Assalamualaikum......
Dikesempatan cuti selepas exam baru ni, Rider ade singgah beberapa kali di Pameran Buku Antarabangsa Kaherah,Mesir yang berlangsung pada 22 Januari hingga 7 Februari 2012. Seumur hidup Rider,ini lah kali pertama Rider singgah di pameran yang sangat besar. Tidak hairan lah kerana banyak negara ambil bahagian dalam pameran ni antaranya Arab Saudi, German, Turki, Albania dan banyak lagi. Pameran besar-besaran ni sudah menjadi acara tahunan bagi negara Mesir kecuali pada tahun lepas kerana berlaku kebangkitan rakyat Mesir yang menyebabkan acara tahunan ini terpaksa dibatalkan.
|
Pameran Buku Antarabangsa Kaherah kali ke-43.. Yg tu pakai baju kot ssb sejuk. Sbb tu la pakai. :-) |
|
Rider ditemani Hafizuddin yang smat ni kat pameran tu. Ni dekat booth Arab Saudi. |
Mana-mana yang duduk dekat Mesir ni memang rugi kalau tak singgah kat pameran ni. Pelbagai buku,kitab-kitab lama, buku rujukan dan sebagainya ada kat sini. Bagi Rider, sudah tentu Rider mencari kitab-kitab percetakan luar dari negara Mesir seperti Arab Saudi, Lubnan dan sebagainya kerana kitab-kitab agama dari negara tersebut lebih tersusun dan senang difahami dalam kalangan mahasiswa-mahasiswa azhari.
|
Muka tengah excited ditemani kawan kat belakang, Ailani dan Pedi. |
Tengah jalan2 kat sana, terjumpa lah buku ni. Fiqh Al-Khilafah. Apa yang istimewanya tentang buku ni?? Mcam biasa-biasa jer tengok??..Istimewanya buku adalah buku ni amat jarang2 sekali boleh didapati di mana2 kedai buku kat Mesir(atau mungkin kat seluruh dunia sbb Rider tak pernah tengok buku ni kat Malaysia). Buku ni dikarang oleh Syeikh Dr. Abdul Razak Al-Sanhuri. Beliau terkenal dalam bidang undang-undang. Kitab ini ditulis oleh beliau pada tahun 1928 iaitu empat tahun selepas kejatuhan Khilafah Islamiyah di Turki. Buku ini pada asalnya ditulis dalam bahasa Perancis tetapi diterjemahkan oleh anaknya, Dr. Nadiah Al-Sanhuri dan juga menantu beliau iaitu Dr. Taufiq Mohamad Syawiy ke dalam bahasa Arab.
Nantikan First Time di Pameran Buku Antarabangsa Kaherah - Part 2 plak ye.. wassalam
seronoknya pergi Kaherah T____________T
BalasPadam*jeles
OVERSEA..STUDENT?
BalasPadamyup..
BalasPadam