Mari Membaca Al-Quran sambil Menangis EP.5

Penangis di kalangan sahabat Nabi

2. Umar b. Al-Khattab r.a.

Hidup Umar banyak dipengaruhi Al-Quran. Sungguhnya beliau memeluk Islam disebabkan mendengar beberapa ayat surah Taaha (yang dibacakan oleh saudaranya sendiri, Fatimah), maka kemasukkan Islamnya adalah menguatkan agama Islam dan kaum Muslimin ,dan berapa banyak kita telah mendengar berita-berita keteguhan dan kerasnya beliau dalam agama Allah serta rasa cemburunya terhadap larangan-larangan Allah, juga tentang zuhudnya ( tidak terpengaruhnya dek keduniaan) dan wara'nya (sangat bertaqwa), sifat keadilan dan tawadu'nya (merendah diri).

Adapun hal beliau ketika menikmati Al-Quran, tidaklah perlu ditanya lagi, di mana beliau tetap berhenti (berfikir) pada setiap ayatnya, beliau menangis di kala membacanya, seorang yang bersegera bagi pendedahannya, membesarkan kedudukannya.

Nah, inilah didedahkan kepada anda peristiwa-peristiwa yang membawa kesan kepada diri Umar r.a.

Abdullah b.Syadad pernah berkata: ''Saya pernah mendengar tangisan terisak-isak Umar,sedangkan saya berada di saf belakang dalam suatu sembahyang Subuh,iaitu di kala beliau sedang membaca surah Yusuf,sehinggalah sampai kepada ayat yang ke 86 yang bermaksud:
           ''(Nabi Yaa'qub menjawab) Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku...''

Maka Umar menangis sehinggalah air-air matanya mengalir ke atas tulang selangkanya.[Rujuk : ''Syu'ab Al-Iimaan''(2:364)]

Menurut penjelasan Imam An-Nawawi r.a. dalam suatu riwayat menceritakan (di kala itu) Umar sedang sembahyang 'Isyak, maka menunjukkan beliau menangis berulang-ulang (diharuskan).

Manakala Hisyam b. Al-Hassan pernah pula berkata: ''Adalah Umar b. Al-Khattab, apabila beliau melalui ayat dalam wiridnya, maka beliau terhenti (terdiam manakala dalam sebahagian riwayat menyebutkan beliau terasa tercekik) maka lalu beliau menangis sehingga beliau jatuh tersungkur, dan beliau kerap pula berada di rumahnya (kerana menikmati Al-Quran) sedangkan orang ramai menyangkakan beliau sakit.''

Abu Makmar pula memberitahukan bahawa (pada suatu hari) Umar membaca surah Maryam, maka lalu beliau bersujud, kemudian beliau berkata: ''Ini (tempat) bersujud, maka tempat menangisnya ialah di kala membacanya:
        ''...Mereka tersungkur dengan bersujud dan menangis.'' [Maryam:58]

gambar hiasan
Adalah Umar r.a. hidup dengan Al-Quran pada setiap gerak dan diamnya.

Pada suatu hari Umar melalui rumah seorang pendita, maka beliau menyerukan : ''Wahai pendita.'' Pendita menjenguk, maka Umar memandang
kepadanya dan menangis.

Maka beliau ditanyakan: ''Wahai Amir Al-Mu'minin,apakah yang menyebabkan tuan menangis ini? '' Beliau menjawab: ''Saya menyebutkan firman Allah Ta'ala dalam kitabNya berbunyi:
''(Di hari pembalasan itu orang-orang kafir menjalankan kerja yang berat lagi bersusah-payah memasuki api yang sangat panas(neraka).'' [Al-Ghaasyiyah: 3-4]
Maka itulah ayat yang menyebabkan saya menangis.''

Adalah Umar mendapat peringatan menerusi Al-Quran dan mendapat nasihat dengan ayat-ayatnya dan memperoleh kesannya apabila dia dilafazkan oleh orang yang membenarkannya, sebagai buktinya ialah sebuah kisah yang dikemukakan oleh Ibnu Kasir dalam tafsirnya di kala menafsirkan permulaan surah Ghaafir, beliau menulis:

               ''Adalah seorang lelaki penduduk Syam, seorang yang sangat berani. Dia datang menjadi utusan untuk menemui Umar b.Al-Khattab r.a. (yang terkenal beraninya). Tiba-tiba dia gagal menemui Umar( sedang rombongannya berjaya), maka Umar bertanya rombongan : ''Apakah halnya si anu?'' maka mereka menjawab: ''Wahai Amir Al-Mukminin, dia terikut-ikut dalam kumpulan peminum-peminum ini.''

Maka Umar pun memanggil penulis beliau, beliau berkata: ''Tuliskan (sepucuk surat) berbunyi:


Umar b. Al-Khattab,
Menemui Si Anu b. Si Anu,
Semoga tuan memperoleh kesejahteraan,

            Maka sungguhnya saya memuji Engkau, Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia.   
            ''Yang Mengampuni dosa dan Menerima taubat lagi keras hukumanNya, Yang Mempunyai kurnia
         Tiadalah Tuhan melainkan Dia; hanya kepadaNya lah kembali (semua makhluk).''[Al-Mukminun: 3] 
          
Kemudian Umar berkata kepada kawan-kawannya: ''Pohonlah pada Allah untuk saudara kamu itu supaya Dia menerima kekembaliannya dan Allah menerima taubatnya.''

Maka di kala lelaki itu menerima surat Umar r.a, dia membaca dan mengulang-ulang serta membacakan ayat suci,(maka dalam hatinya dia berkata): ''Sesungguhnya seksaanNya menakutkan saya dan Dia menjanjikan saya untuk mengampunkan dosa-dosa saya.''

Maka sentiasalah dia mengulang-ulang seksaaa itu terhadap dirinya, kemudian dia menangis dan seterusnya dia menghadapi sakrah al-maut, maka dia memperbaiki dirinya.

Bila berita kematian lelaki itu diketahui Umar, maka beliau berkata:''Beginilah apa yang perlu kamu lakukan apabila kamu melihat saudara kamu terdorong dengan sesuatu dosa. Maka hendaklah kamu memperbetulkannya dan memohon pada Allah agar Dia menerima taubatnya, dan janganlah kamu bersikap terhadapnya sebagai pembantu-pembantu syaitan (yang makin menambahkan bebanan dosa -P).''

                                                                                  Episod seterusnya : Aisyah bt. Abu Bakar r.'anha

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.