kalau tak kenal pandai-pandai la search kat Mr.Google Map or what ever la.. Apa yang Rider boleh ceritakan kat sini adalah Dumyat adalah salah satu negeri(Muhafazah) di Mesir yang tak kurang hebatnya dari segi pelancongan. Dan di kesempatan cuti musim sejuk ni, Rider pun bercuti disana sambil melihat keindahan dan kebesaran alam ciptaan Tuhan yang tiada tolok bandingannya. Rider bercuti ni bukan hanya untuk berseronok dan menenangkan fikiran aje, tapi sambil menghayati peristiwa disebalik tempat yang Rider lawati. :-)

Rider ditemani beberapa orang kawan.Masing-masing tengah menahan angin dan cuaca sejuk. Sebab tu la pakai baju tebal belaka semuanya. Dari kiri: Aiman,Sopi,Rider,Usop,Bob,Wafi,Raja dan Ripin.
Rider ketika bergambar di papan tanda yang menunjukkan Sungai Nil bertemu dengan Laut Mediterranian. Tertulis di atas tu adalah maksud ayat dari surah Ar-Rahman ayat 19-20 ; In The Name Of Allah Most Gracious, Most Merciful. He has let free two seas meeting together: Between them is a Barrier which they do not transgress. Maksudnya : Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Dia membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu. Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.
Disini lah dikhabarkan bahawa air Sungai Nil bertemu dengan Laut Mediterranian.
Berlatarbelakangkan antara Sungai Nil dan Laut Mediterranian


Dengan demikian maksud ayat 19 dan 20, ialah bahawa ada dua laut yang keduanya terpisah dibatasi oleh tanah genting, tetapi tanah genting itu tidaklah dikehendaki (tidak diperlukan) maka pada akhirnya, tanah genting itu dibuang(digali untuk keperluan lalu lintas), maka bertemulah kedua lautan itu. Dipetik dari Al-Quran dan Terjemahannya terbitan Al-Quran Darul Iman.
Rider tak pasti tujuan apa kompas gergasi diletakkan disitu. Besar kemungkinan menunjukkan arah kiblat kot..
Bergambar di menara kawalan diantara Sungai Nil dan Laut Mediterranian
Kitorang ada jugak ambil gambar terloncat-loncat kat sini sebab happy sangat tapi Rider tak la nak upload kat sini plak... nampak tak senonoh plak orang kata..hehe
Sarangheyo semua...tulus ikhlas dari Sopi. wakaka..
Akhir sekali kitorang sempat melihat matahari terbenam di tempat antara Sungai Nil dan Laut Mediterranian ni. Tidak dapat digambarkan apabila terlalu cantik pemandangan ketika tu di kawasan tersebut. Bercampur dengan angin yang begitu sejuk meresap ke tulang. huhu..:-)
Kemudian lepas selesai solat Maghrib, kitorang jalan-jalan cari makan di bandar Dumyat and then balik ke rumah. Terasa happy dan nak datang sini semula rasanya.. :-D

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.