Majlis Kesyukuran & Walimatulurus KPT
ASSALAMUALAIKUM semua..lama benor rider x upload blog ni ye. maklum lah..orang sibuk..haha..(ke aku ni saje je wat2 sibuk)..anyway, ape khabar semua?? moga semua pengunjung tak jemu singgah blog ni. Sebenarnya Rider dah lama tak upload blog ni kerana ade beberapa sebab antaranya:
- sibuk study la.. exam dah dekat ni. berdebar jgak..huhu
- sibuk menghadiri kelas . kalu tak mari satu kelas je rase rugi ilmu. lagi pon syok jgak belajar dengan ramai orang-orang asing ni. Antaranye, dari Afghanistan,Turki,Albania,Indonesia dan Thailand.
- sibuk pegi jalan-jalan..nanti Rider ceritakan kemana Rider pergi ye..
- sibuk mengendalikan program persatuan.
Sebab keempat lah yang paling menyusah dan mencabarkan. Bukan ape... Rider terpaksa mengendalikan program persatuan yang Rider sertai iaitu Majlis Kesyukuran & Walimatulurus Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir. Majlis kali memilih tanggal 29.4.2011 sebagai tarikh untuk menjalankan majlis ini. Tujuan majlis ini diadakan adalah tidak lain tidak bukan untuk mengeratkan ikatan persaudaraan antara anak-anak Terengganu di bumi Mesir ini. Selain tu, untuk meraikan kesyukuran anak-anak Terengganu atas kedatangan balik semua anak Terengganu ke Mesir selepas berlaku pergolakkan di Mesir yang memaksa semua anak Terengganu terpaksa pulang ke Malaysia di bawah arahan kerajaan Malaysia.
Selain itu, ia juga untuk menyambut perkahwinan 3 pasangan sejoli iaitu Ustz.Ubaidillah-Aishah Karimah, Ust.Che Ku Faisal-Wan Rokiah dan Ust.Abd Halim-Khadijah Rashidah. Ketiga-tiga pasangan ini telah pun melangsungkan upacara pernikahan di Malaysia. Majlis kali ini telah mendapat kerjasama KPT(Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir) dan Unit Bait-Muslim KPT. Pelbagai aktiviti telah diprogramkan sepanjang majlis itu berlangsung antaranya, mendengar kalam-kalam daripada tetamu kehormat,kalam-kalam daripada suami pasangan dan juga jamuan besar-besaran.
Wali & Mohsein yang tidak hilang dek senyuman manis yang sedia menjemput anda di depan pintu utama. |
salah seorang pengantin baru anak Terengganu, Ust.Faisal kelihatan ceria semasa menghadiri majlis bersama sahabatnya,Ust.Amiruddin |
salah seorang pengantin lelaki,Ust.Ubaidillah sedang memberikan ucapan |
ucapan daripada BP PMRAM |
Yang paling tidak diduga ialah majlis ini turut dihadiri oleh Syeikh Asyraf,syeikh yang terkenal di kalangan pelajar-pelajar Terengganu.
ni la Syeik Asyraf..:-) |
Antara tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas Rider ialah untuk mereka sebuah banner khas untuk majlis tersebut. Aduuhhh.. pening kepala dibuatnya….Rider bukanlah pandai sangat nak buat banner ni. orang lain kan ade yang lebih pandai….kenapa suruh Rider jugak. emmmm..tak pe, Rider terima seadanya amanah tu. Pada mulanya berat jugak hati nak terima tugas ni..tapi.. tak pe la. Mula-mula sekali memang pening ar kepala . Berasa nak pecah pon ade sebab selama ni memang tak pernah buat banner. Nak nangis pon ade. kenapa tidak?? hari dia suruh buat ,esok dia nak tengok design Rider. fuhh….. sesuatu yang mencabar. Akhirnya dengan berkat kuasa chakura Naruto(hahaha…mengarot je), banner tu pun siap. ni la banner nyer..dibantu oleh beberapa orang sahabat yang lain….huhuhu..
pereka background: Khairul Aiman
pereka khat,design & grafik: Ahmad Husaini
pereka tambahan: Al-Amin Hj. Salleh
Ust.Khairul Aiman sedang bergambar disamping banner yang ku buat. |
Tu baru tugasan pertama. Tugasan kedua pulak, Rider dijemput bagi memberkati majlis tersebut dengan ayat-ayat suci Al-Quran nul Karim. Kena jadi Qari lah maknanya.. tugasan ni tak berapa mencabar kerana Rider dah ade pengalaman sebelum ni menjadi Qari dalam sebuah majlis besar di sekolah dulu…..Tapi, dua hari sebelum majlis berlangsung, Rider dikhabarkan yang Rider tak perlu jadi Qari pada hari majlis tu sebab tak cukup masa. Jadi, Rider tak jadi lah qari pada hari majlis tu. Alhamdulillah.. syukur jgak sebab sebelum hari majlis tu, Rider tak buat pape persiapan pun untuk jadi qari hari tu.. sibuk dengan nak buat design banner je..fuhh..
para hadirin sedang menikmati jamuan besar-besaran pada petangnya. |
Paling menyedihkan adalah Rider tak berpeluang langsung nak pergi majlis tu sebab kelas kuliah ade mase majlis tu berlangsung…maknanye Rider hanya berpeluang memeriahkan majlis tu di 'belakang tabir' je..so sad, tak dapat jumpa semua anak-anak Ganu kat Mesir. tak pe la.. next time, kalau ade rezeki, kita bertemu kembali. hehehehe...
Tiada ulasan: