Mari Membaca Al-Quran sambil Menangis EP.4

Penangis-Penangis Kalangan Salaf

A. Penangis Kalangan Sahabat Nabi

      Secara umumnya - 'Ali b.Abi Talib (pada suatu hari) bersembahyang Subuh, maka di kala beliau telah selesai bersalam, beliau tertarik ke kanan, kemudian beliau diam seolah-olah menanggung suatu kedukaan yang amat, sehinggalah apabila matahari memancar ke atas dinding masjid setinggi tombak, beliau membalik-balikkan tangannya,maka beliau berkata:
            ''Sesungguhnya saya telah melihat suatu keperihalan para sahabat Rasulullah s.a.w. maka tiadalah saya melihat seseorang menyamai mereka.
             Demi Allah,sungguhnya keadaan mereka benar-benar berpagi-pagi dalam keadaaan kusut-masai kuning berdebu.
             Di hadapan mata-mata mereka terpampang suatu suasana sedih. Sesungguhnya mereka telah bermalam dengan membaca Kitab Allah(Al-Quran) dalam keadaan menghayati malam antara telapak-telapak kaki dan dahi-dahi (menangis dalam sembahyang mereka).

[gambar hiasan]
        
             Keadaan mereka apabila disebut atau dibacakan nama Allah, maka bergoyanglah  (menangis) sebagaimana bergoyangnya pokok di suatu hari yang bertiup angin,lalu melilihlah mata-mata mereka dengan si air mata sehingga dia berhenti melilihnya sedang Allahlah yang mempahalai mereka dan demi Allah (keadaan lahir) mereka ,seolah-olah mereka adalah suatu kaum yang bermalam dalam lalai (sebenarnya mereka menangis dan insaf).''[ruj: ''At-Tabsirah'' karya Ibn Al-Jauzi]


      Di samping itu 'Urwah b.Az Zubair r.a.pernah memberitakan bahawa dia telah bertanyakan neneknya Asmaa' bt Abu Bakar tentang bagaimana keadaan para sahabat Rasulullah s.a.w. semasa mereka mendengar ayat-ayat suci Al-Quran , neneknya menjawab: '' kelopak-kelopak mata mereka bergenang dengan air mata dan kulit-kulit mereka menggigil gementar sebagaimana yang disifatkan Allah (dalam Al-Quran).'' [ruj : ''Syu'ab Al-Iiman '' (2:365) susunan Al-Baihaqi]


        Beginilah keadaan para sahabat r.'alaihim, tiadalah seseorang mereka mengejar (bacaan sehingga ) akhir surah, dan mereka tidaklah mementingkan bilangan ayat yang dapat dikhatami daripada Al-Quran  sebab mereka membaca dan mendengarnya dengan teliti, di mana dengan pembacaan itu mereka menangis dan takut kepada Allah.


1. Abu Bakar As-Siddiq r.a.

         Imam Bukhari yang mengambil sumber Aisyah r.a. memberitakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda dalam masa beliau sakit, ''Kamu mintalah Abu Bakar mengimamkan manusia (menjadi Imam sembahyang).''
         Aisyah menyebutkan dia berkata kepada Nabi s.a.w. ''Sungguhnya Abu Bakar (bapaku) ,apabila dia berdiri di tempat tuan berdiri,(dia menangis, tetapi) tangisannya tidaklah terdengar kepada orang ramai.''
[gambar hiasan]
         ''Maka lalulah Umar untuk mengimamkan manusia.'' Maka Aisyah pun menceritakan bahawa dia telah berkata kepada Hafsah (puteri Umar yang menjadi isteri Nabi) : ''Engkau katakan kepada Nabi: ''Sungguhnya Abu Bakar, apabila dia berdiri di tempat tuan berdiri, tangisannya tidaklah terdengar kepada orang ramai.''
         Maka datanglah Umar mengimamkan manusia, maka Hafsah pun berbuat demikian (di mana ternampak kecemburuan Aisyah), maka Rasulullah s.a.w. pun bersabda kepadanya:

           ''Berlakulah dengan baik, sesungguhnya kamu semua (para isteri) hendaklah sebagai saudara-saudara Nabi Yusuf ( yang kembali kepada Yusuf dengan merendah diri dan suci hati). Kamu mintalah Abu Bakar mengimamkan manusia.''

         Mendengar demikian, maka Hafsah pun menjawab kepada Aisyah: ''Tiadalah saya benar-benar memperoleh kebaikan daripada puan.''[ruj: ''Fath Baari (2:164)]


            dalam riwayat lain kedapatan Aisyah menyebutkan Abu Bakar itu adalah seorang yang lemah-lembut , apabila dia membaca Al-Quran , dia tertangis.''
      
        Seterusnya dalam suatu riwayat pula dikatakan Aisyah berkata kepada Nabi s.a.w. : ''Sesungguhnya Abu Bakar itu adalah seorang penyedih(lembut hati), apabila dia berdiri di tempat tuan berdiri, dia tidaklah mampu untuk mengimami orang ramai.''
        Imam Al-Baihaqi meriwayatkan berdasarkan sanadnya bahawa Abu Bakar telah mendirikan sebuah masjid di hadapan rumahnya di Kota Makkah, dan adalah beliau bersembahyang di dalamnya dan membacakan Al-Quran.

        Para wanita musyrikin dan anak-anak mereka pernah singgah di sini. Mereka memerhati dan merasa hairan terhadap kelakuan Abu Bakar, di mana dia merupakan seorang lelaki yang kerap menangis , dan beliau tidaklah dapat mengawal air mata sewaktu membaca Al-Quran..


                                                                                                  episod seterusnya: 2. Umar Al-Khattab

                                                      
                                               

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.