Perlu kah Aku sambut Birthday Aku???
Assalamualaikum...
8 Februari yang lalu merupakan tarikh yang bersejarah buatku kerana tarikh tersebut adalah hari kelahiranku yang ke-21. Teringat akan daku di zaman kecil-kecil dahulu,... sambut birthday dengan kek yang dibeli oleh ayah kesayanganku selepas beliau pulang dari tempat kerjanya. Itulah antara hadiah yang paling bermakna yang tak dapat aku lupakan sepanjang hayatku. Sambil aku memotong kek yang dibeli oleh ayahku, sambil aku diperhatikan oleh seisi keluarga dan mengambil gambar. Dan hari itulah adalah antara hari yang paling bermakna buatku. Seisi keluarga bergembira antara satu sama lain.
Namun, kini usiaku sudah mencapai 21 tahun. (
Bagi ku, bila dah besar panjang ni tak perlulah nak sambut birthday dengan buat parti birthday dan sebagainya. Bukan bermakna daku mengharamkan perkara tersebut dan bukan juga daku melarangnya kerana kita juga meraikan Maulidur Rasul baru-baru ni kan iaitu hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. tetapi aku melihat kebanyakkan parti tersebut(parti-parti yang biasa) seolah-olah meraikan umur kita yang tua ini. Siapa yang mahu umurnya tua kan?? Semestinya semua orang mahukan umurnya muda kerana dengan umur dan tenaga yang mudalah kita boleh buat apa sahaja berlandaskan hukum syarak. Daripada Abi Bakrah daripada bapanya, sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, katanya : Wahai Rasulullah manusia bagaimanakah yang baik sifatnya? Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, siapa yang panjang umurnya dan baik amalannya. Lelaki itu bertanya lagi : Manusia bagaimanakah yang buruk sifatnya? Sabda Baginda: Siapa yang panjang umurnya dan buruk amalannya. (Riwayat Imam Ahmad).
Emm..Apa yang perlu aku buat sekarang adalah cari ilmu sebanyak mungkin selagi nyawa di kandung badan dan selagi darah mengalir di tubuh ku ini. Aku tak tahu aku akan mati bila dan dimana dan bagaimana...,tapi yang pasti adalah Malaikat Izrail pasti akan menjemputku secara tiba-tiba(mati tiba-tiba) atau secara perlahan-lahan(sakit). Dan aku hanya mampu berdoa kepada-Mu Ya Allah, taubatkanlah aku sebelum aku mati, dan rahmatilah aku ketika matiku, dan keampunan selepas matiku.Aminn....
...............................................................................................................................................................
Ustaz Ahmad Wais ketika akad nikah |
Ustaz Mohd Kamal ketika akad nikah |
Tiada ulasan: